Twenty-four : Her Secret

751 34 0
                                        

"Encik Hud, saya dah hantar file kat HR. Lepastu, bos kata pukul 3 ada meeting," kata Aulia sambil memandang Hud yang masih ralit memandang skrin komputernya.

Dia dah biasa bercakap dengan bosnya tanpa bosnya memandangnya. Telinga masih dengar, tapi tangan still jalan. Kalau Hud angguk tu maksudnya dia dengar dan fahamlah tu.

Tapi Hud tak angguk mahupun angkat kening tanda dia sedang mendengar.

"Hud? Dengar ke tak? " hilang gelaran encik di depan ayatnya. Hud sebenarnya kawan lamanya sejak di universiti. Geng-geng business. Sekarang dia bekerja menjadi secretary Hud sejak Hud mula-mula bekerja di syarikat milik ayahnya.

Hud tersentak. Dia menoleh ke arah Aulia yang mengangkat tangannya meminta perhatian Hud.

"Cakap apa tadi? Boleh ulang balik tak? " tanya Hud semula. Aulia menghela nafas lalu menggelengkan kepalanya.

Selama dia bekerja dengan Hud, tak pernah sekali pun lelaki ni berangan macam ni sekali.

"Kau okey tak ni? Sejak bila dah pandai mengelamun? Dah dua hari kau macam ni, " kata Aulia, riak wajahnya berubah risau. Wajah Hud yang nampak sama, tetapi kelihatan resah dipandangnya.

Apa yang Hud fikir sampai boleh terlupa pasal kerja? Hud ni workaholic kot. Kerja always nombor satu.

Hud menggelengkan kepalanya lalu tersenyum.

"Aku okey je. Terberangan sekejap. Tadi kau cakap apa? "

Aulia mengulangi semula ayatnya. Kali ini, Hud mengangguk faham. Wajahnya menjadi serius semula dan dia kembali memandang skrin komputernya.

Aulia menghela nafas berat sebelum berjalan meninggalkan pejabat Hud. Kalau dah kawannya tak nak cerita, takkan dia nak paksa.

Hud memandang kosong ke arah skrin komputernya. Hatinya masih tak tenteram disebabkan peristiwa tempoh hari, ketika Hanan tiba-tiba ingin ke pasar raya.

Insiden tu bukanlah pelik sangat, tapi perangai Hanan selepas tu yang pelik. Isterinya semakin pendiam, walaupun Hanan memang tak banyak cakap padahal mereka tinggal sebilik dan serumah. Sepatah ditanya, tak jawab. Sepatah ulang empat kali, jawabnya sepatah jugak. Pelik dia.

Aku ada buat salah ke? Rasa macam tak ada. Berbual pun jarang-jarang, apa yang Hanan nak terasanya?

Kadang-kadang dia letih juga, bila dia cuba nak jadi ceria, isterinya tetap jugak keras semacam. Dah terbalik dengan drama. Biasanya perempuan yang happy terlebih, kali ni perempuannya pulak yang takde perasaan. Dia pulak yang malu sebab macam syok sendiri.

"Hud, buat kerja! " kedengaran suara Aulia melaung dari arah luar pejabatnya. Hud tersentak, memandang Aulia yang membulatkan matanya. Hud tersenyum sedikit lalu mengangguk.

Kalau lambat siap, lambat balik nanti.

***

Hanan memandang hasil penulisannya pada hari ini. Dia belum start lagi, baru je fikirkan draf sikit-sikit. Hanan bercadang bahawa dia akan letak tepi dahulu cerita berkenaan kisah hidupnya, dan hasilkan cerita lain terlebih dahulu. Kisah hidup dia terlalu plain untuk dijadikan cerita yang boleh buat duit.

Dia menutup mulutnya yang menguap dengan belakang tangannya. Jam di komputernya menunjukkan pukul 11 malam. Hud masih lagi di bawah, menyiapkan kerjanya. Katanya dah nak siap, tapi sampai ke sudah tak naik lagi.

Dia dah cuba sebaik mungkin untuk tidur lebih lewat daripada suaminya setiap hari, tapi hari ini dia memang penat. Tidur jelah dulu.

Hanan menutup komputer ribanya. Dia berjalan menuju ke katil. Setelah katil dikibas dan membaca doa, Hanan menarik selimut sehingga ke paras dadanya. Tidak sampai lima minit, Hanan sudah lena diulit mimpi.

You Fell FirstTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang