"Eh, korang pergi tak malam komuniti Jumaat ni?" Suara Hayuqi memecahkan sunyi kelas kami.
"Malam komuniti?" tanya Mia untuk kepastian.
"Haah, Tok Penghulu kita nak buat macam malam keluarga untuk sambut ulang tahun pembukaan komuniti kita. Jumaat ni dekat padang komuniti, korang nak pergi tak?"
Aku angguk-angguk faham dengan info daripada Hayuqi itu.
"Oh yang tu ke. Eh mestilah pergi! Ada banyak gerai makan nanti. Kau Aisy, pergi ann? Mak aku dah telefon semalam mak kau, jadi kau jangan nak menipu."
"Ya ya, aku pergi." Aku angguk lemah sebelum menguap untuk ke sekian kalinya.
"Tapi mak aku tak pergi jadi aku pergi dengan korang je."
Ugh, Sejarah memang bosan.
"Yeah, tak sia-sia mak aku pujuk Aunty Nurina! Kalau tak memang taklah kau boleh keluar Syi..." nyanyi Mia dan aku hanya angguk setuju.
"Kalau macan tu, jom pergi sama-sama. Jumpa dekat perhentian bas tepi kedai Cik Mah tau?"
"Bereghh bohh!"
Malam Jumaat, seperti yang dijanjikan kami sudah sampai ke lokasi Malam Keluarga komuniti D'Fam.
Sebenarnya, taman aku dan kawal-kawan aku ni di bawah satu komuniti yang sama cuma bezanya ialah tempat, aku dikira fasa 1 manakala mereka ialah fasa 2.
Aku rasa satu komuniti datang dengan satu keluarga ataupun anak-anak sahaja. Tapi, tak sangka ramai macam ni... Macam satu pekan banding dengan satu komuniti.
Tok Penghulu kami sedang memberi ucapan namun semestinya hanya ibu bapa je yang mendengar. Kami yang budak-budak ni apa lagi?
"Wei ada sate ikanlah. Jom, beli! Acik, sate ikan RM 10 ringgit!" Hayuqi yang tak menyempat terus membuat pesanan.
"Hmm, tak sedar dekat tangan tu tengah pegang jagung bakar. Tamak betul kau ni, Yuqi."
"Eleh, kalau tak nak sudah. Aku bagi dekat Aisy je."
Aku terus gelak riang bila Hayuqi tanpa amaran menyumbat cucuk sate ke dalam mulut aku manakala Mia sudah cemberut sakan.
"Eh, adik Hani."
Kami pun menoleh lagi sekali ke arah berlainan yakni ke arah punca suara tadi dan dapat aku lihat seorang gadis jelita dengan tudung biru cair berbaju lengan panjang menhampiri kami pula.
"Kak Raisya!"
"Eh, kekasih abang je ke tegur? Abang ni apa? Tunggul kayu?" Acik Azril mencebik dan itu hanya mengundang kegelian kami.
"Acik tak best, Kak Raisya lagi best berjumpa." jawab Hayuqi bersahaja.
"Ewah, ni kekasih abang okay? Korang tu pergi main jauh-jauh." Acik Azril menarik lengan Kak Raisya dengan lembut untuk menjauhi kami.
YOU ARE READING
𝐒𝐓𝐀𝐑𝐋𝐈𝐆𝐇𝐓
Teen Fiction❝ Apa akan jadi pada bintang selepas mereka mati? ❞ Aisy, seorang remaja berumur 15 tahun menjalani kehidupan yang biasa di sebuah kampung kecil terletak jauh nun dari bandar utama negeri Selangor. Seorang penggemar Oreo dan bintang! Jika Aisy ada R...