"Abang ada tips-tips untuk cemerlang SPM tak?" Soalan Syahid mengundang tawa kecil daripada Alif.
Iqmal menaikkan keningnya.
Apa yang lawak sangat abang ini?
Kami tengah gementar nak jawab soalan percubaan SPM walaupun ada lagi tiga bulan untuk bersiap sedia."Banyak tips. Tapi, yang ini abang rasa paling penting." Alif sengaja memberhentikan kata-katanya di situ.
Biar mereka tertanya-tanya."Apa itu?" tanya Fauzi pula.
"Hmm... Kamu bertiga mesti selalu dengar punya," kata Alif.
Mereka bertiga tidak membalas malah masih setia menunggu jawapan Alif.
Cakap sajalah Abang Alif!
Alif tergelak.
"Jangan tinggal solat," jawab Alif lambat-lambat.
Dengar macam klise, tapi jawapan itu membawa pelbagai erti buat Alif.
Solat.
Waktunya hubungan seorang hamba dan Tuhannya sangat dekat.
Waktunya seorang hamba melekapkan dahi - bersujud - merendahkan diri kepada Tuhan setelah bermegah di hadapan makhluk yang lain.Solat itu penenang hati dan jiwa.
Solat itu penyuluh hidup.
Solat itu penentu kejayaan.Hampir gugur air mata seorang insan bernama Alif Zahari bila teringatkan bait-bait ceramah imam di masjid tentang solat.
"Terima kasih atas tips itu, abang. Kedengaran ringkas dan biasa, tapi itulah nasihat yang berguna untuk kami. Betul, kalau kita solat, barulah kita akan berdoa kepada Allah SWT. Kerana solat itu sendiri merupakan sebuah doa." Syahid menyimpul senyum.
Alif membalas senyuman itu.
"Selain itu, kamu kena banyakkan ulang kaji pelajaran, buat nota ringkas dan buat latihan bagi setiap matapelajaran. Selepas dah buat semua itu, barulah kita serahkan segalanya pada Allah taala. Allah dah pun tentukan takdir kita," nasihat Alif lagi.
"Lagi satu, niat kena betul. Kalau kamu niatkan semata-mata untuk mendapat kecemerlangan dalam peperiksaan, tak guna kamu belajar. Mula-mula saja ingat, lepas periksa, lesap terus ingatan itu. Macam mana kita nak jadi golongan yang termasuk dalam tiga perkara yang takkan terputus selepas kamu mati yang Nabi SAW sebut dalam hadis? Cuba beritahu, apa tiga perkara yang Nabi SAW nyatakan itu?" Alif menguntum senyum.
"Sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh dan solehah yang mendoakan kedua ibu bapanya." Syahid menjawab dengan yakin.
"Ya. Kalau kita belajar semata-mata untuk mendapatkan kecemerlangan dalam peperiksaan, macam mana kita nak termasuk dalam golongan tersebut jika ilmu kita hanya untuk peperiksaan sahaja? Fikir-fikirkan." Alif mengakhiri wejangannya.
Iqmal, Syahid dan Fauzi tekun mendengarnya.
"Abang doakan kamu semua cemerlang dalam peperiksaan SPM nanti. Aamiin..." Alif menyapu wajahnya dengan perlahan.
"Aamiin..." balas mereka bertiga serentak.
Kemudian, barulah mereka bertiga masuk ke dalam bilik masing-masing sebelum bersiap untuk menunaikan solat asar secara berjemaah.
Alif masuk ke dalam biliknya sebentar. Dia menukar baju Melayu yang dipakainya tadi kepada baju-t biasa.
Tahu-tahu saja ada bunyi bising di luar.
"Bunyi macam ada budak menangis dan orang berbual-bual." Alif bersenandika.
Dia pun keluar dari bilik dan menuju ke arah halaman rumah tersebut.
YOU ARE READING
DIARI HATI ALIF [C]
Ficțiune generală﷽ - SYUHADAH 1st BOOK Membesar sebagai anak sulung memang tidak mudah. Sentiasa tersakiti, diberi penekanan dan tidak diberi perhatian penuh. Perit. Ya, itulah yang dirasai oleh Alif Zahari. Namun, dia masih bersabar kerana dia yakin, akan adanya ca...