Naura terduduk di atas katil bersama tangisan lebat. Dia tidak sangka bahawa dia akan diperlakukan sedemikian oleh mama dan papanya.
Rizal Fikri, bukanlah orang yang disukainya dan digemari olehnya. Mana tidaknya Naura tidak gemar jika dia asyik saja mengajaknya keluar, menghantar mesej tanpa sebab yang jelas dan suka menghubunginya pada waktu yang tidak sesuai. Ia agak menjengkelkan bagi Naura.
Dan hari ini, sebuah perjanjian untuk mengikat dia dan Rizal sebelum menjadi suami isteri yang sah akan dilaksanakan. Pertunangan ini tidak akan membahagiakan Naura malah menjadikannya lebih sedih.
Naura langsung tidak bersiap dengan baju barunya. Dia hanya termenung sambil menangis di atas katil. Dia juga teringat akan kata-kata Alif sebelum lelaki itu menghilangkan diri.
"Saya tak marah awak pun. Tapi, lepas ni, awak tak perlu nak cari saya. Saya tak layak untuk awak."
"Nanti papa awak marah saya. Lebih baik awak balik. Lagipun, tak manis kalau kita berdua dekat sini."
Disebabkan kata-kata yang dihamburkan papanya, hilang terus perasaan cinta Alif padanya. Bukan setakat itu, fitnah terhadap Alif yang disebarkan oleh Rizal membuatkan lelaki itu menghilang entah kemana sekarang ini.
"Kamu tak siap lagi? Naura, lepas zuhur pihak lelaki nak datang, kamu boleh duduk diam saja? Cepat siap, Naura..." ujar Datin Rafidah.
"Tak nak. Naura tak nak lah mama. Naura tak suka dengan Rizal," kata Naura, lemah. Kepalanya digeleng perlahan.
"Dah tak ada masa nak mengada-ngada, Naura. Just forget about Alif. He doesn't deserve to you. Kalau kamu tak bersiap sekarang, nanti papa kamu tu marah. Baik cepat sikit," tegas Datin Rafidah.
Baru saja disebut, Dato' Farid telah menonjolkan dirinya di balik pintu.
"Naura Fatimah. Jangan buat lambat. Papa nak tengok kamu dah selesai bersiap kemas kejap lagi." Dato' Farid menegaskan ayatnya. Naura segera bangun. Air mata yang mengalir diseka pantas.
"Papa tak faham Naura. Suka-suka saja buat keputusan untuk hidup Naura. Naura tak fahamlah dengan cara papa," luah Naura lalu terus keluar dari biliknya dengan hati yang sakit.
Kakaknya pula menahannya di ruang tamu.
"Jom, kakak tolong Naura bersiap, lepas itu. Kakak make-up kan sekali." Kakaknya, Nabilah menawarkan diri untuk membantu.
Naura terpaksa akur juga dengan kata-kata kakaknya dengan alasan tidak mahu memalukan mama dan papanya di hadapan keluarga Rizal nanti.
___
Dengan berbusana kurung moden berwarna hijau lembut, dia tampak manis meskipun hanya solekan nipis dikenakan pada wajahnya. Dia keluar dari biliknya dengan senyuman kecil.
"Cantik sungguh bakal menantu kita, bang." Emak Rizal, Puan Suhaila berbisik perlahan pada telinga suaminya.
"Mestilah..." balas bapa Rizal pula, Tuan Rafizi. Rizal disebelahnya hanya tersenyum sedikit.
Majlis pertunangan disempurnakan dengan baik dan lancar. Rizal sangatlah gembira dan bersyukur setelah akhirnya mengikat tali pertunangan bersama dengan kekasih hatinya.
Tetapi bukan Naura, yang dari tadi sekadar berdiam diri dan sekadar menunjukkan senyuman yang dibuat-buat. Kendatipun hatinya tidak rela, dia akan tetap menjadi bakal isteri Rizal juga.
"Naura pandang kamera tu betul-betul. Kamu ni, sempat lagi termenung dekat situ," kata Datin Rafidah pada Naura.
Selesai mengambil gambar, Rizal mendekati Naura. Dia menegur bakal isterinya itu.
"Mesti awak dah tak sabar, kan? Saya pun sama," tutur Rizal sambil tersengih kecil.
