BAB 17 | Cikgu

155 24 21
                                    

Naim memperkenalkan Alif kepada seluruh anggota Rumah Anak Yatim As-Soleh. Si kecil itu sangat rapat dengan Alif sehinggakan Aiman sahabat baiknya juga cemburu dengan Alif.

"Awak ni Naim, asyik duduk dengan Abang Alif saja. Saya pun nak main dengan awak juga. Awak dah tak nak kawan dengan saya ke?" Sedih saja nada suara Aiman. Naim tersenyum kecil.

"Apalah awak ni, Aiman. Saya kan sahabat awak. Abang Alif tu, saya anggap macam abang saya sendiri. Takkanlah awak nak cemburu pula..." kata Naim. Aiman memeluk tubuh. Dia masih lagi tidak puas hati dengan jawapan Naim.

Dia cemburu!

Naim pula terkejut dengan reaksi Aiman. Saat itu, Alif datang untuk menjernihkan keadaan.

"Aiman, janganlah macam ini. Abang Alif tak sukalah tengok kamu berdua berselisih faham. Kata sahabat... Kena lah berbaik sangka sentiasa." Kata-kata Alif membuatkan Aiman menangis.

Panik Alif dibuatnya.

"Aiman tak sukalah Naim asyik dengan abang saja. Aiman pun nak main dengan Naim..." Aiman merengek di dalam pelukan Alif.

"Okeylah, lepas ini, abang tak rapat-rapat dengan Naim dah. Berhenti nangis. Kalau tak... Abang cubit pipi tembam Aiman kuat-kuat," ugut Alif. Aiman terus berhenti menangis. Air mata dilap dengan laju.

Alif ketawa terbahak-bahak melihat gelagat Aiman. Naim pula mencebik bibir.

"Haa... Ini lagi seorang. Tak usahlah merajuk," kata Alif sambil mengelus rambut Naim dengan perlahan.

"Naim, Aiman. Cepatlah masuk bilik. Dah malam ni," panggil Iqmal dari dalam bilik.

"Abang Iqmal dah panggil tu. Pergi masuk bilik cepat. Esok nak sekolah, kan?" soal Alif. Kedua mereka mengangguk laju.

"Selamat malam, abang Alif. Assalamualaikum," ucap mereka.

"Waalaikumussalam wbt..." Alif menjawab salam mereka lalu masuk ke dalam biliknya.

___

Rizal hanya mengikuti langkah Naura dan Datin Rafidah dari belakang. Sungguh, ketika itu Naura rasa sangatlah tidak selesa.

Sampai saja di hadapan butik pakaian pengantin, cepat-cepat Naura melangkah masuk ke dalam. Dia rasa lemas tatkala diperhatikan oleh Rizal.

Datin Rafidah pula hanya buat tak tahu dengan perbuatan Rizal. Dia menyibukkan diri dengan memilih warna baju yang sesuai untuk majlis kahwin anaknya itu.

"Naura dengan Rizal nak pilih warna apa untuk majlis nanti?" soalnya. Naura tidak mahu menjawab. Biarlah Rizal yang pilih semua itu.

"Warna yang lembut saja, aunty. Baru kena dengan Naura," jawab si Rizal. Naura hanya memusingkan bola matanya. Menyampah.

"Cantik juga. Kalau macam itu, kamu berdua pergilah cari reka bentuk baju yang sesuai." Datin Rafidah mencuit lengan Naura sedikit.

Sempat dia berbisik, "Kamu ni agak-agaklah. Pergi cari baju sana. Jangan degil."

Naura pun akur dengan arahan mamanya. Sakit hati terpaksa ditelan.

"Bakal isteri abang mesti cantik kalau pakai gaun ini." Rizal menunjukkan sepasang gaun berwarna merah jambu ke arahnya. Tubuhnya sengaja dirapatkan ke sebelah Naura.

"Tepilah, Rizal. Awak buta ke, mama saya ada dekat sana. Kalau mama saya fikir bukan-bukan tentang awak, mesti awak tak dapat kahwin dengan saya." Senyuman sinis dilemparkan ke arah Rizal.

"Yalah... Tapi awak kena pilih baju ini. Sebab sesuai," ujar Rizal.

"Kalau saya tak nak?" Naura sengaja menguji kesabaran Rizal.

DIARI HATI ALIF [C]Where stories live. Discover now