BAB 30 | Panggilan Misteri

140 18 46
                                    

"Ibu, macam mana dengan ayah?" soal Alif dengan resah.

"Ayah tak sedar lagi, Alif. Doktor kata keadaan ayah dah tak kritikal. Cuma, kecederaan pada bahagian kepala yang paling teruk. Dahlah ayah pernah cedera dekat kepala dulu." Syamila duduk di sebelah Alif di ruangan menunggu.

"Kamu tak nak masuk ke?" soal Syamila kepada Alif.

"Ibu tak nak masuk sekali?" Alif memandang wajah ibunya.

"Tak boleh masuk ramai-ramai. Seorang saja," balas Syamila.

"Oh, haah. Tapi, Alif nak solat maghrib dulu." Alif meminta izin.

Syamila mengangguk perlahan.

Solat maghrib ditunaikan bersama-sama dengan beberapa orang jemaah. Kemudian, dia duduk semula di ruangan menunggu.

Disebabkan terlalu mengantuk, Alif akhirnya tertidur lena di situ.

Tetapi, selepas beberapa minit tidur, Alif dikejut oleh Syamila.

"Alif, bangunlah... Ayah dah sedar itu," ujar Syamila.

"Hm... Ya, ibu." Alif menggosok-gosok matanya yang redup. Dia berjalan masuk ke dalam wad tersebut.

Wajah pucat lesi ayahnya menerpa penglihatan. Alif segerakan pergerakan lalu duduk di atas kerusi bersebelahan dengan katil ayahnya.

"Assalamualaikum, ayah." Air mata Alif berlinangan di pipinya.

"Waalaikumussalam... Alif-," Asrul terbatuk kecil ketika ingin menyambung ayat.

"Anak ayah sihat?" soal Asrul kepada Alif. Senyuman terukir di sebalik topeng muka yang disambungkan kepada alat bantuan pernafasan.

"Alhamdulillah. Alif sihat ayah," jawab Alif. Keadaan sepi seketika.

"Ayah... Alif minta maaf sebab tak ada waktu pencuri masuk rumah kita," tutur Alif.

"Bukan salah kamu, Alif. Tak usah menangis. Ayah okey. Esok lusa baiklah," kata Asrul.

"Pandai-pandai ayah saja esok lusa boleh baik." Alif tertawa perlahan. Asrul juga berbuat sama.

"Alif... Ibu kata, kamu berhenti kerja. Kenapa Alif? Ayah bukannya cedera sampai tak boleh jalan ke apa. Tak perlulah sampai berhenti." Asrul bertanya kepada Alif.

"Alif berhenti sebab risaukan ibu dan ayah. Yalah, kalau apa-apa berlaku, sekurang-kurangnya Alif ada. Jadi, keselamatan ayah dan ibu dibawah tanggungjawab Alif sebagai anak lelaki." Alif menjawab dengan tenang.

"Haih... Tak apalah Alif. Benda pun dah jadi. Yang penting, kamu tak rasa rugi kan?" Alif menggeleng kepala sebagai jawapan untuk soalan Asrul.

"Ayah rehatlah dulu. Kalau ada apa-apa, panggil Alif atau ibu. Okey?" Alif tersenyum.

"Okey," balas Asrul.

Alif keluar dari wad tersebut lalu memanggil ibunya.

"Ibu, ayah tengah rehat. Ibu duduklah dekat dalam. Tak sejuk sangat. Dekat sini sejuk," kata Alif.

"Kamu boleh tahan sejuk ke? Kalau tak boleh, dekat dalam beg ibu ini ada baju sejuk. Nak?" soalnya.

"Boleh juga ibu," jawab Alif. Syamila pun membuka zip begnya lalu mengeluarkan baju sejuk berwarna hitam. Baju tersebut bertukar tangan.

"Terima kasih, ibu," ucap Alif dengan sopan.

"Sama-sama." Bibir ibunya mengukir senyuman manis.

___

Seminggu lima hari berlalu dan doktor telah membenarkan Asrul pulang ke rumah. Alif memapah ayahnya dan mendudukkannya ke atas kerusi roda.

Asrul masih belum sihat sepenuhnya. Kakinya juga masih berbalut. Kerana itu dia belum boleh berjalan dengan elok.

DIARI HATI ALIF [C]Where stories live. Discover now