BAB 32 | Nakal

171 19 41
                                    

Malam-malam buta Aqil buat kecoh di dalam bilik abangnya. Alif yang sedang membaca amatlah bingit dengan kehadiran adik kembarnya yang tak habis-habis membuat rusuhan kecil dari tadi.

"Kau boleh diam tak, Aqil? Dari tadi membebel mengalahkan ibu. Pergilah masuk bilik sendiri. Aku nak baca bukulah." Alif menegur secara baik meskipun matanya masih fokus melihat aksara yang terkandung di dalam buku tersebut.

"Aqil masih tak puas hati dengan abang. Kenapa abang tak beritahu ibu dengan ayah fasal sakit itu?" soal Aqil. Tangannya ligat merampas buku yang dipegang oleh Alif.

"Macam mana kau tahu?" Alif mula panik.

"Ini apa?" Aqil menunjukkan surat doktor yang dijumpainya semasa menyelongkar beg Alif.

Dengan sepantas kilat Alif merampas surat tersebut. Nasib baik tidak terkoyak. Kegusaran pada wajahnya tidak boleh disorokkan lagi.

"Kenapa kau buka beg aku sesuka hati, Aqil? Mana adab kau? Harap saja belajar dekat Madinah, tapi perangai tak serupa orang sana," tegur Alif. Aqil menunduk.

"Aqil cuma nak tengok saja..." Dia tak mahu menatap mata abangnya.

"Maaf. Aku terlepas cakap. Jangan ambil hati." Alif menyimpan surat tersebut ke dalam beg semula.

"Maaf, abang..." Semakin lama, semakin ke bawah dia menunduk.

"Sudahlah... Aku tak marah. Yang penting kau rahsiakan benda ini. Aku ada sebab tersendiri untuk tak beritahu ibu dan ayah." Belakang tubuh Aqil diusap perlahan.

"Jom, ikut aku pergi pondok yang dekat tepi sungai itu. Nak?" Alif memaparkan senyuman manis.

"Nak! Dah lama tak terjun sungai." Terus gembira hati Aqil waktu itu.

"Boleh saja kalau kau berani nak mandi dengan warga bunian dekat situ." Sengaja Alif menyakat adik kembarnya.

"Terima kasih sajalah kalau macam itu," balas Aqil.

Alif mengambil kunci motosikalnya lalu melangkah keluar dari rumah. Ayahnya yang berada di ruang tamu menegur dari belakang.

"Ha, kamu berdua nak pergi mana malam-malam buta ini?" Soalan Asrul menghentikan langkah mereka.

"Itulah abang... Lain kali minta izin dulu," ujar Aqil.

"Nak jalan-jalan pusing kampung, ayah. Bawa budak Arab ini sekejap. Dahlah tak reti bawa motor," sindirnya.

"Ish, Aqil ada lesen lah!" marah Aqil.

"Jangan balik lewat sangat." Asrul memberi pesanan ringkas.

"Baik, ayah. Assalamualaikum," ucap mereka berdua serentak.

Asrul menjawab salam anak-anaknya itu.

___

Motosikal Alif memecut laju di atas jalan raya. Aqil yang membonceng di belakang seolah-olah sedang terbang di udara.

"Jangan abang! Jangan! Fikir masa depan abang! Abang!" Aqil memeluk tubuh abangnya erat kerana takut terjatuh dari motosikal.

Laju sangat!

Alif pun memperlahankan pemanduannya. Dia tergelak besar melihat wajah pucat lesi adiknya pada cermin sisi.

"Dah macam dialog Upin Ipin saja aku dengar tadi." Makin galak Alif menggelakkan Aqil.

"Dosa tahu abang buat macam itu. Bayangkan kalau Aqil jatuh lepas itu mati dekat tengah jalan. Lepas itu, ada lori langgar Aqil. Berkecai badan Aqil waktu itu. Macam mana?" Aqil mula berfikir bukan-bukan.

Pantas Alif memberhentikan motosikalnya di tepi jalan dan mencubit lengan adiknya. Kemudian dia menyambung pemanduannya semula.

"Sakitlah..." Aqil mencebik bibir.

DIARI HATI ALIF [C]Where stories live. Discover now