"Urghh..." sebuah bunyi rungutan aku keluarkan untuk ke sekian kalinya.
"Kamu sakit ke, Hani?"
Aku yang terkedu terus mengangkat wajah aku lalu aku disapa oleh Cikgu Adam yang sudah mengambil tempat di kerusi berhadapan dengan aku.
"Cik... Cikgu!" Aku segera membetulkan posisi aku yang tadinya sedang elok bersila atas kerusi plastik sambil kepala diletak atas permukaan licin meja aku.
"Cikgu nampak kawan-kawan kamu dekat kantin dan kamu tak ada. Tak makan ke hari ni?" Cikgu Adam bertanya lagi sambil meletakkan buku-buku nota Sains kami di atas meja cikgu.
Selepas kejadian haritu, Cikgu Hanif telah ditangkap dan sekarang berada dalam tahanan. Kes dia akan dibicarakan tapi aku tak tahu secara terperincinya.
Untuk tidak menggemparkan sekolah, aku dengar pengetua hanya mengatakan Cikgu Hanif berhenti kerja atas urusan peribadi. Tapi, aku tahu lambat-laun pihak media akan tahu juga dan seterusnya satu dunia tentang dosa Cikgu Hanif.
Layak lagi ke aku panggil dia cikgu?
Apapun, disebabkan ada kekosongan pada subjek Sains, Cikgu Adam telah ditugaskan untuk ganti guru Sains kami.
"Eh, tak adalah cikgu. Saya sebenarnya dah kenyang."
Yang sebenarnya, aku tak ada selera nak makan sebab aku tiba-tiba sakit kepala. Nasib baik aku bawa ubat kalau tak memang aku dah angkat kaki ke bilik sakit sekolah.
"Oh... Kalau macam tu, cikgu buat kerja cikgu ya?"
"Okay cikgu."
Kemudian, hanya sunyi saja yang ada di dalam kelas. Aku kembali meletakkan kepala di atas meja tatkala aku dapat rasa urat kepala aku berdenyut. Tekak aku pun terasa mual dan perut aku berbunyi seperti ada lautan asid yang menggelegak dalamnya.
Bila agaknya kali terakhir aku sakit sampai macam ni sekali?
"Hani." Cikgu Adam menyeru nama aku dan aku dengan paksa memandang dia.
Cikgu Adam memanggil aku jadi aku pun gagahkan diri untuk berjalan ke arah dia. Apabila aku tiba di mejanya, dia menolak sepeket Oreo ke arah aku.
"Makanlah, cikgu tengok kamu macam tak sihat. Kalau teruk sangat, baik kamu balik."
"Tak... Tak apalah cikgu. Saya okay je, betul."
"Ambil je, cikgu tak akan terima kalau kamu bagi balik dekat cikgu."
"Tapi--"
"Ambil."
Aku akhirnya mengalah apabila Cikgu Adam seakan serius untuk sedekahkan Oreo ni kepada aku.
Tiba-tiba aku teringat pada peminat rahsia aku yang selalu bagi Oreo dekat aku dulu. Agak-agaknya apalah reaksi dia lepas dapat nota tu?
"Nampaknya, kamu masih suka Oreo."
"Ya?" Mata aku terkelip beberapa kali.
"Ahh, tak. Cikgu teringat masa kamu kecil dulu cikgu selalu belikan kamu Oreo sebab kamu suka benda tu." Cikgu Adam menggosok belakang lehernya dengan senyuman kecil seakan malu.
"Ya ke... Terima kasih kalau begitu." Aku tunduk hormat sedikit kepada Cikgu Adam.
"Cikgu betul-betul tak sangka dia dah tak ada. Rasa macam baru semalam kami jadi rakan serumah masa belajar di UKM dulu." Cikgu Adam menongkat dagunya sambil melepaskan keluhan kecil dan bibir mengukir senyuman hambar.
"Kamu cakap kamu tinggal dengan mak kamu sekarang, kan?"
"Ya cikgu."
"Mak kamu as in Nurina?"
YOU ARE READING
𝐒𝐓𝐀𝐑𝐋𝐈𝐆𝐇𝐓
Teen Fiction❝ Apa akan jadi pada bintang selepas mereka mati? ❞ Aisy, seorang remaja berumur 15 tahun menjalani kehidupan yang biasa di sebuah kampung kecil terletak jauh nun dari bandar utama negeri Selangor. Seorang penggemar Oreo dan bintang! Jika Aisy ada R...