Unggas-unggas bernyanyi riang sambil menguakkan sayapnya seolah-olah sedang menari dan membelah bayu. Begitu juga dengan bandar raya Kuala Lumpur yang sesak dengan kenderaan. Masing-masing sibuk meredah kesesakan demi tiba awal ke tempat kerja.
Alif menarik nafas dalam sebelum memulakan tugas. Dia mengambil sebatang penyapu dan penyodok sampah. Lantai kedai runcit itu dibersihkannya tanpa sebarang keluhan.
"Selesai!" Alif mengukir senyum. Ja'afar yang baru sampai mengucapkan salam.
Alif menjawabnya dengan ceria. Dia meletakkan penyapu dan penyodok sampah itu disudut kedai.
"Awal kau bertugas, Alif? Rajin betul..." ujar Ja'afar.
"Hehe... Tak adalah, bang. Saya cuma terlalu bersemangat hari ini." Alif membalas dengan senyuman lebar.
Ja'afar pun duduk di atas kerusi yang berada pada ruang kaunter. Dia menyedut air kopi yang dibelinya di restoran tadi."Kau dah sarapan ke belum?" soal Ja'afar.
"Dah tadi." Alif mengangguk kecil.
Ja'afar tersenyum kecil."Ok," balasnya.
Usai berbual-bual, Alif melakukan kerjanya dengan tekun. Dia meneliti setiap barangan yang dijual di kedai tersebut. Jika terdapat barang yang habis, dia akan mencatatnya di dalam sebuah buku untuk diberitahu pada bos.
"Serbuk lada tinggal 1 kotak... Wah, banyak juga barang yang dah nak habis!" Alif bermonolog perlahan.
Semasa di tekun membuat kerja, seorang wanita menegurnya.
"Saya nak tanya sikit boleh? Tepung kek dekat mana, ya?" soalnya.
"Tepung kek... Ikut saya, cik." Alif berjalan ke sebuah rak.
"Ini dia, cik," kata Alif. Dia menunduk sedikit.
"Terima kasih..." Wanita itu tersenyum nipis. Alif membalas senyuman itu dengan penuh sopan.
"Sama-sama," jawab Alif.
___
Dia berehat seketika sambil meneguk air mineral. Tubuhnya disandarkan pada kerusi. Semangat dia lain macam hari ini. Kerjanya tidak terlalu berat dan mudah untuk dilakukan.
Ja'afar duduk disebelahnya. Kaki kanannya disilangkan ke atas kaki kiri.
"Kau ni asal mana?" tanya Ja'afar kepada Alif.
"Saya dari Johor," balas Alif.
"Oh..." Ja'afar hanya menyengguk perlahan.
"Abang pula, dah lama kerja dekat sini?" Soalan Alif membuatkan Ja'afar mengangguk perlahan.
"Ya, aku dah kerja sini dekat 3 tahun," jawabnya.
"Wah, dah lama!" Teruja Alif mendengarnya.
Sedang mereka berbual-bual, seorang kanak-kanak perempuan dan adik lelakinya masuk ke kedai untuk membeli barang.
Ja'afar pun kembali ke kaunter. Alif pula hanya menyoal kepada kanak-kanak perempuan itu.
Alif memberikan senyuman manis kepada kanak-kanak perempuan itu. Kanak-kanak perempuan itu membalasnya dengan sebuah senyuman juga.
"Adik nak beli apa?" Alif memulakan pertanyaan.
"Ibu saya suruh belikan telur lima biji, satu botol kicap dengan... 3 keping tauhu," jawab anak kecil itu dengan sopan. Ditangannya terdapat wang berjumlah RM15.
"Ok. Nak abang tolong?" Alif menawarkan bantuan. Anak kecil itu mengangguk pantas.
"Abang tolong ambilkan telur dengan tauhu, ya? Eh, kejap mana adik awak?" Alif memandang sekeliling. Kanak-kanak perempuan itu mula risau kehilangan adiknya.
Alif berjalan ke arah rak yang ditempatkan bermacam jenis coklat dan gula-gula. Dia tertawa kecil.
Alif merendahkan tubuhnya separas dengan kanak-kanak lelaki itu.
"Awak nak coklat ni ke?" soalnya.
Pantas si kecil itu menggeleng kepala."Kenapa?" Alif mengusap lembut kepala anak kecil itu.
"Nanti tak cukup duit. Ibu marah," jawabnya perlahan. Si kakak yang berada di belakang hanya melihat.
Alif memandang wajah mereka dengan pandangan redup.
"Tak apa. Awak ambil saja coklat tu," ujar Alif.
"Mana boleh, abang. Nanti tak cukup duit. Coklat ini mahal," kata kakaknya pula.
"Ambil saja. Abang belanja." Alif mengukir senyum.
Mereka masih terpinga-pinga. Agak takut untuk mengambil paket coklat itu.
Alif hanya memandang mereka dengan wajah ceria.
"Dah? Kejap, abang ambilkan telur dengan tauhu tadi." Alif bingkas bangun dan mengambil barangan tersebut.
Dia kemudiannya meletakkan barang-barang itu di atas meja kaunter. Dompet dikeluarkan dan dia hanya melihat sekeping wang kertas bernilai RM50 berada di dalamnya. Itu wang yang terakhir dia miliki ketika itu.
Namun, dia mengeluarkan wang itu lalu membayarkan barang-barang yang dibeli oleh kedua kanak-kanak tadi.
Baki sebanyak RM23.35 diserahkan kepada Alif. Alif memberikan plastik yang berisi barangan tersebut kepada kanak-kanak perempuan itu.
"Terima kasih, abang!" ucap kedua mereka. Alif mengangguk perlahan. Dia tersenyum simpul.
"Sama-sama," balas Alif.
Alif menghantar kedua anak itu pulang dengan pandangan mata.
Usai mereka hilang dari penglihatan, Alif masuk ke kedai semula."Kau ini baik betul lah, Alif." Ja'afar memandangnya.
"Saya bukan orang yang baik, bang. Saya sedang berusaha untuk menjadi baik," tutur Alif perlahan.
Ja'afar hanya terdiam. Dia tidak tahu apa yang ingin dikatakan lagi.
___
Alif memesan nasi goreng kampung dan sebungkus teh ais. Perutnya mula bernyanyi riang meminta isi.
Sampai sahaja di dalam bilik, dia menikmati hidangan tersebut. Dia tidak perasan bahawa telefonnya bergetar ketika itu.
Ibunya menelefonnya banyak kali tetapi tidak diangkat. Ketika itu, wajah wanita itu dalam kerisauan.
"Alif, jawablah panggilan ibu." Keluhan terlepas dari mulutnya.
Dipandang wajah suaminya yang terbaring lemah selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya sejam yang lepas. Tangan, kaki dan kepalanya berbalut akibat kecederaan yang agak serius.
"Mak cik, Alif tak angkat ke?" soal Rahman.
"Tak, Man. Cuba kamu pula yang hubungi dia. Mana tahu dia jawab," kata Syamila, gelisah.
"Kejap ya, mak cik. Saya cuba," ujar Rahman.
Rahman cuba menghubungi Alif. Tetapi hampa, tiada sebarang jawapan daripada Alif.
Rahman menggeleng kecil. Dia juga kasihan melihat ibu dan ayah Alif.
Dua bulan setelah Alif pergi ke Kuala Lumpur, langsung tiada khabar berita daripadanya. Kadang Rahman menelefonnya, namun dia tidak pernah menjawab panggilan tersebut.
"Kau dah berubah, Alif," getus hatinya.
_
_
_Orang yang baik tak akan mengaku kebaikan yang dilakukannya, kan?
Terima kasih atas kesudian anda membaca karya tak seberapa daripada saya.
Segala bentuk komen dan undian amatlah saya hargai.
Assalamualaikum wbt.
YOU ARE READING
DIARI HATI ALIF [C]
General Fiction﷽ - SYUHADAH 1st BOOK Membesar sebagai anak sulung memang tidak mudah. Sentiasa tersakiti, diberi penekanan dan tidak diberi perhatian penuh. Perit. Ya, itulah yang dirasai oleh Alif Zahari. Namun, dia masih bersabar kerana dia yakin, akan adanya ca...