Thirty-three : Arrival

685 30 0
                                        

Hanan menelan liurnya perlahan. Dia cuba menenangkan dirinya yang terasa berdebar. Kata suaminya,mereka dah nak sampai di rumah pak cik Hud, maksudnya dia kena bersedia untuk berjumpa lagi ramai orang.

Dan berbual. Berbual tu yang tak best tu.

Dia last jumpa saudara-mara Hud masa wedding dia. Agak-agak nak cakap apa nanti? Apa pulak yang diorang akan tanya dia? Boleh ke dia kenal semua orang? Siapa yang patut dia elak? Aish, overthinking alert!

Hud menoleh ke arah seat passenger di sebelahnya, memandang Hanan yang kelihatan sedikit resah. Hanan mula bermain-main dengan jarinya, maksudnya ada sesuatu yang mengganggu fikirannya. Hud memanjangkan tangannya, menggenggam tangan Hanan erat. Sekuntum senyuman dilemparkan kepada isterinya.

"Okey tak ni? Nak abang pusing balik ke?" tanya Hud. Wajah Hanan berubah terkejut. Biar betul?

"Dah nak sampai, kan? Takkan nak pusing pulak?" tanya Hanan kembali. Tapi dia tahu suaminya takkan berbuat sedemikian.

Hud tersenyum. Kalau boleh jawab tu maksudnya belum sampai tahap kritikal la resahnya.

"Okey je la. Saya seram sikit. Harap-harap muka saya tak pelik bila bercakap dengan diorang nanti," kata Hanan lagi. Kalau dia tergagap macam mana? Lepastu terdiam. Haih.

Hud tertawa lalu menggelengkan kepalanya.

"Takdelah. Isteri abang kan berani orangnya. Tak takut pun dengan orang. Tak gitu, Puan Hanan Nur Layla?" balas Hud sambil mengangkat keningnya. Dia memandang isterinya sekejap-sekejap kerana perlu menumpukan perhatian terhadap pemanduannya.

Hanan tersenyum kecil. Betullah, dia sebenarnya bukanlah penakut pun. Hmm, entahlah. Dia tahu yang dia tak patut pun banyak fikir macam ni. Lagipun, dia akan jumpa ahli keluarga Hud. Keluarga dia jugak, kan?

Tidak lama kemudian, kereta Audi yang dipandu Hud memasuki kawasan perumahan pak ciknya. Hanan merenung ke luar tingkap. Wah, besar-besar betul rumah kat sini. Disebabkan seluruh adik-beradik ayah Hud terlibat dengan bisnes, jadi boleh kata semuanya berduit dan berada, sama macam keluarga Hud. Nampaknya dia kena biasakan diri.

Mata Hanan memandang rumah, silap, dah macam vila, yang berderet di situ. Macam kawasan rumah Hud jugak, rumahnya macam-macam saiz. Ada yang dua tingkat, ada yang sampai empat tingkat. Berapa banyak bilik boleh muat tu agaknya.

Kemudian, kereta Hud memasuki kawasan sebuah rumah, mungkin rumah pak ciknya. Okey, kalau dia rasa rumah Hud tu besar, rumah pak ciknya ni lagi besar daripada tu. Masuk je pintu pagar, mereka disambut dengan kolam ikan yang saiznya memakan seluruh bahagian kiri halaman rumah tersebut. Di hadapan rumah, kelihatan beberapa orang sedang berbual dan ada juga yang melakukan kerja, entahlah buat apa.

Hud tersenyum melihat gerangan pak cik dan mak ciknya, begitu juga dengan anak-anak buahnya. Sepupu dia ramai lagi yang masih sekolah, jadi meriah la sikit.

Hud dan Hanan membuka tali pinggang keledar. Mereka berpandangan seketika sebelum tersenyum lalu keluar dari kereta.

"Kita tak tidur sini tau. Sepupu abang ada sewa homestay dekat-dekat sini, so semua sepupu tidur situ. Jadi tak payah bawak keluar luggage dulu," kata Hud. Hanan mengangguk faham.

Hud menghulurkan tangannya kepada Hanan. Hanan tersengih sebelum menyambut huluran suaminya. Mereka berjalan berpegangan tangan masuk ke dalam rumah.

"Assalamualaikum," mereka serentak memberi salam. Semua gerangan yang berada di hadapan rumah serentak memandang mereka lalu tersenyum.

"Eh, pengantin baru! Masuk-masuk. Tuan rumah ada kat dalam," kata seorang lelaki dalam usia 50-an, yang Hanan kenal. Rasanya tu adik kepada ayah Hud, a.k.a pak cik kepada suaminya.

You Fell FirstTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang