Alif Zahari.
Dihina dan dikutuk. Namanya juga sentiasa dijadikan tajuk utama cerita warga kampung. Hanya disebabkan oleh sebuah tuduhan, seluruh penduduk termasuklah penduduk kampung sebelah mengenalinya.Dia sendiri tidak tahu apa yang orang lain mahukan. Bukannya mereka beruntung kalau jual kisahnya setiap kali di kedai kopi.
Walau bagaimanapun, masa memang tidak dapat di putarkan semula. Dia hanya redha dan sabar dengan segala ujian.
"Kamu ni dah kenapa Alif? Sebab keluarga Naura tu tak terima kamu saja kamu nak keluar dari rumah ni? Kamu ni beza betul dengan arwah adik. Ibu tak faham lah dengan kamu ini," ujar ibunya, Syamila.
Dia dah terlalu lama bersabar dengan ujian yang datang. Dengan penduduk kampung yang asyik menjaja cerita tentangnya. Serta ayah dan ibu yang tidak pernah berhenti membanding bezakan antara dia dan arwah adiknya.
Sungguh dia penat. Dia sanggup tidak sambung belajar ke universiti kerana tidak mahu membebankan ayah dan ibunya yang bersusah-payah mencari rezeki demi membiayai kos rawatan Arif yang terlalu tinggi.
Wang biasiswanya juga habis dikeluarkan kerana kos rawatan adiknya yang menghidap penyakit cirrhosis itu. Namun segala pengorbanannya tidak dipandang.
Jadi, dia buat keputusan untuk keluar dari kampungnya untuk mencari ketenangan sekali gus berubah menjadi seorang hamba yang taat pada tuhannya.
"Boleh tolong ajarkan saya cara untuk jadi seorang muslim yang baik? Saya dah lama tinggal solat. Ibadah lain pun sama. Saya ni jahil pak cik. Taubat saya diterima ke?" Alif menundukkan kepalanya.
"Tiada masalah kalau kamu bersungguh-sungguh. Ingat Alif, Allah SWT itu maha pengampun lagi maha penyayang. Dia tidak melihat hamba-Nya yang dulu, yang jahil, tapi melihat hamba-Nya yang sekarang. Yang sedang usaha untuk berubah." Ujaran itu sedikit sebanyak menyentuh hati seorang Alif.
Dia berusaha untuk keluar dari kepompong kejahilan. Dia juga berusaha sehingga berjaya mendapat kemaafan dari ibu dan ayah. Cuma satu, dia masih tidak dapat berkata benar tentang apa yang dirahsiakan selama ini.
"Andai ibu dan ayah tahu yang aku dah tak lama, pasti mereka sedih..." getus hatinya.
Pantang nampak orang berubah sikit, pasti ada mata dan hati yang membenci.
"Apahal lemah sangat kau ni, huh? Bangunlah! Aku nak tengok Alif yang dulu! Pukul aku cepat! Kau kan tak suka kena hina dengan aku." Rizal sengaja mencurah minyak ke dalam api. Alif melepaskan nafas berat. Dia masih cuba bersabar walau hakikatnya, dia sedang diselubungi perasaan marah yang membuak-buak.
Dihina kerana tidak mempunyai kemewahan. Ditolak kerana tidak menyambung pelajaran. Hingga akhirnya dia tawar hati untuk menerima insan bernama cinta.
"Aku memang tak layak untuk Naura."
Perasaan cinta itu dibiarkan layu hingga akhirnya mati. Seperti itu juga dengan dirinya. Rasa sakit yang ditahan lama dibiarkan sehingga nyawa ditarik Tuhan.
Begitulah kisah hidup seorang Alif. Setiap ujian yang menimpa, hanya diredah sehingga ia menghilang sendiri. Demi mencari erti kehidupan dan kebahagiaan, dia rela mengharung ombak di lautan api.
Walau terpaksa menanggung luka,
Walau terpaksa berkorban nyawa,
Walau terpaksa dikeji manusia,
Ku rela terima segalanya dengan hati yang bercampur duka.Bagaikan kaca terhempas di batu,
Begitu juga dengan nasib aku,
Sentiasa malang tidak berbau,
Tersenyum manis menyembunyikan wajah sayu.Biar duka tidak diketahui,
Asalkan dia tidak sunyi,
Biar sakit kekal tersembunyi,
Asalkan hidup tidak membebani.Melangkah bentala yang penuh onak dan duri,
Memang sengsara jika dilalui,
Namun kerana ingin melihat wajahnya tetap berseri,
Aku pergi melangkah kaki menuju ke arah duri,
Biarlah parut yang membekas menjadi saksi,
Setelah aku pergi menghadap Ilahi.Alif Zahari
- 10 Oktober 2022_
_
_Karya baru dari saya, sebelum hiatus sampai ke raya.
Hehehe...
;)
Harap semua orang suka.
Terima kasih kepada pihak yang sudi membaca dan menekan punat undian. Juga terima kasih kepada yang sudi berkongsi cadangan dan kritikan.
Bye!
Assalamualaikum wbt!
YOU ARE READING
DIARI HATI ALIF [C]
General Fiction﷽ - SYUHADAH 1st BOOK Membesar sebagai anak sulung memang tidak mudah. Sentiasa tersakiti, diberi penekanan dan tidak diberi perhatian penuh. Perit. Ya, itulah yang dirasai oleh Alif Zahari. Namun, dia masih bersabar kerana dia yakin, akan adanya ca...