Twenty-five : Unintentionally

701 30 0
                                        

"Aulia, kenapa bos kau tersenyum je hari ni? " tanya Maisara, rakan sekerja Aulia. Mereka sedang berbual di pantri. Aulia ingin membancuh air kopi untuk Hud.

Aulia mengangkat bahunya. Dia pun perasan jugak kelakuan pelik Hud sejak masuk kerja pagi tadi. Senyum memanjang. Tapi dia taklah pelik sangat pun.

Di company yang terlebih besar ni, boleh dikira dengan jari berapa orang yang tahu bosnya, Hud sudah berkahwin. Termasuklah dia. Biasalah tu orang baru kahwin, masih fasa honeymoon. Gembiralah memanjang.

Dia tak tahu kenapa bosnya tak nak bagitahu orang yang dia sudah berumah tangga. Sekurang-kurangnya kuranglah wanita-wanita single di syarikat ni yang nak try bos dia. Last-last mintak tolong Aulia jugak nak kenenkan. Tak kuasa dia.

Tapi kalau sampai orang lain pun sedar yang Hud asyik tersenyum je hari ni, maksudnya dah tahap kritikal tu. Dah tak boleh nak kawal, sampai kawan dia pun boleh tersedar.

"Ada la tu berita best. Mungkin kakak dia nak balik Malaysia? Ayah dia nak kahwin baru? I don't know, " balas Aulia malas. Dia pun tak nak tahu. Banyak lagi kerja dia selain dari fikirkan hal rumah tangga orang.

Maisara mengecilkan matanya memandang Aulia yang menuang serbuk kopi ke dalam cawan.

Dah lama dia suspicious dengan Aulia. Aulia macam tahu banyak benda tentang Hud. Dia tahu yang Aulia dan Hud dah kenal lama, tapi bila fikir-fikir balik, sesuai juga kawan dia ni dengan Encik Hud a.k.a anak bos tu.

"Weh, kau dengan Hud, ada apa-apa ke? " tanya Maisara perlahan.

Aulia terus buat muka pelik. Inilah dia yang dia tak nak dengar. Hud, ni semua salah kau! Cubalah bagitahu je semua orang yang kau dah kahwin. Penat dia nak melayan manusia yang suka shipkan dia dengan bos sendiri.

Macam dah tak ada orang lain. Maisara bukanlah orang pertama yang bertanya soalan begitu kepadanya. Dah ramai yang syak dia ada affair dengan Hud.

Sorry, Hud? Daripada zaman universiti kawannya itu tak berminat dengan perempuan. Dia dapat dekat dengan lelaki tersebut pun sebab mereka selalu stuck dalam group yang sama untuk buat projek. Dia dah tahu lama yang hati bosnya tu dah berpunya.

Jadi, tak.

"Mana ada. Dia tu bos aku je, dan kawan lama. No hard feelings," balas Aulia. Dia sudah siap membancuh air untuk Hud.

Maisara menganggukkan kepalanya. Walaupun dia masih lagi curiga, tapi itu dah memang jawapan Aulia, nak cakap apa lagi. Kita tengok jelah nanti.

***

"Encik Hud, saya buatkan air kopi," kata Aulia setelah dia mengetuk pintu yang terbuka. Dia meletakkan kopi ke atas meja.

Hud yang sedang duduk dan menghadap komputer dipandang. Seriuslah? Buat kerja pun sambil tersenyum? Parah ni.

"Kau okey tak ni? Apsal senyum memanjang ni? Risau aku tengok, " kata Aulia. Hud mendongak memandangnya. Senyuman masih tidak lekang dari wajahnya.

"Takde apa. Aku rasa happy pulak harini, " balas Hud sambil tersengih. Aulia mengangguk perlahan. Ha yelah tu. Asalkan buat kerja sudah.

"Jangan senyum je, orang lain dah perasan kau duk senyum je harini. Hilang macho, " kata Aulia lagi lalu berlalu meninggalkan bilik Hud.

Senyuman Hud terus mati. Hilang macho? Amboi. Lebar sangat ke senyuman dia? Hud mencapai cawan berisi air kopi lalu diteguk perlahan.

Mindanya kembali teringat peristiwa pagi tadi di rumahnya. Bukanlah apa sangat pun, tapi pagi tadi Hanan tiba-tiba bersalaman dengannya sebelum dia pergi kerja. Biasanya Hanan cuma tunggu kat pintu je.

Kali ni siap senyum lagi. Walaupun senyum sikit je, tak nampak macam ikhlas, tapi hatinya terasa kembang sampai sekarang. Haha. Nampaknya dia dah tak betul.

