Itik

1 0 0
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



Hari ni hari Khamis, bermakna kami akan mulakan misi bersama untuk pertama kalinya.

Aku tak nak beli hari jumaat ni jadi aku patut letak getah merah, kan? Tapi, kalau dia nak... Aku kena beli juga ke?

Bukannya aku kisah sangat pun, kalau dah idola minta, aku sanggup je hahahaha!

"Pelajar di sana berhenti sekejap!"

Satu suara yang agak lantang bergema di kaki lima jalan blok dan aku yang terkejut beruk tu pun terus berhenti untuk menoleh ke arah gerangan yang memanggil pelajar itu.

Mana cikgunya? Dia panggil aku ke?

Aku mula ingin berjalan semula namun belum sempat aku nak melangkah, suara itu kembali lagi.

"Pelajar perempuan di situ, tolong cikgu boleh?"

Okay, memang ada cikgu panggil aku.

Apabila aku menoleh ke belakang, serentak itu juga mata aku bertaut dengan seorang lelaki berkemeja merah lembut sedang berjalan ke arah aku bersama buku-buku yang penuh di tangan.

"Aah!"

Sekali lagi, aku terasa bibir aku seperti dicucuk oleh 100 jarum dengan bertubi-tubi hingga aku boleh rasa bibir aku menjadi kebas sebentar.

Eh, cikgu ni ada medan sakit yang kuat ke apa? Asal parut aku asyik meragam je bila jumpa cikgu ni?

"Ahh, kamu rupanya. Kita berjumpa lagi." Cikgu tu tersenyum hingga ke pipi.

Ahh... CEC Hayuqi, Cikgu Adam.

"Err, maaflah cikgu saya tak dengar cikgu tadi." auta aku dengan janggal sambil tangan menggosok sekejap bibir aku yang dilapik topeng itu.

"Kamu boleh tolong saya? Saya nak tahu, kelas 6 Harimau di mana?"

Kelas aku?

"Ya boleh, silakan cikgu." Aku pun memberi laluan untuk cikgu tu berjalan di hadapan aku sebelum aku membontotinya.

Apabila sudah sampai, aku segera masuk dan mengambil tempat aku. Cikgu itu mengangguk pada aku dengan ucapan terima kasih sebelum berjalan ke arah meja cikgu.

"Psst... Aisy, model mana kau bawa masuk ni?" Hayuqi memandangkan aku dengan senyuman gatal dia.

"Fuh, sekali pandang macam model seluar dalam."

"Bodohlah Mia, model seluar dalam mana tunjuk muka."

Hayuqi dan aku menepuk belakang Mia serentak sambil Mia mengekek ketawa.

Apa bendalah otak minah ni?

"Ni CEC kaulah Hayuqi, tak kenal ke?"

"Hehe sebab kenallah aku saja tanya." Hayuqi mengenyitkan mata dia penuh gatal dan aku serta Mia hanya mampu menggulingkan mata kami ke atas.

𝐒𝐓𝐀𝐑𝐋𝐈𝐆𝐇𝐓Where stories live. Discover now