Lari

8 0 0
                                    

Syaitan bertopengkan manusia.

Sesuai sangat dengan apa yang aku tengah tengok sekarang ni.

"Ha... Hani."

Aku terkaku di tempat aku sedang berdiri dengan seluruh badan menggeletar bak terkena renjatan elektrik yang berterusan sehingga setiap tulang-temulang aku sendiri dapat rasa getarannya.

Satu cairan merah pekat mengalir dari telapak tangan aku yang sedang menggenggam sebuah bikar kaca yang sudah pecah separuh bersama darah melekat di bucu-bucu tajam serpihan kacanya.

Aku segera melempar bikar itu ke lantai dengan nafas yang tersekat-sekat.

Dua pasang mata dengan emosi berlainan memandang tepat ke arah aku. Satu ialah mata yang penuh dengan rayuan dan harapan, air mata mengalir deras bagai air terjun Lata Kijang manakala satu lagi, mata merah penuh dengan amarah, benci, dan

Nafsu.

"Apa yang..."

Si dia menyentuh bahagian atas kepala lalu darah merah yang pekat mengotori tangan dia. Dengan mata membulat, dia kembali memandang aku dengan muka memerah.

"Betina tak guna!"

Akibat herdikan itu, aku tersentak ke alam nyata. Tanpa berfikir panjang, aku mencapai troli makmal berisi pelbagai radas lalu menolaknya kuat hingga melanggar lelaki yang cuba mendekati aku tu.

"Arghhhh!"

Lelaki itu jatuh dan dihempap oleh troli tersebut. Melihat peluang yang ada, aku segera menarik lengan Dani untuk lari keluar dari makmal.

Lari.

Lari.

Lari.

Pergi dari situ sekarang!

"Hani... Hiks, dia dekat belakang!" Dani yang sudah teresak bersusah-payah mengatur ayat.

Aku dengar derapan kaki seperti sedang berlari ke arah kami. Aku dengan pantas membelok ke kiri lalu mendaki tangga ke tingkat dua selaju mungkin. Aku pun masuk ke dalam sebuah kelas kosong dan kami menyorok di belakang meja cikgu.

"Dani, Dani dengar sini..."

"Hiksss! Hikss! Aaaaa..."

"Dani... Danisya!"

Aku menarik bahu Dani dengan kasar sehinggalah fokus dia 100% pada aku.

"Rilek, rilek... Tarik nafas. Kita akan selamat, okay?"

Dani angguk berkali-kali sambil membuat latihan pernafasan yang cikgu PJ pernah ajarkan.

"Dengar sini, aku akan alihkan perhatian dan kau lari minta tolong Pak Guard, Okay?"

"Tak nak! Hani, pergi dengan aku." rintih Dani dengan air mata bercucuran sambil dia menggenggam hujung lengan baju aku penuh paksa.

Aku yang baru ingin menjawab terus menekup mulut Dani dan aku apabila suara seseorang memetir di kaki lima kelas.

"Mana kau syaitan keluar! Aku tahu kau ada dekat sini!"

𝐒𝐓𝐀𝐑𝐋𝐈𝐆𝐇𝐓Where stories live. Discover now