Air kopi dihirup lagi. Susah jugak bila dah sayang isteri. Dia rasa nak balik rumah sekarang jugak. Bila nak habis kerja ni...

***

"Assalamualaikum," Hud memberi salam. Matanya melilau mencari kelibat Hanan sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam rumah.

Dia balik on time harini. Tak sangka dia boleh rasa bersemangat untuk balik ke rumah. Selama ni, waktu habis kerjalah waktu paling tak disukainya. Tapi tadi, tepat pukul 5 dia terus menutup komputernya dan balik.

"Hanan? " panggil Hud. Mana isterinya pergi? Dapur tak ada. Ruang tamu tak ada. Tandas tak ada.

Hud menjenguk semula ke arah luar rumah. Mana tahu Hanan main sembunyi-sembunyi.

Tak ada jugak. Hatinya mula dilanda risau. Hanan keluar ke?

"Eh, Hanan, suaminya dah balik la," kata Kak Zila dari rumah sebelah. Hud menoleh.

Kelihatan Hanan keluar dari rumah jirannya lalu memandang Hud dengan wajah terkejut.

"Eh, awalnya balik? " Hann terus meminta izin dari Kak Zila untuk pulang ke rumahnya. Sebelah je pun.

Hud tersenyum memandang Kak Zila yang tersenyum ke arahnya. Dia tak tahu pulak yang Hanan dah berkawan dengan jiran sebelah rumahnya. Hud kembali masuk ke dalam rumah. Tidak lama kemudian, Hanan turut masuk ke dalam rumah.

Hud menghulurkan tangannya untuk bersalaman.

"Kenapa dengan tangan awak? " tanya Hanan pelik.

"Tak nak salam ke? " pagi tadi rajin nak salam, petang dah tak nak pulak ke?

Hanan terlopong seketika.

"Oh, kena salam eh? " huluran tangan Hud disambut lalu disalam dan tangan Hud dicium lembut. Hud tersenyum dengan perbuatan Hanan.

"Senyum-senyum pulak kenapa? " makin lama, makin pelik perangai suaminya ni. Gembira semacam. Dia tak buat apa-apa pun.

"Takde apa. Abang suka tengok Hanan dah berbual dengan jiran sebelah. Buat apa tadi? " kata Hud. Hanan melabuhkan punggung di atas sofa bersebelahan suaminya. Dia memandang Hud yang membuka stokingnya dan melipat lengan bajunya.

"Kak Zila ajak minum petang sekali. Tengok tv, biasalah tu. Kenapa awak balik awal pulak harini? " tanya Hanan. Matanya melirik ke arah tali leher suaminya yang masih kemas di lehernya.

"Saja je. Abang nak tengok Hanan lagi.. Eh, apa Hanan buat ni? " hampir terjerit Hud dengan perlakuan isterinya. Hanan tiba-tiba merapatinya lalu membuka tali lehernya.

Hanan yang sedang melipat tali leher Hud terus mengangkat tangannya bagaikan pesalah yang dikepung polis.

"Eh, tak boleh buat ke? Saya tengok awak macam penat je nak cabut, saya tolong je la, " balas Hanan dengan rasa bersalah. Mungkin Hud tak suka orang lain sentuh dia. Ataupun dia tak suka orang lain buat macam tu. Alamak, dia tak tahu.

Hud tertawa. Bergetar hatinya seketika apabila Hanan tiba-tiba merapatinya semata-mata untuk membuka tali lehernya. Rasa macam dia budak-budak pulak.

"Taklah, abang terkejut je. Kalau Hanan nak buat, boleh je. Tak salah pun, " balas Hud. Wajah selamba isterinya dipandang. Haih, dia bukan main berdebar, Hanan boleh selamba badak je. Memang takde perasaanlah isterinya ni.

Baik dia mandi dulu. Lama-lama boleh pengsan tengok muka isteri sendiri, menahan rasa nak peluk Hanan kuat-kuat. Tapi tak boleh, terkejutlah Hanan nanti.

"Saya tak buat salah, kan? " tanya Hanan sambil memandang Hud yang sudah berjalan menjauhinya dan menaiki tangga.

Hud menggeleng dari jauh. Hanan tersenyum. Selamat.

Pipinya yang terasa panas ditekap dengan tangannya. Fuh, rasa berapi muka. Dia sendiri pun tak sedar akan perbuatannya. Tiba-tiba tangannya bergerak sendiri dan membuka necktie suaminya. Nasib baik dia boleh kawal perasaan, takdelah nampak macam malu sangat. Lepas ni kena ingat, jangan buat benda pelik-pelik lagi, Hanan.

Dia mendongak seketika memandang tingkat atas rumahnya. Seronok sebenarnya bila Hud balik awal.

You Fell FirstTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang