Twenty-nine : Alone?

666 26 0
                                        

Seperti yang dijanjikan oleh Hud, mereka pergi menonton wayang di pusat beli-belah, Paradigm Mall. Janjinya lepas solat Jumaat, pukul 3 jugak baru gerak. Nasib baik tak jauh mana.

Hanan memandang ke arah Hud yang melihat senarai filem yang akan ditayangkan. Sebenarnya tak banyak pun, tapi dia tak nak tengok wajah Hanan yang memandangnya geram.

"Awak tak book tiket eh?" tanya Hanan. Dia dapat melihat wajah Hud yang resah. Mesti lupa ni.

"Ah..haha. Takpe, kita beli je kat kaunter. Nak tengok cerita apa?" tanya Hud semula.

Hanan mendengus perlahan. Tahu pun rasa bersalah. Dia memandang seketika skrin di hadapannya. Cerita apa yang ada petang-petang ni?

"Kenapa banyak cerita Hindustan je?" kata Hanan. Dari hujung sampai ke hujung cerita Hindustan. Dahlah dia dah pernah tengok. Haha. Memang taklah nak tengok lagi. Dengan Hud pula tu.

"Kalau macam tu, cerita nilah. Nak tak?" kata Hud sambil menunjuk ke arah skrin yang menunjukkan poster cerita hantu Indonesia.

Hanan terus berkerut. Banyak-banyak cerita, cerita hantu jugak yang dipilihnya. Dia memandang Hud dengan pandangan tidak setuju. Dia dahlah penakut. Hanan pantas menggeleng.

"Habistu, kata taknak cerita Hindustan. Ni jelah yang ada," kata Hud. Hanan menghela nafas berat. Nilah padahnya tak plan dulu, cerita pun entah apa-apa je diambiknya.

"Ha yelah, " kata Hanan akhirnya mengalah. Sekurang-kurangnya cerita hantu tak lama macam cerira Hindustan. Dia malas nak duduk lama-lama.

Setelah mereka membeli tiket, popcorn dan air, mereka berjalan beriringan masuk ke dalam bilik yang disediakan. Disebabkan cerita tersebut agak popular juga, ramai yang datang dan turut ingin menonton cerita tersebut.

Hanan dan Hud mengambil tempat duduk di barisan tengah di dalam pawagam tersebut. Strategik sungguh.

Dalam hati Hanan mula terdetik rasa gusar. Alamak, tengok kat cinema ni takde selimut nak tutup muka. Takde tempat nak lari. Memang kena hadap je. Hud yang nampak tenang di sebelahnya dikerling. Huh, orang tak takut hantu bolehlah ajak tengok cerita ni.

Sebaik sahaja cerita bermula, Hanan cuba untuk tidak menumpukan perhatian sekiranya babak seram ditayangkan. Dia akan berpura-pura menjatuhkan begnya ataupun makan popcorn. Tak nak pandang hantu tu.

Banyak pulak jumpscare dalam cerita ni. Hanan kembali memandang ke arah skrin di hadapannya. Nanti tak faham cerita pulak kalau tak tengok.

Tiba-tiba, hantu muncul di skrin dengan wajah seramnya. Hanan hampir terjerit kerana terkejut. Dia terus memusingkan kepalanya ke arah kanannya, tempat Hud duduk.

Hud juga turut memusingkan kepala memandangnya. Dia nampak turut terkejut dan takut. Mereka serentak memandang ke arah masing-masing. Rasa kelakar pun ada.

"Awak takut hantu jugak ke? Ingatkan tak takut, " kata Hanan. Hud pantas mengalihkan pandangannya semula ke hadapan.

"Ma.. Mana ada. Abang terkejut je la. Hantu tu yang buat jumpscare," balas Hud teragak-agak. Dia tidak ingin memandang Hanan yang jelas tidak mempercayai kata-katanya.

Selepas itu, Hanan tidak lagi menumpukan perhatiannya kepada filem di hadapannya. Dia memandang riak wajah suaminya yang masih lagi cuba untuk fokus terhadap filem tersebut.

Rasa nak gelak pun ada. Kelakar bila tengok Hud kecikkan mata bila nampak hantu, lepastu terkejut tapi tahan nak jerit. Sekali pun Hud tak nak pandang dia. Malu la tu orang cakap dia penakut.

Hud terkejut apabila ada tangan diletakkan di atas tangan kirinya. Dia terus memandang Hanan yang berdehem sedikit dan cuba untuk tidak mempedulikannya.

"Kenapa pulak ni? " Hud tersengih sampai telinga.

"Dah awak macam takut sangat je," balas Hanan. Dia ingin mengangkat semula tangannya tetapi Hud meletakkan semuka tangan Hanan di atas tangannya.

