Alif memandang ke arah peti ikan yang tersusun kemas di tepi rumah Pak Cik Wahab.
"Pak cik, saya nak tanya, kenapa banyak sangat peti ikan dekat sini?" soal Alif dengan nada hairan.
"Oh, pak cik sebenarnya jual ikan dekat pasar," kata Pak Cik Wahab.
"Masih meniaga lagi?" Alif bertanya.
"Haah... Suka-suka saja Alif. Buat hilangkan bosan," ujar Pak Cik Wahab.
"Kenapalah pak cik buat kerja-kerja macam ni? Pak cik kan dah berumur, patutnya duduk rehat dekat rumah saja. Kan anak-anak pak cik boleh bantu," kata Alif. Pak Cik Wahab tertawa kecil.
"Kalau pak cik duduk rumah, lagi pak cik mudah sakit. Bila buat kerja, automatik sakit tu hilang. Bertenaga sikit," katanya.
Alif tertawa kecil.
"Kalau macam itu, saya nak tolong pak cik berniaga, boleh?" soal Alif.
"Betul ke ni?" Pak Cik Wahab membalas soalan Alif dengan soalan.
"Betul lah, pak cik," jawab Alif.
"Okey, boleh." Pak Cik Wahab bersetuju. Alif mengoyak senyuman sampai ke telinga.
"Gembira sungguh kamu, ya?" Pak Cik Wahab menepuk-nepuk belakang Alif lembut.
"Semestinya pak cik," kata Alif.
___
0500 pagi
Alif terjaga dari tidurnya selepas mendengar bunyi jam penggera telefonnya. Lafaz syukur dipanjatkan kepada Allah SWT atas nikmat kehidupan yang dikurniakan.
Dia bangkit dari tempat tidur lalu mencapai tuala mandi dan kemudian masuk ke bilik air untuk membersihkan diri.
Usai membersihkan diri, Alif terus ke ruang tamu rumah itu untuk menunggu Pak Cik Wahab.
"Assalamualaikum, pak cik." Alif mengucapkan salam kepada Pak Cik Wahab yang baru keluar dari bilik.
"Waalaikumussalam. Alif, kamu dah siap belum? Pak cik nak ke masjid dulu," tanya Pak Cik Wahab.
"Dah, pak cik," jawab Alif dengan senyuman yang tidak lekang dari bibirnya.
Mereka berjalan kaki ke masjid bersama-sama untuk menunaikan solat subuh secara berjemaah.
Peti-peti ikan yang kecil diangkat oleh Alif ke dalam lori.
"Dah siap Alif?" soal Pak Cik Wahab.
"Dah, pak cik," ujar Alif.
"Jom, kita gerak ke pasar," ajak Pak Cik Wahab yang hendak menghidupkan enjin lori. Alif pula dengan segera naik ke dalam perut lori tersebut.
Pak Cik Wahab pun memulakan pemanduannya.
"Hm, ni Alif. Pak cik nak beritahu sikit. Nanti, dekat sana, ada beberapa orang mak cik yang juga menjual di sebelah tapak niaga pak cik. Kalau mereka tu tanya benda pelik-pelik dekat kamu, jangan dijawab." Pak Cik Wahab membuka cerita. Alif menelan liur kelat.
"Habis tu pak cik, takkan saya nak diam, nanti dicop kurang ajar pula," balas Alif.
"Kalau mereka tanya benda yang kamu boleh jawab, kamu jawab sajalah. Yang soalan pelik-pelik tu nanti pak cik tolong jawabkan." Sengihan mula muncul dibibir tuanya. Alif memandangnya hairan.
"Ada-ada saja pak cik ni..." Tawaan halus meniti di bibir Alif. Terhibur.
"Kamu tak percaya? Tengoklah nanti," kata lelaki yang berusia lebih separuh abad itu. Alif mengangguk perlahan sambil tersenyum.
YOU ARE READING
DIARI HATI ALIF [C]
General Fiction﷽ - SYUHADAH 1st BOOK Membesar sebagai anak sulung memang tidak mudah. Sentiasa tersakiti, diberi penekanan dan tidak diberi perhatian penuh. Perit. Ya, itulah yang dirasai oleh Alif Zahari. Namun, dia masih bersabar kerana dia yakin, akan adanya ca...