BAB 29 | Lambaian Terakhir

176 19 68
                                    

Pagi-pagi lagi Alif dikejutkan dengan panggilan telefon daripada ibunya. Suara cemas ibunya menerpa pendengaran.

"Ayah cedera teruk Alif... Ibu tengah tunggu keputusan doktor," ujar Syamila sambil tersedu-sedan.

"A-Alif balik sana. Sekarang," balas Alif. Tangannya terketar-ketar menutup panggilan tersebut.

Wajah Danish dan Naim menerpa indera penglihatan. Kedua mereka mendongak ke arah Alif dan menayangkan roman wajah teruja.

"Abang... Nak tahu tak?" Naim mencuit tangan Alif. Wajah cemas Alif bertukar ceria. Dia tak mahu mereka semua tahu tentang masalahnya.

"Apa dia, Naim?" soal Alif.

"Hari jadi Naim dengan Aiman, bulan sepuluh," beritahunya.

"Ya ke? Nanti kita sambut sama-sama, ya. Abang nak buat kejutan lagi," kata Alif. Dia tertawa kecil melihat wajah Danish yang tiba-tiba masam mencuka. Naim juga tergelak kecil.

"Kamu berdua pergilah main dahulu. Abang nak jumpa dengan abah sekejap." Alif mengusap lembut ubun-ubun kepala mereka.

"Baik, abang!" Mereka mengangguk tanda setuju. Lantaran itu, mereka berlari ke ruang tamu untuk bermain bersama yang lain.

Alif dengan langkah yang perlahan menuju ke pejabat Rumah Anak-anak Yatim as-Soleh untuk bertemu dengan Firdaus. Dalam masa yang sama, dia agak gugup sebenarnya.

Pintu bilik pejabat itu diketuk perlahan sambil ucapan salam dilantunkan.

Setelah mendengar jawapan kepada ucapan salamnya tadi, dia pun masuk ke dalam bilik pejabat itu.

"Maaf, pak cik. Sebab mengganggu." Alif mengukir senyuman nipis.

"Eh, tak adalah. Jemput duduk, Alif," arah Firdaus dengan sopan.

Alif pun melabuhkan punggung di atas kerusi tersebut.

"Pak cik. Saya... Sebenarnya ada sesuatu yang nak disampaikan." Alif mula menyatakan hasratnya.

"Apa dia?" Firdaus memandang tepat ke wajah Alif.

Alif mengambil nafas dalam terlebih dahulu.

"Saya rasa... Saya nak berhenti kerja." Dengan sekali lafaz, Alif menyebutkan hasratnya.

"Kenapa, Alif? Kamu ada masalah ke? Persekitaran di sini tak cukup baik untuk kamu?" Air muka Firdaus bertukar risau.

"Tak, pak cik. Saya seronok sangat kerja di sini. Tapi, saya risaukan keselamatan ibu dan ayah saya dekat kampung. Baru saja tadi saya dapat panggilan dari ibu saya. Ibu kata, ayah saya kena pukul dengan pencuri yang masuk rumah kami. Teruk. Ayah saya sekarang ini dekat ICU." Alif menundukkan kepalanya. Dia mengelap air mata yang mula mengalir.

"Hari itu, rumah kami hampir dimasuki pencuri juga, tapi saya sempat halang dan telefon polis. Pencuri itu pun dah ditangkap. Tak sangka, ada orang lain pula," sambungnya.

"Innalillahiwainnailaihiraji'un... Saya doakan ayah awak segera sembuh. Saya faham apa yang awak hadapi sekarang ini. Tidak mengapalah jika begitu. Saya harap, awak akan terus maju jaya. Terima kasih sebab dah berkhidmat di sini. Awak dah berjaya buat semua anak-anak di sini gembira dan ceria sentiasa. Saya doakan awak bahagia di samping keluarga, Alif. Aamiin," tutur Firdaus. Alif tersenyum manis.

Sungguh dia tumpang bangga dengan semangat anak muda seperti Alif ini. Walaupun menghadapi pelbagai halangan, dia tetap tersenyum.

"Terima kasih, pak cik. Semoga Allah merahmati dan memberkati pak cik serta semua yang ada di sini. Aamiin... Saya keluar dulu, ya? Assalamualaikum wbt," kata Alif.

DIARI HATI ALIF [C]Where stories live. Discover now