"Ya Allah... Penatnya hari ini..." Keluhan dilepaskan oleh Alif. Agak berat juga keluhannya.
Tak semena-mena, Naim datang dan mencubit lengan kirinya sedikit kuat.
"Aduh!" Terjerit kecil Alif di situ. Perit juga cubitan Naim ini. Satu badan rasa sakit.
"Apa main cubit-cubit ini? Tak ada lengan ke apa? Sukahati saja cubit lengan orang pula," Alif memandangnya dengan pandangan geram.
"Tak baik mengeluh, tahu? Sepatutnya berzikir. Tak pun selawat. Kan lebih tenang." Automatik tangan Alif memegang dadanya. Sentap...
"Kecil-kecil cili api, ya kamu ini Naim? Pandai bagi ayat sentap. Nak jadi ustaz macam abang Syahid ke bila besar nanti?" soal Alif. Naim mengangguk dan tersenyum lebar.
"Abang kena ingat apa yang Naim cakap tadi. Jangan asyik mengeluh saja," ujar Naim. Alif mengukir senyum.
"Baiklah, wahai Ustaz Naim." Alif memaut bahu Naim.
"Abang ingat-" Baru saja nak meneruskan percakapan, Firdaus memanggilnya dari jauh. Alif pun menuju ke arah Firdaus.
"Ish, abang Alif tak habis cakap lagi!" Naim mengejar Alif.
___
Syamila dan Asrul duduk di pangkin kayu sambil berbual-bual. Tiba-tiba, seekor kucing oren memanjat dia atas pangkin itu dan menggeselkan tubuhnya pada kaki Asrul.
"Eh, ini kucing siapa pula?" Hairan juga Asrul. Selama ini, tak pernah pula dia nampak kucing oren ini di rumah. Yang ada, kucing kelabu saja.
"Itu kucing Alif, abang," jawab isterinya.
"Bila pula dia bawa balik kucing itu?" soal Asrul lagi.
"Dah lama, bang. Yalah... Alif itu kan sukakan kucing. Pergi mana-mana pun, ada saja kucing yang lekat dengan dia. Haih... Dah lama tak dengar khabar dia. Bila dia nak balik, abang? Entah sihat ke tidak?" Syamila menunduk sedih.
Hatinya kuat mengatakan bahawa Alif akan pulang. Tapi, kelibat anaknya itu masih tiada kelihatan.
Asrul tidak tahu apa yang dia ingin jawab. Dia juga risau seperti isterinya. Mahunya dia tidak risau, dah lebih lima bulan anaknya itu hilang tanpa bayangan.
"Ada lah itu. Nanti dia balik. Insya-Allah. Saya pun tak tahu bila, tapi saya pasti dia akan balik." Asrul mengukir senyum.
Perbualan mereka terhenti setakat itu tatkala sebuah kereta memarkir di hadapan rumahnya.
"Assalamualaikum!" laung Datin Rafidah.
"Waalaikumussalam wbt," jawab Asrul dan isterinya.
"Sihat?" soalnya. Tangan dihulur untuk bersalaman dengan Syamila.
"Alhamdulillah. Sihat. Datin pula apa khabar?" Huluran salam dibalas.
"Alhamdulillah. Sebenarnya, tujuan saya datang ke sini untuk jemput kamu hadir ke majlis anak saya, Naura. Ini kad kahwinnya. Majlisnya bulan depan. Jemput datang, ya?" Datin Rafidah menjemput mereka berdua.
"Insya-Allah. Jika ada kelapangan, saya hadir. Terima kasih," ucap Asrul.
"Sama-sama. Saya pulang dulu. Assalamualaikum." Beliau masuk ke perut kereta dan bergerak pulang.
"Naura kahwin dengan Rizal lah kan?" soal Syamila. Asrul mengangguk.
"Kalau Alif tahu, lagi lah dia patah hati," kata Syamila.
"Entah-entah, Alif dah ada buah hati sendiri." Asrul tertawa kecil.
"Ish, abang ini. Tapi, kalau dia balik bawa buah hati dia, bagus juga. Terus kita nikah kan," balas Syamila.
YOU ARE READING
DIARI HATI ALIF [C]
General Fiction﷽ - SYUHADAH 1st BOOK Membesar sebagai anak sulung memang tidak mudah. Sentiasa tersakiti, diberi penekanan dan tidak diberi perhatian penuh. Perit. Ya, itulah yang dirasai oleh Alif Zahari. Namun, dia masih bersabar kerana dia yakin, akan adanya ca...