Thirty-two : It's Happening?

720 33 0
                                        

Aulia mengangkat kepalanya. Terkebil-kebil dia apabila Faris meletakkan pinggan berisi nasi dan lauk lalu mengambil tempat di hadapannya.

Seriously?

"Macam mana boleh jumpa lagi ni?" kata Aulia. Ingatkan lunch sekali haritu je. Macam mana Faris boleh pergi tempat makan sama dengan dia? Dan macam takde tempat lain pulak dia nak duduk. Banyak lagi kosong.

Hari ni Sabtu pulak tu. Tak kerja pun! Menyibuk ajelah dia ni.

Faris hanya tersenyum lalu mengangkat bahunya. Dia langsung tidak mempedulikan wajah Aulia yang cemberut memandangnya.

"Kenapa tak makan kat rumah? Malas masak eh? " tanya Faris. Dia memerhatikan Aulia yang menyedut milo ais miliknya.

"Mana ada. Baru balik shopping la. Makan dulu, " kata Aulia. Faris mengangguk faham.

"Kenapa tak makan kat rumah?" tanya Aulia kembali. Dia takdelah nak tahu pun, tapi disebabkan Faris dah tanya dia, dia tanya jelah balik. Beradab gitu.

Faris tersenyum senget.

"Kenapa nak tahu? Minat eh? " dia mengangkat keningnya. Aulia buat muka blur. Memang taklah nak minat.

Faris tergelak melihat wajah Aulia.

"Mak aku jalan-jalan. Jadi tinggal sorang-sorang, malaslah nak masak. Haih, bilalah nak kahwin. Nak duduk rumah jugak, makan masakan isteri, " kata Faris lagi. Dia memandang ke atas, memikirkan masa depannya. Aulia ketawa.

"Kesian eh. Kau tak payah nak harapkan orang lain masakkan untuk kau. Lagipun bukannya semua perempuan pandai masak. Kalau dapat isteri tak reti masak, habislah kau, " balas Aulia. Faris mengangkat bahu. Dia menyuap nasi ke dalam mulutnya. Hm, makanan kat sini sedap. Sebab tulah dia boleh selalu jumpa Aulia kat sini. Dia pun suka makanan kat sini kot.

"Eh, takpe. Kau reti masak tak? " tanya Faris. Cemberut Aulia bertambah dalam. Dah kenapa lelaki ni tanya tiba-tiba?

"Kalau aku reti pun, aku takkan pilih kau jadi suami aku," balas Aulia. Faris spontan tergelak.

"Aku tak cakap pun aku nak kahwin dengan kau. Aku nak tahu je kau ni golongan perempuan yang reti masak ke tak, " kata Faris dengan ketawa yang masih tersisa.

Wajah Aulia memerah. Buat malu je. Dia terperasan pulak. Ish, geram aje tengok Faris kat depan ni duk gelakkan dia.

"Yelah. Aku reti masak ye. Ayah aku yang chef tu pun approve masakan aku sedap," kata Aulia sambil tersenyum. Ayahnya yang banyak mengajarnya memasak. Kalau uminya, asyik suruh dia jangan kacau je. Kalau nak ikutkan umi dia, sampai sekarang pun agaknya dia tak pandai masak lagi.

Faris terpegun.

"Ayah kau chef? Kat mana? " Aulia mengangkat kening.

"Ah, tak payah tahu. Kau makan je diam-diam. Sibuk je, " kata Aulia. Selamat Faris tak bertanya lagi. Kalaulah Faris tahu siapa ayahnya, automatik famous terus dia. Ayah dia memang antara chef yang terkenal di Malaysia. Sebut nama je, semua orang tahu. Jadi lebih baik dia tak canang dekat siapa-siapa.

Faris mencebik. Dia meneruskan suapannya. Apabila memandang Aulia yang sudah selesai membasuh tangan dan bermain dengan telefonnya, Faris tersenyum sedikit.

Tunggu dia la tu. Bagus betul.

"Oh ya, kau nak teman aku tak? " tanya Aulia tiba-tiba.

"Teman? Pergi mana? "

Aulia tersenyum lebar.

***

"Hanan, ada sepupu abang nak kahwin. Ayah mintak kita balik awal sikit, tolong apa yang patut, " kata Hud. Hanan yang sedang menyediakan makan malam di dapur berjalan menuju ke ruang tamu. Dia duduk di sebelah Hud di atas sofa.

"Kat mana? Semua saudara-mara ada ke nanti? " tanya Hanan. Seram juga dia. Last dia jumpa semua, diulangi, semua, saudara-mara suaminya adalah semasa majlis perkahwinannya. Dah tiga bulan berlalu. Dia belum mesra sangat sebenarnya dengan relatives Hud.

Sebab personaliti dia memang tak bercakap sangat dengan orang. Bukan tak pandai, tapi kalau boleh tak nak. Haha.