"Hari ni je ye, " kata Hanan lagi. Hud tersenyum.

"I don't think so, " balas Hud.

***

Faris mengambil lauk di tempat yang disediakan. Setelah mengambil dua jenis lauk, dia bergerak menuju ke kaunter pembayaran. Kemudian, dia berjalan mencari tempat duduk. Waktu tengah hari macam ni memang selalunya ramai orang. Macam semua tempat dah penuh je. Nak kena duduk semeja dengan orang lain ke..

Matanya menangkap ke arah susuk tubuh dan wajah seseorang yang dikenalinya. Taklah kenal tapi, hm.. kenallah jugak. Kakinya pantas diatur mendekati meja tempat orang tersebut menikmati makan tengah harinya. Lagipun, dia tak habis lagi interrogate orang ni haritu.

"Ada orang tak? "

Aulia mengangkat kepalanya. Dia terus membuat riak menyampah apabila terlihat Faris sedang berdiri di hadapannya. Dia menggeleng lalu meneruskan makan.

Faris tersenyum. Dia mengambil tempat di hadapan Aulia yang tidak mempedulikannya. Punyalah banyak meja yang ada lelaki, meja dia jugak yang dia pergi.

"Kau sorang je ke? " Aulia mengeluh. Dah tahu lagi mahu tanya.

"Ada nampak aku dengan orang lain ke? Mungkin tu bayang-bayang aku. Dia memang warna-warni, " balas Aulia sarkastik. Faris ketawa.

Bayang-bayang warna-warni? Kreatif betul ayat dia ni. Dia pun tak pernah terfikir.

"Kau takde kawan eh? Kesian betul, " kata Faris lagi. Dia membaca doa kemudian mula menyuap nasi ke mulutnya.

Aulia mengetap bibirnya. Lelaki ni kan..dahlah sibuk datang kat meja dia, banyak cakap pulak.

"Sibuklah kau. Makan sorang-sorang tak semestinya takde kawan. Lagi convenient, " balas Aulia. Dia lagi suka lunch seorang diri. Cepat makan, cepat boleh balik. Tak payah tunggu orang lain.

"Tu ayat orang yang takde kawan je, " Aulia terus menjeling Faris di hadapannya yang berwajah selamba. Ada jugak pinggan ni masuk dalam mulut tu.

"Kau nak makan, makan diam-diam. Mulut tu memang tak boleh nak senyap, " kata Aulia lagi.

Faris terdiam seketika. Haha, dia baru tersedar dia banyak cakap. Padahal dia boleh dikatakan pendiam jugak, lagi-lagi dengan orang yang baru kenal. Tengoklah dia kat office yang dulu, dia tak banyak pun berbual. Tapi sekarang, dia pulak terlebih kepoh.

Tapi dia tak rasa bersalah pun.

"Suka hati aku la. Kau, tak nak tahu nama aku ke? " tanya Faris. Aulia mengangkat kening. Oh, betul jugak. Dia tak tahu pun nama mamat di hadapannya ni.

"Nak kena tahu eh? Bukannya penting pun, " balas Aulia. Dia sudah habis makan. Air milo panasnya dihirup perlahan.

"Eh, mesti la. Aku kan jiran kawan kau. Tak gitu? " kata Faris.

"Langsung takde kena-mengena, " Faris ketawa. Betul jugak tu.

"Disebabkan kau tak nak tanya, aku bagitahu je la. Nama aku, Faris. Umur, 27. Single, " kata Faris sambil tersenyum. Aulia berkerut. Nak kena bagitahu eh single tu? Dia bukannya nak try Faris pun.

"Okey...," kata Aulia. Dia bangun dan berjalan menuju ke sinki untuk membasuh tangannya, kemudian duduk semula. Telefonnya dikeluarkan dan dia memeriksa telefonnya.

"Kau tak nak pergi ke? " tanya Faris. Dia juga sudah siap makan.

Aulia memandangnya.

"Habistu kau belum habis, " Kali ini Faris pula yang berkerut.

"Jadi? Pergi je la, " kata Faris lagi. Baik betul wanita di hadapannya ni, sanggup tunggu dia walaupun nak cepat.

"Sebab adabnya tunggu orang habis makan baru pergi. Tapi kau dah bagi ni, aku pergi la. Nice meeting you, but let's not meet again," kata Aulia sambil tersenyum. Dia menyimpan semula telefonnya lalu mencapai beg tangannya dan berjalan meninggalkan Faris yang masih memandangnya.

Faris tersenyum. Nampaknya dia boleh ada partner lunch baru lepas ni.

You Fell FirstTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang