"Masa tamat, sekarang letak pensel kamu dan buat semakan terakhir." Suara Cikgu Hanif mengejutkan aku yang sedang menulis nama sebagai sentuhan terakhir pada kertas peepriksaan aku.
"Shoot, aku tersalah tulis binti!"
"Err, aku rasa dah okay dah ni..."
"Tawakal je, balik rumah aku buat solat hajat."
Aku menggeleng perlahan sambil menilik setiap helaian muka surat dengan berhati-hati. Inilah masalahnya kalau kau perempuan tapi nama kau huruf unik, aku kalau setiap kali periksa memang akan ditempatkan di barisan paling hujung dan belakang. Semua orang punya karenah aku boleh nampak.
"Baiklah, semua boleh kembali ke tempat masing-masing dan susun meja balik."
Aku segera berjalan ke tempat asal aku lalu duduk sambil menunggu Hayuqi dan Mia untuk merapatkan meja mereka.
"Peperiksaan kali ni memanglah mudah. Cuba tunggu PT3 nanti, mahu aku guna segala ilmu hitam yang aku ada."
Hayuqi meletakkan buku-buku dia lalu mengambil tempat di sebelah aku.
"Kau okay tak?"
Aku mengangguk kecil.
"Baiklah dengar sini kelas, cikgu ada dua pengumuman. Seperti yang dah sedia maklum, sabtu ini akan bermula cuti penggal pertama kamu jadi cikgu harap kamu semua jaga kesihatan dan bersedia untuk terima timbunan kerja rumah."
Satu kelas mula mengeluarkan beberapa bunyi keluhan, dan ada juga yang bersorak. Cikgu Hanif menggeleng sekejap sebelum menyambung percakapan dia.
"Pengumuman kedua, macam kamu tahu, sekolah kita akan adakan karnival tahunan sekali gus dengan pertandingan Script The Dreams pada Jumaat ni sebab Jumaat tu kamu dah mula bercuti, betul? Siapa yang telah menyertainya saya harap kamu semua dapat buat dengan baik dan menang dalam pertandingan tu. Saya doakan kamu!"
"Terima kasih cikgu!"
Semua murid mula bersuara sesama mereka balik. Tapi jujur aku cakap, aku tak pernah minat dengan benda-benda macam ni. Pertandingan tu pula kena berlakon, hah! Lagilah tak minat.
"Kamu juga boleh membuka gerai sendiri bersama guru-guru semasa karnival itu."
"Aisy, jomlah buka gerai. Kita buat biskut dan kek, kaukan ada bakat memasak benda-benda macam ni? Jomlah!"
Mia menggoncang bahu aku dengan sepenuh hati tapi aku tetap dengan pendirian aku, kau rasuahlah macam mana pun.
"Tak, tetap tak."
"Bukan kita yang masak pun, setakat jadi penjual je. Dari macam tu, baik aku jadi manusia biasa dan jalan cari makanan masa tu. Lagi berfaedah." celah Hayuqi sambil tersenyum senget kerana dia tahu dia telah memusnahkan harapan Mia.
YOU ARE READING
𝐒𝐓𝐀𝐑𝐋𝐈𝐆𝐇𝐓
Подростковая литература❝ Apa akan jadi pada bintang selepas mereka mati? ❞ Aisy, seorang remaja berumur 15 tahun menjalani kehidupan yang biasa di sebuah kampung kecil terletak jauh nun dari bandar utama negeri Selangor. Seorang penggemar Oreo dan bintang! Jika Aisy ada R...