"Uwaaahhh, ada air terjunlah!"
Pelajar-pelajar mula menjerit riang tatkala imej air terjun mula memunculkan diri. Disebabkan ini hari terakhir, cikgu-cikgu dah bercadang nak membawa kami ke tempat air terjun yang agak terkenal di kawasan ini.
Apabila aku turun saja dari bas, wajah aku disapa dengan bayu angin yang sejuk yang berbau seakan tumbuhan hijau.
"Semua bawa bertenang, sebelum kamu bermain. Kita akan adakan aktiviti membersihkan alam sekitar. Jadi, buat kumpulan dan ambil peralatan ni."
Dalam kesibukan manusia mencari kawan, aku terpandang Dani yang berada tidak jauh daripada kami. Dani turut bertentang mata dengan aku namun dia terus mengalihkan pandangan ke tempat lain dengan wajah yang dingin.
Dia masih marah dengan akulah. Aku segera menyorokkkan wajah kecewa aku tatkala Hayuqi datang menegur.
"Jom, aku dah ajak Husna sekali dengan kita. Mana Dani? Dalam bas tadi bukan main duduk jauh berbatu." Hayuqi mula tercari-cari keberadaan Dani.
Kebiasaanya, Dani akan duduk sebelah aku dalam bas tapi sebab pagi tadi, aku kena duduk dengan budak dari kelas lain yang aku tak kenal kerana Dani duduk betul-betul di bahagian belakang.
Hayuqi dan Mia pun berjalan ke arah Cikgu Zuraini untuk mengambil peralatan membersih manakala Dani berjalan ke arah aku dan Husna. mereka berdua bertegur sapa namun Dani langsung tak tegur aku.
Tak lama kemudian, Hayuqi dan Mia kembali dengan dua plastik di tangan dan beberapa helain sarung tangan pakai-buang.
"Jom, kita kutip sampah dekat belakang sana. Budak permepuan ramai ikut cikgu tanam pokok bunga." ujar Mia sambil menyerahkan sarung tangan itu kepada kami.
"Okay." Aku pun berjalan bersama Hayuqi dan Mia apabila tangan aku ditarik mereka.
Kami memulakan misi mengutip sampah yang berada di sekitar sungai. Aku kemudian ternampak bahagian ceruk batu tidak jauh daripada kami. Apabila aku berjalan ke sana, aku terus senyum senget. Tepat sangkaan aku, terdapat botol-botol plastik dan bekas makanan bergelampungan di ceruk sungai.
Aku yang kebetulan ternampak Mia yang berada paling dekat dengan aku waktu itu pun mengajak dia dan kami masing-masing melipat seluar hingga paras bawah lutut lalu berjalan masuk ke dalam sungai bahagian cetek tu.
"Wei Syi, tengok sana. Ada gua."
Mia belari anak menuju ke satu tempat yang berada tidak jauh dari sini. Terdapat sebuah gua sederhana besar dengan tempat pejalan kaki dibina di atasnya. Di dalam gua itu, air dari air terjun mengalir tenang saja dan hanya paras buku lali kami.
"Ehehe, ada ikan lalu celah kaki. Geli ahh!" Aku segera berjalan ke atas batu-batuan lalu duduk mencangkung di situ.
"Eyy, comel ikan-ikan ni. Kau tahu tak nama ikan ni apa?"
YOU ARE READING
𝐒𝐓𝐀𝐑𝐋𝐈𝐆𝐇𝐓
Teen Fiction❝ Apa akan jadi pada bintang selepas mereka mati? ❞ Aisy, seorang remaja berumur 15 tahun menjalani kehidupan yang biasa di sebuah kampung kecil terletak jauh nun dari bandar utama negeri Selangor. Seorang penggemar Oreo dan bintang! Jika Aisy ada R...