"Haip, nak pergi mana tu?" kata Hud apabila Hanan menarik bagasinya menuju ke bilik di sebelah master bedroom.
Hanan yang sedang berjalan terhenti. Dia menoleh ke arah Hud yang bersandar di dinding sambil mulutnya memuncung ke arah master bedroom, menyuruh Hanan masuk ke dalam bilik tersebut.
"Oh, situ ke? Saya ingatkan, you know, kita duduk bilik lain-lain," kata Hanan perlahan. Alah, kat rumah sendiri pun kena tidur sebilik dengan orang lain ke? Ingatkan kat rumah ibu dengan ayah je.
Sepanjang dia tidur bersama dengan Hud, dia sentiasa memastikan dirinya tidak bermimpi buruk, atau dalam erti kata lainnya, dia tak dapat nak tidur nyenyak. Dia tak nak Hud tahu berkaitan kisah hidupnya.
Takkanlah sampai bila-bila pun dia tak boleh nak tidur nyenyak sebab takut Hud tahu yang dia selalu mimpi buruk? Aduhai..
Hud mendekati Hanan. Bagasi di tangan isterinya dicapai lalu dibawa masuk ke dalam biliknya. Hanan mengikuti langkahnya dari belakang.
"Awak ingat kita ni apa nak tidur asing-asing? Bila dah kahwin, you're mine, I'm yours. So, tidur kat sini je ye," kata Hud selamba. Hanan terkebil-kebil mendengar ayatnya.
"Wow, that's surprisingly bold. Tak bertapis betul," kata Hanan. Hud hanya ketawa. Dia membiarkan Hanan duduk di atas katil untuk mengeluarkan baju-bajunya yang terlalu banyak dari bagasi. Ni baru beg pertama, ada lagi dua menunggu di ruang tamu. Nak kena angkut naik atas dulu.
"Oh, nanti siap-siaplah. Abang rasa mesti awak penat nak masak. Kita makan luar nak?" tanya Hud dari luar pintu bilik.
Hanan terus mengangkat kepalanya.
"No!"
Hud mengangkat kening.
"Kenapa? Bukan ke biasanya isteri-isteri suka bila tak payah masak?" kata Hud lagi. Rare jugak isterinya ni.
Hanan tersengih.
"Saya dah lama nak masak untuk..ramai sikit orang. Biasanya kalau duduk rumah sewa saya sorang je, jadi tak best nak masak. Sekarang dah berdua, jadi saya nak masak," kata Hanan dengan nada teruja. Dah lama dia tunggu saat ini. Nak tunggu ada housemate memang taklah, jadi ada suami pun dah cukup bagus.
Hud mengangguk faham. Bagus jugak.
"Ouh, okey. Kalau macam tu, kita beli barang dapur la. Fridge tu baru keluar kedai perabot, takde apa pun dalam tu," balas Hud.
Hanan mengangguk pantas.
"Okey!" Hud tersenyum.
***
"Lepas ni, awak nak kerja ke?" tanya Hud selepas mereka menikmati makan malam. Simple je, sayur campur bersama telur masak sambal.
Hanan terdiam seketika. Dia sudah ada perancangan sebenarnya. Kerja yang tak payah keluar rumah. Kerja yang fleksibel.
"Kenapa? Awak nak bagi saya kerja ke?" tanya Hanan semula. Dia duduk di atas sofa bersebelahan Hud.
Hud tersenyum lebar.
"Kalau nak, abang jadikan Hanan secretary abang je. Melekat dengan abang 24/7. Nak?"
Hanan pantas menggeleng. Sorry, tak cukup sabar untuk tahan selama tu dengan muka yang sama sepanjang hari.
"Buat apa tengok muka awak sepanjang masa? Nope, tak nak," balas Hanan. Tersentap Hud dibuatnya.
"Oh, tak nak eh? Takpe. Tapi kalau nak kerja kat company abang memang tu je kerja abang bagi. Yang lain semua abang reject," kata Hud lagi. Hanan mencebik. Ni dah salah guna kuasa namanya.
ANDA SEDANG MEMBACA
You Fell First
Romance[EBOOK AVAILABLE - RM 6] WHATSAPP 0176221665 Hanan Nur Layla seorang yang ceria, tetapi sebuah insiden hitam dalam hidupnya menyebabkannya mula mengasingkan diri dari rakan-rakannya. Tapi, tetap jugak ada seorang lelaki yang tak faham bahasa! Hud A...
