BAB 31 | Kembar?

160 16 25
                                    

Hari yang tidak dinantikan telah tiba. Busana pengantin berwarna putih dikenakan dengan solekan nipis menambah keserian pada wajah Naura.

Semasa majlis nikah berlangsung, riak muka Rizal terlihat gusar. Naura juga berasa gugup. Tetapi, dalam masa yang sama, dia berharap agar majlis tersebut tidak jadi.

Dalam erti kata lain, dia harap sangat lafaz akad nikah tersebut batal.

Namun segalanya mengundang kehampaan apabila lafaz akad nikah tersebut sah.

Rizal semestinya orang pertama yang gembira tak terkata. Dia terus bersalaman dengan Dato' Farid. Matanya sempat menjeling manja ke arah Naura. Naura terus berpaling muka.

Setelah urusan akad nikah disempurnakan, mereka melaksanakan majlis walimatul urus sekali.

Ketika inilah Naura memakai baju gaun berwarna merah jambu yang dipilih oleh Rizal khas untuknya. Dia terbayangkan apa yang Rizal akan lakukan ketika majlis persandingan nanti.

"Naura, jom. Kita dah kena gerak dulu ini." Kakaknya memanggil dari luar bilik.

"Ya. Kejap," sahut Naura.

___

"Ayah... Betul ke dah boleh jalan sendiri ini? Jangan paksa," tegur Alif.

"Boleh. Kamu tak payahlah takut sangat. Kalau ayah jatuh pun, pandai-pandailah ayah bangun." Asrul membalas dengan selamba. Alif menggeleng perlahan.

"Yalah..." Tidak mahu bercakap panjang lagi, Alif pun masuk ke biliknya.

Dia tiba-tiba teringat akan sesuatu.

"Hari ini... Naura dengan Rizal nikah! Ya Allah... Lupa pula," monolognya sendiri.

"Nak pergi ke eh?" Alif mundar-mandir di dalam bilik.

"Tak payahlah. Orang tengah gembira, bahagia. Buat apa nak menyibuk," katanya. Badan dihenyak ke atas tilam.

Buku Perang Badar karya Abdul Latip Talib dibacanya sambil meniarap di atas katil.

Baca punya baca hinggakan Alif tertidur nyenyak dengan buku yang menutup sepenuh wajahnya.

1222 tengah hari

Kasutnya diletakkan di tepi tangga rumah dengan kemas. Rambut dikemaskan terlebih dahulu sebelum memberi salam dengan kuat.

"Assalamualaikum. Ada orang tak? Saya datang nak raya..." ucapnya dengan begitu teruja.

Tak sampai beberapa saat, muncul Syamila di muka pintu sambil menjawab salam.

Lelaki yang memberi salam tadi lantas menyalami tangan Syamila lalu memeluknya erat.

"Ibu... Aqil rindu ibu." Sebaris ayat yang mengakibatkan air mata kebahagiaan menitis ke pipi seorang ibu.

"Dah lama anak ibu tak balik. Masuk, Aqil. Ayah ada dekat bilik." Syamila mengambil beg yang dibawa anaknya itu.

"Tak apa ibu. Biar Aqil bawa sendiri. Abang Alif pula mana ibu? Rindu nak tengok dia marah," ujar Aqil dengan senyuman nakal.

"Kamu jangan nak buat macam-macam. Dahlah tak beritahu dia yang kamu nak balik. Lepas itu nak cari gaduh pula..." Syamila menggeleng kecil.

Aqil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia sebenarnya takut juga dengan Alif. Lebih-lebih lagi apabila abangnya itu bertukar menjadi harimau lapar, memang tak ada ampunlah jawabnya.

"Bila agak-agak abang keluar dari bilik ibu?" soal Aqil.

"Biasanya abang kamu itu sebelum azan zuhur dia dah terpacak dekat ruang tamu. Tunggu ayah untuk pergi masjid sama-sama," beritahu Syamila.

DIARI HATI ALIF [C]Where stories live. Discover now