"Ha... Hachuuu! Srrrttt..."
"Aisy nak tisu ke?"
Aku dengan hidung merah dan berair hanya mengangguk lemah sebelum mencapai huluran mak yang memegang sepeket tisu mini.
Kepala aku yang elok berehat di bahu mak sikit pun aku tak rasa nak angkat, tak ada tenaga langsung. Nasib baik mak rilek je main Candy Crush.
"Haih, macam mana boleh demam ni? Semalam bukan main bertenaga."
Hehehehe, takkan aku nak ngaku aku demam sebab kejadian semalam? Kalau mak tahu ni mesti aku dah dicekiknya hidup-hidup.
Dah tahu penakut pergi dengar cerita hantu buat apa?
Wuishh, rasa macam aku boleh dengar ayat bebelan yang bakal mak hambur dekat aku kalau aku mengaku.
Bahaya, bahaya.
Setelah menghadapi tiga jam dekat klinik yang mana memang Astagfirullahalazim punya lama, aku ambil keputusan untuk berjalan-jalan di taman klinik sambil menikmati angin udara segar yang meniup lembut muka aku sementara menunggu mak pergi ke kafeteria untuk bawa balik kuih-muih.
Aku boleh lihat ramai budak-budak bermain dengan sakan di sekeliling taman dengan ada yang duduk bersembang dengan kawan mereka sambil mengira butir pasir.
Budak-budak sekarang rajin bukan macam kau ahahahaha.
Di sisi lain pula, aku dapat lihat warga emas yang seperti aku juga, duduk menikmati alam sambil menunggu penjaga kami pulang. Matahari tak adalah terang sangat memandangkan sekarang baru pukul 10 pagi tapi masih boleh rasa haba-haba tu memantul pada aku.
Dalam tengah menikmati ketenangan tu, aku teringat kejadian semalam atau spesifiknya, kata-kata Dani.
Maksud aku, kenapa Dani cakap macam tu? Dia memang ada masalah ke? Apa aku boleh buat untuk selamatkan dia? Tapi selamatkan dari apa?
Bermacam soalan bermain dalam fikiran aku namun aku masih tak dapat menjawabnya. Semalam pun aku tak boleh tidur bukan setakat demam malah sebab berteka-teki lama sangat dengan diri sendiri.
"Dahlah semalam dia nampak menyeramkan! Bukan dulu dia budak happy-go-lucky ke? Cara dia pandang aku macam dia nak kepala aku." Aku terus menggosok lengan aku yang tiba-tiba meremang.
Aku terus berhenti berjalan tatkala suatu idea menjengah ke dalam fikiran aku.
"Daripada aku asyik fikir sendirian, baik aku tanya dia terus ann? Apalah aku ni!" Aku terus menepuk dahi aku berkali-kali.
Waduh Aisy, macamlah kau tak ada nombor telefon Dani dalam group kelas aiyoyoyo!
Telefon bimbit aku dikeluarkan lalu aku melihat jika ada apa-apa mesej daripada mak sebelum bergerak ke group kelas.
YOU ARE READING
𝐒𝐓𝐀𝐑𝐋𝐈𝐆𝐇𝐓
Teen Fiction❝ Apa akan jadi pada bintang selepas mereka mati? ❞ Aisy, seorang remaja berumur 15 tahun menjalani kehidupan yang biasa di sebuah kampung kecil terletak jauh nun dari bandar utama negeri Selangor. Seorang penggemar Oreo dan bintang! Jika Aisy ada R...