"Bukan tak sabar." Ayat Naura terhenti di situ.
"Habis itu?" Rizal menunggu dengan teruja.
"Tapi tak nak," sambung Naura lagi. Nadanya mendatar tak berperasaan.
Senyuman di wajah dipadam serta-merta."Kenapa cakap macam itu? Hm, sayang?" Dengan nada menggoda Rizal menutur kata.
Naura mengalihkan pandangan. Geli betul rasanya mendengar suara Rizal. Agak menjengkelkan.
"Ish, pergilah! Awak ingat saya tergoda ke? Saya bukan perempuan murah!" hambur Naura lalu berlalu pergi dari situ dengan hati yang bengang.
Rizal tersenyum sinis.
"Itu baru sikit, Naura. Aku tahu kau tak suka. Dan aku akan buat kau datang melutut depan aku satu hari nanti," desis hati Rizal. Segala perancangan jahat terpapar di skrin mindanya.
"Rizal, kamu tak nak balik ke?" Emaknya memanggil dari jauh.
"Kejap mak," sahutnya. Kasut dipakai lalu langkah kakinya diatur ke kereta.
___
Dia mengunci pintu kedai sebelum menaiki tangga ke bilik. Kemudian, dia mengatur langkah ke bilik air untuk mengambil wuduk.
Usai berwuduk, tubuhnya dihempaskan ke atas katil. Beberapa zikir pendek bersama lafaz syahadah dibaca.
Matanya cuba ditutup namun tetap terbuka semula. Inilah masalah yang setiap hari terpaksa ditanggung oleh Alif.
Insomnia.
Setiap kali mendapat peluang untuk tidur, matanya pula tidak boleh terlelap walaupun untuk sesaat.Telefon yang berada di atas meja sisi dicapai olehnya. Skrin telefonnya mula berubah malap. Bateri hanya tinggal 2 peratus.
Alif mengeluh perlahan. Baru sahaja ingin membuka aplikasi WhatsApp yang dipenuhi mesej, skrin telefon pintar itu gelap.
"Masa banyak mesej, kau tak ada bateri pula. Haih..." Keluhan berat dilepaskan.
"Malaslah nak cas." Telefon itu diletakkan semula.
Begitulah Alif sekarang. Telefon pintar ibarat tidak wujud dalam hidupnya. Ia hanya dibawa untuk tujuan kecemasan sahaja.
Tubuhnya dipusingkan ke kanan dan ke kiri. Asyik menguap, tapi sukar terlelap.
Disebabkan terlalu sukar, Alif akhirnya keluar dari bilik lalu pergi ke belakang kedai. Pintu kecil dihujung kedai dibuka. Dia keluar lalu menutup pintu tersebut.
Motorsikal dinaiki kemudian ia memecut laju membelah kesunyian malam.
Dia singgah ke sebuah taman permainan lalu duduk di bangku kecil.
Jam tangan dikerlingnya.0025 malam
Suasana bandar raya Kuala Lumpur masih dipenuhi dengan orang ramai.
"Dia orang ni tak reti balik rumah ke?" getus hati Alif.
Cakap tak serupa bikin. Dia sendiri pun berada di luar rumah sekarang.
Alif memandang ke arah langit gelap yang dicorakkan dengan bintang-bintang yang memagari purnama. Senyuman manis terukir di bibirnya.
Tiba-tiba, sebuah bayangan muncul di benak minda. Ia membuatkan senyumannya mati.
"Ibu, ayah. Alif akan balik. Insya-Allah," bisik hatinya galau.
_
_
_Hai, assalamualaikum, semua!
Selamat petang?
Eh, haa betul lah petang.
Lupa pula. Hehehe~Terima kasih atas kesudian membaca cerita yang tak seberapa ini.
Komen dan undian amatlah saya hargai.
Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri yang ke-22!
Bye~
YOU ARE READING
DIARI HATI ALIF [C]
General Fiction﷽ - SYUHADAH 1st BOOK Membesar sebagai anak sulung memang tidak mudah. Sentiasa tersakiti, diberi penekanan dan tidak diberi perhatian penuh. Perit. Ya, itulah yang dirasai oleh Alif Zahari. Namun, dia masih bersabar kerana dia yakin, akan adanya ca...