Alif mula melangkah ke arah tangga untuk ke bilik dan mengambil beg pakaiannya. Tetapi langkahnya terhenti apabila dia terdengar suara Irfan.
"Ja'afar, kamu dipecat." Sebaris ayat yang membuatkan Alif menoleh ke belakang. Dia melihat Ja'afar yang sedang mendengus kemarahan.
"Hei, Irfan. Aku kerja dekat kedai kau ini dah tiga tahun kau tahu tak? Susah senang kau, aku nampak! Tapi budak tak guna ini yang kau menangkan? Ya, aku yang letak bungkus dadah itu dekat beg dia. Sebab aku nak dia kena pecat! Tapi, kau rosakkan rancangan aku. Dan kau, Alif, dengar ini. Aku tak akan lepaskan kau. Kau pun sama, Irfan. Hari ini, hari kau. Esok lusa mungkin hari aku!" sembur Ja'afar dan terus berlalu pergi meninggalkan Irfan dan Alif di situ.
Alif melangkah ke arah majikannya.
"Bos, saya minta maaf," ujar Alif. Irfan hanya tersenyum kecil.
"Tak, Alif. Bukan salah awak dan tak pernah jadi salah awak pun. Saya nampak apa yang berlaku semasa awak hantar barang tadi. Kedai ini lengkap dengan CCTV, jadi perbuatan Ja'afar tadi memang jelas saya nampak." Irfan mengusap belakang Alif untuk menenangkannya.
Alif mengukir senyuman nipis. Nafasnya masih lagi turun naik.
"T-Terima kasih, bos," ucap Alif. Irfan menyengguk perlahan.
Kadangkala dia kasihan pada Alif. Dia nampak apa yang berlaku pada Alif sepanjang bekerja di kedainya.
Ketika Alif mengangkat barang yang berat, Ja'afar langsung tidak membantu dan hanya melihat dari jauh.
Namun ketika dia ingin berehat, dia akan menyuruh Alif untuk menjaga kaunter buat sementara. Dan Alif, hanya menuruti kehendaknya.
Banyak kali Irfan menegur Ja'afar, tetapi lelaki itu hanya tidak mengendahkan kata-katanya dan akan mengulangi perbuatan tersebut.
"Dah Alif, kamu sambung kerja. Kaunter itu, biar saya yang jaga buat sementara waktu ini," tutur Irfan.
Alif hanya mengangguk setuju. Dia pun menyambung kerjanya kembali. Mindanya pula masih ligat memutarkan perkara yang berlaku tadi.
___
1600 petang
Pintu masuk Bank Simpanan Nasional dibuka. Alif menuju ke arah mesin ATM di sudut bank.
Duit gajinya sebanyak RM200 dipindahkan ke akaun ayahnya. Dia tidak ingin memegang terlalu banyak duit. RM150 juga sudah memadai bagi Alif. Cukup untuk keperluan harian dan selebihnya disimpan untuk membiayai rawatannya.
Selesai sahaja urusannya, Alif bergegas ke masjid berdekatan untuk menunaikan solat asar.
Wuduk diambil lalu kakinya menapak masuk ke ruang solat. Solat sunat tahiyatul masjid disempurnakan dahulu sementara menunggu masuk waktu asar.
Selepas azan asar dikumandangkan, Alif bangun lalu menyempurnakan solat sunat sebelum asar.
Doa dipanjatkan kepada Allah SWT untuk memohon keampunan dan ketenangan jiwa.
Iqamat dilaungkan oleh muazzin lalu solat asar didirikan oleh Alif sebagai makmum.
Sesudah solat, dia bersila di sudut masjid. Bibirnya dibasahkan dengan zikir yang dibaca secara perlahan. Timbul rasa sebak dalam hatinya pada ketika itu.
Sebuah klip memori terlintas di fikirannya.
___
Azan isyak berkumandang kuat di segenap kampung. Kaum lelaki berusia separuh abad telahpun berjalan kaki menuju ke masjid bagi menunaikan solat secara berjemaah.
YOU ARE READING
DIARI HATI ALIF [C]
General Fiction﷽ - SYUHADAH 1st BOOK Membesar sebagai anak sulung memang tidak mudah. Sentiasa tersakiti, diberi penekanan dan tidak diberi perhatian penuh. Perit. Ya, itulah yang dirasai oleh Alif Zahari. Namun, dia masih bersabar kerana dia yakin, akan adanya ca...