Mashallah, Astagfirullahalazim!
"Nate gapo berat sangat kotak ni pun!" rintih aku sendirian sambil mengumpul kekuatan untuk mendaki tangga bersama sebuah kotak berat nokharrom ni.
Aku baca tanda nama pada kotak yang terang lagikan bersuluh tertulis 'Modul Sains, 20 set' itu berkali-kali.
Modul apa berat macam 200 kg ni? 20 keping je pun! Ya Allah, dugaan-dugaan.
"Akhirnya, sampai pun!"
Buk!
Aku menghentam kotak itu ke lantai dengan wajah lega. Aku memastikan meja yang aku letak ialah meja Cikgu Hanif sebelum mula meregangkan badan balik akibat kesengalan yang terasa di tulang belakang aku.
Sedang aku sibuk menggeliat, mata aku tertancap pada bingkai gambar yang terletak di atas meja Cikgu Adam yang bersebelahan dengan meja cikgu Hanif.
Ada lima orang remaja di dalamnya sedang duduk bersantai di puncak gunung, tiga lelaki dan dua perempuan. Ada satu pasangan kelihatan sangat mesra di dalam gambar itu.
Hmm, gambar kawan-kawan cikgu ke? Cikgu yang mana eh?
"Kalau kamu nak tahu, cikgu yang pakai topi hijau tu."
"Astagfirullahalazim!" Aku tanpa sengaja terjerit kecil dengan suara yang menegur aku dari belakang tu.
Cikgu Adam memandang aku dengan senyuman tak lekang di bibir. Dia mengambil tempat di atas kerusinya lalu meletakkan secawan kopi yang masih berwap itu.
"Kamu tolong Cikgu Hanif angkat barang?"
"Ya cikgu."
"Tak berat ke kotak tu?"
Hahahaha, cikgu tanya pula dah.
"Berat, tapi alhamdulillah saya boleh angkat." Aku sengih janggal.
Cikgu tiba-tiba mengambil bingkai gambar yang aku sibuk usya tadi lalu mula mengusapnya dengan mata yang sayu.
"Saya pergi dulu ya cikgu."
"Kamu tahu tak, saya dengan ayah kamu kawan baik? Dalam gambar ni, ada kami."
Mata aku terus membulat dan badan aku berhenti secara automatik. Aku yang baru saja pusing untuk keluar terus menghadap Cikgu Adam kembali.
"Ap... Apa? Cikgu kenal ayah saya?"
"Ya, Fateh. Ayah kamu Fateh, kan? Cikgu nampak senarai nama kamu masa jadi cikgu ganti haritu."
"Oh?"
Jadi, yang cikgu tenung kertas macam nak tembus tu sebab nama aku?
"Kamu tahu yang mana satu ayah kamu?"
Bingkai itu disua kepada aku dan tindakan itu berjaya membuatkan aku terkesima. Aku mencapai bingkai itu lalu aku mula merenungnya lama, dengan harapan aku mungkin dapat cam walaupun dengan petunjuk yang kecil.
Ahh, aku memang tak ingat muka dia.
"Saya tak tahu, cikgu." ucap aku lemah sambil mengembalikan gambar itu.
"Tidak mengapa, ni zaman muda. Memang susah nak cam."
Cikgu Adam gelak kecil sebelum jari telunjuknya lurus menunjuk ke arah pasangan yang aku lihat dalam gambar itu tadi. Pasangan yang sedang tersenyum lebar sambil si lelaki memeluk leher si perempuan dengan erat.
"Nilah ayah kamu."
"Ayah saya?"
Wah, ayah nampak sangat berkarisma di situ.
YOU ARE READING
𝐒𝐓𝐀𝐑𝐋𝐈𝐆𝐇𝐓
Teen Fiction❝ Apa akan jadi pada bintang selepas mereka mati? ❞ Aisy, seorang remaja berumur 15 tahun menjalani kehidupan yang biasa di sebuah kampung kecil terletak jauh nun dari bandar utama negeri Selangor. Seorang penggemar Oreo dan bintang! Jika Aisy ada R...