Twenty-three : You Fixed Me

709 29 0
                                        

Hanan membuka matanya. Dia memandang ke arah sekelilingnya.

Gelap. Dia tidak nampak apa-apa. Dia terasa seperti berada di satu bilik yang luas dan tiada sebarang cahaya.

Hanan cuba mencapai apa-apa yang berada di sekelilingnya untuk membantunya berjalan, tetapi tiada apa-apa di sekelilingnya. Kepalanya mula terasa pening kerana tidak dapat membezakan bahagian atas dan bawah.

"Aku kat mana ni? Ibu? Husna? A..ayah?" laung Hanan. Suaranya bergema, namun tiada sahutan.

Jantungnya berdebar. Nafasnya jadi tidak tentu arah. Dunianya terasa berpusing tiba-tiba. Dia tidak tahu apa yang berlaku. Dia tak tahu cara untuk keluar dari sini.

Ni mimpi, Hanan. Ni mimpi. Kau kena bangun. Tadi kau ada kat rumah.

Ya, aku kena bangun.

"Hanan?" Hanan terus menoleh apabila terdengar suara seseorang memanggilnya. Suara yang sangat dia kenali.

Ayah.

Air matanya terus bercucuran apabila dia melihat ayahnya berdiri tidak jauh di hadapannya. Tangan ayahnya didepangkan, ingin memeluk Hanan. Hanan pantas berlari mendekati ayahnya.

Dia nak peluk ayah. Dia nak dengar suara ayah. Dia nak tengok ayah puas-puas. Langkah kakinya dilajukan. Tetapi ayahnya tetap menjauh.

Kenapa dia tak sampai-sampai? Hanan berlari lagi. Air matanya masih mengalir. Tolonglah, kalau ini mimpi, tolonglah bagi dia jumpa ayah lagi. Walaupun nanti dia kena bangun, tolonglah bagi dia tengok ayah.

Walaupun sekejap. Walaupun dia tahu yang ayah dah tak ada.

Ayah Hanan tersenyum memandang Hanan yang masih lagi cuba berlari mendekatinya tanpa lelah. Dia mengangkat tangan dan melambai ke arah anaknya.

"Ayah, jangan pergi. Ayah, tunggu Hanan! " jerit Hanan.

***

Hanan membuka mata. Dia bangun dari sofa tempat dia terlelap selepas siap mengemas rumah sebentar tadi.

Air mata yang masih berbekas di pipinya dikesat. Mindanya terasa kosong, hanya terfikir akan mimpinya sebentar tadi.

Kenapa dia tak pernah dapat peluk ayah? Kenapa ayah selalu menjauh daripadanya?

Kenapa ayah pergi dulu?

Hanan meraup mukanya perlahan. Dia beristighfar. Jam dinding di atas televisyen dipandang. Dah nak pukul 1. Patutnya dia masak lunch. Selalunya Hud akan makan tengah hari di rumah, alasannya sebab jimat. Dia tak kisah pun.

Tapi hari ni, sekarang ni, mindanya berserabut. Hatinya masih sedih kerana teringatkan arwah ayahnya. Perasaan sedih dan rasa bersalah yang tak pernah hilang, dari dulu.

Satu je cara nak hilangkan sedih. Hanan bergegas bangun lalu mencapai kunci keretanya. Dia menyarungkan tudung sarung dan stoking sebelum berjalan mendekati pintu.

Baru sahaja dia ingin membuka pintu, pintu rumahnya terbuka dari luar. Wajah Hud terpacul dan memandangnya.

"Nak pergi mana? " tanya Hud lembut.

Lelaki ni memang sentiasa bercakap lembut dengannya. Dia sahaja yang masih lagi buat tak endah.

"Nak pergi supermarket kejap. Beli barang, " balas Hanan. Dia berjalan melepasi Hud dan keluar dari rumah. Kasutnya disarungkan. Pintu grill yang ingin ditutup ditahan oleh suaminya.

"Pergi pasar? Bukan ke dua hari lepas baru pergi? Barang dah habis ke? " tanya Hud lagi.

Wajah Hanan ditenung lama. Hud mengangkat keningnya apabila ternampak kesan basah di pipi isterinya. Kenapa dengan Hanan?

You Fell FirstTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang