Naura menutup mulutnya ketika menguap. Mengantuk sungguh dia saat itu. Mana tidaknya, dari tadi dia sibuk di hadapan komputer untuk menyiapkan kerja.
Dia bangkit dari duduk lalu berjalan keluar daripada bilik untuk ke dapur. Mungkin selepas minum sedikit air kopi, kantuknya akan hilang.
Namun saat dia ingin membuka pintu bilik, dia terlanggar sebuah buku kecil. Naura mengambil buku itu lalu membukanya. Diselak satu persatu muka surat buku tersebut.
Tiba-tiba, matanya terhenti pada sehelai muka surat. Di dalamnya terdapat dua keping gambar yang diambilnya ketika majlis graduasi tingkatan lima bersama Alif.
Satu gambar Alif dan satu lagi gambarnya. Masing-masing memakai mortarboard serta memegang sejambak bunga ros tiruan, anak patung beruang kecil dan coklat yang disusun cantik.
Air mata Naura mengalir perlahan. Sungguh banyak kenangan manis bersama Alif ketika di zaman persekolahan dulu.
___
"Okey, saya ambil gambar awak dulu. Lepas itu, awak pula ambil gambar saya." Alif melontarkan idea.
"Baiklah. Nah, awak guna telefon saya," ujar Naura sambil menghulurkan telefonnya.
"Yalah, tak akanlah nak guna telefon saya pula. Dah lah saya pakai Samsung biasa saja," ujar Alif.
"Ish, awak ini! IPhone ke, Samsung ke, sama saja. Dua-dua ada kamera dan boleh ambil gambar," kata Naura. Rasa macam nak cubit saja lengan Alif ini. Tapi tak boleh.
Alif hanya tersengih-sengih. Kemudian, dia mengambil foto Naura dengan cermat. Kalau gerak sikit, kabur nanti!
"Haa... Macam mana? Cantik tak?" soal Alif sambil menunjukkan gambar tersebut. Senyuman dilemparkan ke arah Naura.
"Cantik. Okey, saya pula ambilkan gambar awak. Cepat, berdiri dekat sana," arah Naura.
Alif pun berdiri di bawah pohon itu lalu mengukir senyuman manis sehingga lesung pipitnya kelihatan. Naura pula yang terpikat dengan kemanisan senyuman Alif.
Gambar tersebut diambil dan ditunjukkan kepada Alif.
"Nice. Nanti awak hantar gambar ini pada saya. Saya nak simpan," kata Alif. Dia gembira sangat.
Namun, kegembiraan itu terhenti saat Tasya muncul disebelah Naura.
"Naura, papa kau panggil. Cukup-cukuplah ambil gambar," ujar Tasya.
"Alaa... Tak puas ambil gambar dengan Alif," kata Naura. Wajahnya murung sedikit.
"Dahlah, Naura... Nanti papa awak marah pula." Alif menayang senyum.
"Jom, Naura," ajak Tasya. Alif pula menghulurkan jambangan bunga tadi kepada Naura.
Tasya menarik tangan Naura sambil berlari kecil.
"Bye, Alif. Assalamualaikum wbt..." Naura melambai-lambai tangan ke arah Alif. Alif membalas lambaiannya dan membalas ucapan salam tersebut.
___
Tangan dinaikkan untuk menyeka air mata. Setelah itu, dia menyimpan buku tersebut ke dalam laci lalu dia berjalan keluar dari bilik.
Air kopi 3 dalam 1 dibancuh olehnya. Dia duduk di kerusi sambil menikmati kopi yang dibancuhnya.
Segar rasanya setelah menyisip kopi beberapa kali. Setelah habis minum, dia membasuh cawan tersebut.
Kemudian, Naura masuk semula ke dalam bilik lalu menyambung kerjanya.
___
Alif baru sahaja daftar keluar hotel tadi. Jadi, dia memutuskan untuk lepak di taman permainan yang dia selalu kunjungi.
YOU ARE READING
DIARI HATI ALIF [C]
General Fiction﷽ - SYUHADAH 1st BOOK Membesar sebagai anak sulung memang tidak mudah. Sentiasa tersakiti, diberi penekanan dan tidak diberi perhatian penuh. Perit. Ya, itulah yang dirasai oleh Alif Zahari. Namun, dia masih bersabar kerana dia yakin, akan adanya ca...