"Adawiyah, apa yang kamu buat di sini?"
Seorang cikgu perempuan berkaca mata dan kelihatan seperti separuh abad itu masuk ke dalam bilik lalu menegur apabila melihat kami bertiga yang duduk elok di atas sofa.
"Assalamualaikum Cikgu Rosnah, saya ada benda nak lapor pada cikgu." ujar Mia dengan serius sambil berdiri dari duduknya.
Danisya yang sudah terketar-ketar segera memegang lengan Mia sambil menggeleng dengan penuh terdesak namun Mia hanya mengabaikan dia tanpa menepis tangan Danisya.
Cikgu Rosnah memerhatikan kami bertiga sebelum mengambil tempat di meja dia.
"Kamu nampak serius, ada apa-apa yang sudah berlaku ke?" Cikgu Rosnah bertanya sambil menolak kaca matanya yang melorot sedikit.
"Saya nak buat laporan tentang Cikgu Hanif."
Cikgu Rosnah yang seakan tak percaya nama Cikgu Hanif naik itu terus berhenti dari mengemas mejanya lalu menumpukan sepemuh perhatianya pada Mia.
"Cikgu Hanif? Kenapa dengan cikgu kamu?"
Mia memandang Danisya sekilas dan Danisya yang melihat wajah serius Mia tidak mampu melawan sebaliknya dia menundukkan kepala dia terus ke bawah.
"Kawan saya hadapi masalah dengan Cikgu Hanif sehingga menyebabkan dia tidak dapat menumpukan perhatian di dalam kelas dan peperiksaanya." Dengan sekali nafas, Mia memberikan pernyataan yang berjaya membuatkan bilik itu mejadi sunyi seperti tanah perkuburan.
"Adawiyah, kamu tahukan tuduhan ke atas cikgu adalah perkara serius? Kalau kamu didapati menipu, hukuman kamu tidak akan jadi ringan." Cikgu Rosnah menggenggam kedua-dua belah tangan dia bersama sambil merenung Mia dengan dalam.
"Maaf Cikgu Rosnah, saya bukan menuduh tapi cuma berspekulasi. Saya di sini berharap cikgu dapat jalankan siasatan pada Cikgu Hanif supaya masalah ni dapat diselesaikan."
Dengan sopan Mia berkata sambil menunduk sedikit badannya dengan tangan kiri di letak elok di perutnya.
Aku melihat Mia dengan penuh kagum. Dia nampak sangat berkarisma macam pengawas sekolah sejati! Kalau Makcik Wawa nampak ni mesti dia bangga.
"Baik, cikgu akan tolong kamu. Esok pagi Danisya, jumpa cikgu di bilik disiplin bersama ibu kamu."
"Tak... Tak perlu."
Aku dan Mia serentak memandang Danisya yang membuka mulutnya setelah sekian lama mendiamkan diri.
Danisya mengelap sisa air matanya sebelum berdiri dan mendekati Cikgu Rosnah.
"Maafkan kawan-kawan saya cikgu, Saya rasa mereka dah salah faham."
"Salah faham?"
Dan is ya mengangguk dengan sangat yakin sampai aku sendiri tak percaya dengan perubahan sikap dia tu.
"Saya tak kena kacau. Saya hanya alami stres sebab keputusan aaya akhir-akhir ni tak capai target saya."
"Kalau betul awak stres, kenapa kawan-kawan awak boleh buat tuduhan pada Cikgu Hanif? Mesti ada sebab mereka bertindak begitu."
Danisya memandang aku sekilas sebelum dengan dingin mengalihkan matanya dari terus melihat aku.
"Saya pasti mereka hanya salah faham sebab saya pernah bertanyakan soalan kontroversi di sekolah. Semasa Inspektor Fatima datang memberi ceramah di kelas kami, saya ada bertanya tentang kemungkinan SA untuk berlaku di sekolah. Tapi, tu semua hanya soalan, saya cuma ingin tambah pengetahuan saya."
"Dani apa kau cakap ni, bukan kau--"
"Hani, aku dah cakap banyak kali dekat kau. Masalah aku, tak ada kena mengena dengan Cikgu Hanif. Dia cuma tolong aku dalam pembelajaran. Dia bagi aku kelas tambahan sebab aku seorang je yang gagal dalam kelas dia."

YOU ARE READING
𝐒𝐓𝐀𝐑𝐋𝐈𝐆𝐇𝐓
Teen Fiction❝ Apa akan jadi pada bintang selepas mereka mati? ❞ Aisy, seorang remaja berumur 15 tahun menjalani kehidupan yang biasa di sebuah kampung kecil terletak jauh nun dari bandar utama negeri Selangor. Seorang penggemar Oreo dan bintang! Jika Aisy ada R...