❝ Apa akan jadi pada bintang selepas mereka mati? ❞
Aisy, seorang remaja berumur 15 tahun menjalani kehidupan yang biasa di sebuah kampung kecil terletak jauh nun dari bandar utama negeri Selangor. Seorang penggemar Oreo dan bintang! Jika Aisy ada R...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
"Hani, kau dah sedia ke belum?"
Ena menepuk bahu aku yang tengah bergelut dengan kancing kain hijau yang masih tersaruk di pinggang aku.
Entah kenapa, aku boleh dipilih senagai wakil pegang sepanduk rumah hijau, buat malu je tadi. Ni Mia punya kerjalah ni.
Dahlah tema tahun ni ialah karakter fiksyen, tak pasal kena pakai baju berbulu semata-mata nak sama dengan watak kami, The Grinch. Dahlah gatal dia memang cari gaduh, tambah pula conteng muka macam dia.
Astagfirullahalazim, malu tujuh keturunan aku.
"Oh, Haaa... Saya dah nak siap dah ni. Awak berdua pergilah dulu." jawab aku sambil menarik turun kain aku.
Fuhh, lega rasa.
"Tak apa eh kau je ni?" Wani pula bertanya sambil sibuk menampal nombor giliran di baju sukannya.
"Haaa, tak apa boleh je."
Ena dan Wani pun mengangguk lalu berjalan keluar dari bilik. Aku segera menyarungkan baju rumah hijau aku semula.
Ni memang kali pertama dan terakhir aku masuk perbarisan!
"Ahh, lagi lima minit nak mula, baik cepat."
Pelitup muka hitam dan tudung aku pakai lalu aku menyarungkan nombor sukan aku sebelum berlalu keluar dari bilik persalinan. Baru saja aku nak keluar, aku baru perasan dompet aku tak simpan dalam beg.
Aku pun terpaksalah berpatah balik untuk menyimpannya namun tanpa amaran, aku terlanggar seseorang hingga aku hilang keseimbangan badan. Mujur aku sempat tahan diri sendiri kalau tak memang bercinta aku dengan tanah berbatu ni.
"Maaf... Maaf saya tak sengaja." Aku tunduk beberapa kali kepada tuan empunya badan yang berlanggar dengan aku tu.
"Tak, tak apa. Awak tu okay tak? Ada sakit dekat mana-mana ke?"
Aku pun mengangkat wajah aku dan mata aku terus bertembung dengan sepasang mata hitam yang berkaca mata bulat dengan dahi terkerut seribu.
"Auch!"
Secara tiba-tiba, parut di pipi aku terasa seakan disengat sehingga aku teradu kecil. Aku memegang pipi aku yang berlapik tu dengan penuh tanda-tanya.
Aku amati gerangan di hadapan aku itu dan aku automatik menjarakkan diri bila aku sedar dia ialah seorang cikgu sebaik saja mata aku menangkap tanda nama yang disepit di poket dadanya.
"Maaf, cikgu sibuk jawab panggilan sampai tak nampak kamu. Kamu okay ke?" Cikgu itu bertanya lagi namun aku masih sibuk menganalisis wajahnya.
Macam biasa ku lihat, tapi di mana ya?
"Ahh... Cikgu Crush."
"Maaf?"
Mata aku terbeliak dan aku segera menampar bibir derhaka aku.