Hud mengangguk. Dia meletakkan tangannya di atas tangan isterinya, cuba memberikan semangat. Dia tahu Hanan nervous. Takpe, saudara-mara dia okey je.

"Kat rumah pak cik abang. Majlis nikahnya Ahad depan. Hari Jumaat kita balik eh?" tanya Hud. Hanan mengangguk. Bagus jugak dia kerja dari rumah. Takde masalah nak mohon cuti. Suaminya ni takpelah, syarikat tu ayah dia punya.

"Kalau Hanan rasa tak berani lagi nak berbual, takpe. Slow-slow, " kata Hud lagi. Hanan tersenyum. Suaminya memang memahami.

Haih, macam manalah orang tak jatuh cinta? Hanan menarik nafas panjang lalu menghembuskannya.

"Takpe. Saya okey je. Lagipun sampai bila, kan?" kata Hanan. Sampai bila dia nak takut dengan bayang-bayang sendiri? Dia kena mula belajar percayakan orang lain. Tengok orang lain sebagai manusia yang berhak dilayan dengan baik dan bukannya dipinggirkan.

"Okey. Ha, kalau Hanan takut, cari je abang. Nak berkepit sepanjang masa pun takpe, " kata Hud. Hanan tergelak. Takde kerja betul.

"Nanti kena marahlah macamtu. Saya dah besar, okey,"

"Baguslah isteri abang ni. Macam manalah tak sayang, " kata Hud. Hanan membulatkan matanya. Suaminya makin berani nak meluahkan kata-kata macam ni nampaknya.

"Amboi, bukan main eh, " kata Hanan. Hud tersenyum lalu mendepangkan tangannya.

"Biarlah. Isteri abang, bukannya isteri orang lain, " kata Hud. Matanya menunjuk ke arah tangannya yang didepangkan.

"Apa? " tanya Hanan buat-buat tak tahu.

"Buat-buat tak faham pulak. Peluklah abang. Sepuluh saat," kata Hud. Hanan menggelengkan kepalanya.

"Saya nak masak--" terhenti ayat Hanan apabila Hud terus merangkulnya ke dalam pelukan erat. Hanan tidak dapat menahan senyumannya. Saja je dia jual mahal. Tapi suaminya ni terlebih manja pulak.

"Dah, dah. Sepuluh saat dah habis. Saya nak masak ni, " kata Hanan. Apabila dia ingin melepaskan pelukan Hud, suaminya semakin merapatkan badannya kepada Hanan.

"Memang taklah sepuluh saat. Sepuluh minit boleh tak? Bestlah peluk sayang, " kata Hud lagi. Kepalanya dibenamkan di dada Hanan. Tangannya mengeratkan pelukan.

Hanan mengusap kepala suaminya. Rasa hilang penat seminggu bila dapat peluk suami sendiri macam ni. Sepuluh minit pun sepuluh minit la.

"Hanan sayang abang tak? " tanya Hud dengan keadaan dia masih memeluk Hanan.

Hanan ketawa. Nak suruh dia cakaplah tu.

"Kalau tak, saya dah tolak suami saya jauh-jauh dah sekarang, " balas Hanan. Hud terus mengangkat kepalanya. Bibirnya mengukir senyuman lebar.

"Kita dah solat isyak kan? " tanya Hud. Hanan mengerutkan dahi sebelum mengangguk.

"Kalau macamtu, hari ni kita tak payah dinner la. Abang nak buat benda lain. Boleh? " tanya Hud lagi. Keningnya diangkat lalu dia tersenyum penuh makna.

Hanan menelan liur. Belum sempat dia menjawab, Hud sudah mendukungnya dan membawanya naik ke bilik.

Apabila mereka tiba di bilik, Hud meletakkan Hanan di atas katil perlahan-lahan. Dia melabuhkan punggung di sebelah Hanan.

Wajah Hanan yang kelihatan resah dipandang. Bukan resah, tapi takut. Muka Hanan nampak takut.

"Hanan okey ke? Kalau Hanan tak nak, abang tak paksa, " kata Hud. Dia menyentuh pipi isterinya lembut. Dia dapat merasakan getaran di tubuh Hanan apabila tangannya menyentuh pipi Hanan.

Hanan menggeleng pantas. Dia menarik nafas lalu menghembuskannya. Dia kena hadapinya. Dia tak boleh biarkan trauma tersebut menghantuinya.

Wajah Hud yang nampak risau dipandang lama. Ini suaminya, bukan ayah tirinya. Hud bukan seperti ayah tirinya. Dia percayakan suaminya.

Ya, dia percayakan Hud.

Hanan tersenyum. Dia merapatkan wajahnya dengan wajah Hud. Bibirnya didekatkan dengan telinga Hud.

"Hanan percayakan abang, " bisik Hanan. Hud tersenyum. Bibirnya menitipkan doa semoga hubungannya dengan Hanan akan berkekalan. Lampu bilik tidurnya ditutup.

You Fell FirstTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang