"Akhirnya hilang juga gatal-gatal ini. Alhamdulillah... Kalau tidak, sakit betul," monolognya sendirian.
"Sihat dah?" soal Asrul. Alif menyengguk.
"Alhamdulillah... Ini, kamu nak tahu siapa yang nak mencuri di rumah kita semalam?" Asrul bertanya lagi.
"Siapa, ayah? Alif tak perasan semalam sebab gelap kan," balas Alif.
Semalam dia terpaksa tidur awal kerana tak tahan gatal-gatal di seluruh badan. Sebab itu, dia tidak tahu apa yang berlaku selepas pencuri itu ditangkap.
"Zaid, anak Pak Cik Mahmud." Asrul memberitahunya.
"Ya ke, ayah?" Alif seperti tidak percaya.
"Ya..." Asrul mengangguk.
"Tak sangka... Patutlah Pak Cik Mahmud itu malu nak pandang Alif semalam. Ingatkan dia malu sebab tuduh Alif hari itu, rupanya..." kata Alif.
"Dia tuduh kamu?" Asrul hairan.
"Ya, ayah. Macam-macam dia cakap tentang Alif. Seolah-olah Alif tak ada maruah. Sekarang bila dah terkena dekat hidung sendiri, malu pun dapat, sakit pun dapat." Alif tersenyum nipis.
"Sakit apanya? Dia sihat saja semalam," balas ayahnya itu.
"Sakit hati." Alif tertawa halus.
"Tak baiklah Alif." Asrul mengeluh perlahan.
"Maaf, ayah." Alif mengukir sengihan.
"Ayah nak ke kebun dulu. Kamu nak ikut tak?" Asrul mengajak Alif.
Alif dengan wajah terujanya menerima ajakan tersebut.
Dia membonceng motosikal ayahnya untuk ke kebun. Jimat minyak, kata Alif.
Suasana nyaman dan tenang tanpa udara kotor dinikmati oleh Alif. Macam mana jauh pun dia pergi, suasana seperti ini takkan pernah dia lupakan.
Kicauan merdu daripada burung-burung yang terbang di awangan menjadi irama mengusik jiwa pada petang itu.
Indahnya ciptaan Tuhan!
Sampai saja di kawasan kebun, matanya merenung ke arah sungai yang mengalir tenang.
"Ini kalau dapat mandi... Seronok!" Hatinya bersorak riang. Rasa macam nak lompat di atas motor.
"Alif, duduk diam-diamlah. Kamu ini! Macam budak-budak." Asrul memarahinya.
"Tahulah gembira sangat, tapi janganlah sampai nak lompat atas motor ini." Asrul mengeluh kecil.
"Dah lama lah tak mandi sungai, ayah... Sebab itu, gembira lain macam. Hehehe," katanya.
"Maaf, maaf..." ucap Alif.
"Turun cepat. Ayah nak pergi tengok buah durian dekat sana. Mana tahu dah jatuh." Asrul turun dari motosikalnya lalu berjalan ke kawasan yang dipenuhi dengan pokok durian.
"Wah, baru syok! Durian... I'm coming to you!" Alif berbisik sendiri. Nak jerit kuat-kuat, tapi nanti kena marah pula.
Dia berjalan-jalan di sekitar kebun sambil menikmati buah-buahan yang telah masak ranum di kebun ayahnya. Nak makan durian, tapi ayahnya tidak izinkan.
"Durian makan dekat rumah. Ayah tak bawa parang." Itu alasan yang diberikan oleh Asrul.
Melihat Alif yang gembira seperti itu, hati Asrul terasa lega.
Bukan apa, dia lega kerana anaknya itu berubah menjadi seorang yang lebih baik. Selama Alif tiada di sisi mereka suami isteri, macam-macam tanggapan terlintas di benak fikirannya.
Kadang, dia fikir Alif akan bergaul dengan orang jahat di luar sana. Sampai begitu sekali tanggapannya kepada Alif.
Tetapi, dia bersyukur. Allah masih melindungi dan menjaga hati anaknya agar tidak melakukan perkara yang merosakkan diri.
"Alif! Sudah-sudahlah itu... Jom, balik. Dah pukul 6. Ibu kamu seorang dekat rumah itu..." Dia memanggil Alif yang sedang mengutip batang kayu reput yang jatuh dari pokok untuk dikumpul dan dibakar.
"Baik, ayah. Dua minit lagi," balas Alif.
"Hati-hati masa berjalan. Ada lubang besar berdekatan situ," beritahunya. Risau juga, kalau terjatuh ke dalam lubang itu, susah nak naik semula.
"Okey." Alif mengangguk tanda faham.
___
Alif ingin meletakkan kunci motosikal ayahnya di atas rak kecil di ruang tamu. Namun matanya tertancap pada sekeping sampul surat putih. Dia mengambil dan membuka sampul surat itu.
"Kad kahwin siapa pula ini?" Alif bersenandika sendirian.
Syamila yang tadinya sedang menonton televisyen terus memandang ke arah Alif.
Terketar-ketar tangan Alif memegang kad itu setelah melihat sebaris nama yang tertulis di atasnya.
Pantas dia mengetepikan perasaan kecewa dengan segaris senyuman nipis.
"N-Naura dengan Rizal? Bulan depan?" Wajahnya diraup perlahan.
"Alif, kamu okey ke tidak itu?" soal ibunya. Alif memalingkan tubuh menghadap ibunya dan menaikkan bibirnya membentuk sebuah senyuman manis.
"Okey!" Ibu jari dinaikkan.
"Tak sedih?" Soalan itu mengubah ekspresi roman wajah Alif.
"Buat apa nak sedih ibu? Allah dah tetapkan dia dengan Rizal. Mungkin itu yang terbaik. Alif tumpang gembira dengan berita ini." Alif memasukkan kad itu ke dalam sampul lalu dia meletakkannya ke atas rak itu semula.
"Ini mesti ada sesuatu yang kamu rahsiakan dari ibu," kata Syamila. Matanya dikecilkan sambil memandang Alif.
"Rahsia apa pula ibu. Mana ada." Alif tertawa sambil menjawab.
"Hati kamu mesti dah dicuri seseorang dekat KL... Kan?" Ibunya tersenyum nakal.
"Ada-ada saja ibu ini. Hati Alif masih ada dekat sini. Tak ada orang curi pun," ujar Alif. Tawanya masih bersisa.
"Mesti ada punya... Kalau ibu tahu, ibu kahwinkan terus!" kata ibunya dengan yakin.
"Suka hati ibulah... Alif ikut saja." Alif berjalan perlahan ke biliknya. Dia tersenyum-senyum sendiri.
"Bagitahulah pada ibu. Siapa?" soal Syamila lagi.
"Alif sayang diri sendiri!" Dia berlari ke biliknya. Kalau dia kekal berdiri di situ, pastinya macam-macam soalan dikemukakan oleh ibunya.
Syamila tertawa kecil melihat gelagat Alif.
___
Kepala dilekapkan ke atas meja belajar. Dia mengeluh apabila teringat tentang kad kahwin tadi.
Memang benar, dia gembira apabila mendapat tahu berita itu tadi. Akan tetapi, kesedihan tetap terasa walaupun sedikit.
"Kau menang Rizal. Aku doakan kau bahagia dengan dia." Alif berbisik kepada dirinya sendiri.
Gambar graduasi tersebut diselitkan dalam bukunya semula. Alif mencapai sebuah buku Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck yang ditulis oleh Buya Hamka.
Buku yang dihadiahkan oleh Rahman itu dibaca oleh Alif dengan penuh penghayatan walaupun ia telah dibaca sebanyak dua kali.
_
_
_Rupa-rupanya... Anak Pak Cik Mahmud yang buat. Itulah, tuduh orang lagi.
Jemput baca dan komen jika menarik.
Terima kasih.
Assalamualaikum wbt 🤍
YOU ARE READING
DIARI HATI ALIF [C]
General Fiction﷽ - SYUHADAH 1st BOOK Membesar sebagai anak sulung memang tidak mudah. Sentiasa tersakiti, diberi penekanan dan tidak diberi perhatian penuh. Perit. Ya, itulah yang dirasai oleh Alif Zahari. Namun, dia masih bersabar kerana dia yakin, akan adanya ca...