Twenty-eight : Encounter

642 31 0
                                        

Okey, cukup. Dia dah penat!

Hanan mengerling ke arah jam dinding di ruang tamu. Baru pukul 11 pagi?! Bilalah hari lahir suaminya ni nak habis. Mukanya terasa tegang sebab...Hanan menjeling Hud di meja makan.

Seharian ni Hud cari pasal dengan dia. Mintak dia ambik segala benda la, tolong buatkan air, buat itu, buat ini. Tu takpe lagi, sebab dia memang dah biasa.

Yang paling tak boleh tahan tu, Hud nak dia senyum je sepanjang masa. Dahlah dia boleh dikatakan anti senyum. Bukanlah anti, tapi senyum bukannya perkara favourite dia. Cramp rasanya pipi bila asyik senyum je.

"Abang nampak Hanan jeling abang tau. Senyum la sayang," kata Hud dari arah meja makan. Air Milo panas di hadapannya dihirup perlahan.

Hanan rasa ingin menjerit. Dia mengetap giginya. Senyum dah satu hal, Hud panggil dia sayang pulak tu! Argh, geramnya! Tak boleh nak marah, sebab suaminya dah cakap semalam yang dia boleh nak buat apa je harini.

Sabar, Hanan. Harini je. Dia menoleh semula ke arah Hud dengan senyuman di bibirnya.

"Awak jangan lebih-lebih tau. Bila hari ni dah tamat, tengoklah saya balas nanti," Hanan memberikan amaran. Tak sabar nak kenakan Hud cukup-cukup nanti.

Hud ketawa. Suka dia melihat wajah Hanan yang menahan geram. Tulah, siapa suruh cari pasal semalam. Semalaman dia tak boleh nak tidur. Pandang muka Hanan je yang lena di sebelahnya. Menahan rasa nak ngap isteri di sebelahnya.

Takpe, hari ni dia cari pasal dulu. Nanti-nanti dia mintak maaflah.

"Sayang, nak keluar tak? Jom jalan-jalan," kata Hud dengan mata bercahaya memandang Hanan. Dia nak ajak isterinya tengok wayang.

Hanan menjelingnya lagi. Berdarah telinga dia dengar Hud panggil dia macamtu. 13 jam lagi, Hanan.

"Okey, tapi lepas Zohor la. Jumaat kan harini," Hanan mengingatkan. Hud mengangguk faham. Takkanlah nak skip solat Jumaat pulak.

Hud berjalan mendekati isterinya yang duduk di atas sofa. Punggungnya dilabuhkan betul-betul di sebelah Hanan lalu dia duduk menghadap isterinya.

Tangannya diangkat dan kedua-dua belah tangannya mencubit pipi isterinya.

"Uik, sakitlah! Nak cari pasal ke?" Hanan terus mencubit kedua-dua belah pipi Hud kuat.

"Aduh! Okey, okey, abang stop. Comellah sayang harini. Geram," kata Hud. Kali ini dia mengelus pipi Hanan.

Hanan mengerutkan dahinya. Suaminya ni, selalu random. Tiba-tiba betul.

"Hari-hari la saya comel. Tak tahu ke? Sakit tau tak. Lepas ni kalau awak buat lagi, saya bagi awak blusher free. Cubit pipi sampai merah tahan sebulan," kata Hanan. Hud pantas memegang pipinya. Oh, tidak! Dia kena selamatkan pipinya dulu.

Hud memegang semula pipi Hanan lalu merapatkan wajah isterinya kepadanya. Mata coklat gelap milik isterinya dipandang. Walaupun warna coklat, tapi mata Hanan sentiasa bersinar. Shining sentiasa walaupun orangnya tak suka senyum.

"Abang sayang Hanan," bisik Hud lembut menyapa telinga Hanan. Automatik pipinya merah.

"Apa? Tak dengarlah," kata Hanan walaupun jelas-jelas dia dengar kata-kata suaminya. Bukannya bising pun rumahnya.

Saja dia nak tengok Hud berani tak nak ulang lagi sekali.

Hud tersenyum sinis. Saje je isteri dia ni.

"Abang saaaayang Hanan," kata Hud lagi. Hanan terus memalingkan mukanya. Tak berjaya pulak dia nak buat Hud malu.

Hud menolak lembut wajah Hanan supaya tetap memandangnya. Hanan terkaku apabila Hud merapatkan wajahnya kepadanya sehingga hampir bersentuhan.

You Fell FirstTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang