Selamat

4 0 0
                                    

"Aisy."

"My star."

Hangatnya, tangan yang membelai pipi aku ni. Aku nak lagi, kehangatan itu,

aku sukakannya.

Mata aku yang pada mulanya silau dengan cahaya perlahan-lahan dapat membentuk sebuah imej yang nyata. Aku dapat lihat, seorang gadis bertudung kuning cair sedang berdiri di tengah padang bunga matahari.

Pokok-pokok yang kehijauan mejadi latar belakangnya manakala angin yang sepoi-sepoi bahasa meniup tudungnya yang mengurai panjang menyebabkan si gadis itu kelihatan bagai terapung di langit.

Dia berjalan ke arah satu tempat dan memetik sekuntum bunga dandelion lalu disuakan kepada aku. Tangan aku yang kecil itu menyambut bunga itu namun pucuk-pucuknya berterbangan ditiup angin sebelum jari aku sempat merasa tekstur lembut itu.

Seiring dengan haluan kelopak bunga itu, mata aku menangkap susuk wanita misteri dengan wajah ditutupi oleh sebuah topi pantai yang jauh lebih besar saiznya berbanding topi biasa.

Apa yang aku hanya dapat lihat ialah senyuman manis yang terukir di bibir merah dan entah kenapa aku sangat rindu akan senyuman itu.

"Aisy ialah cahaya kami, bintang kecil kami. Tak kira dekat mana pun Aisy berada, kami tetap akan jumpa Aisy tahu?"

Serentak itu, aku dapat lihat wanita misteri yang pada mulanya hanya seorang kini dikelilingi oleh beberapa bayang yang tidak dapat aku lihat dengan jelas. Dia sekeliling mereka, dia nampak sangat bahagia.

"Aisy bintang kami."

Dan perlahan-lahan, mereka mula hilang bersama kelopak bunga matahari yang berterbangan.

"Gaaa..." Aku cuba mencapainya namun aku tak berjaya.

"Aisy kena terus bersinar... Jangan pernah berhenti sehingga kami jumpa Aisy."

Aku cuba lagi menggenggam kelopak-kelopak bunga itu hinggalah hanya kegelapan yang menyelebungi aku.

Tidak, jangan pergi.

Jangan tinggalkan aku lagi...













"I found you, starlight."













"AISY!"

Mata aku terbuka luas dalam kelajuan yang sangat tinggi dengan mulut terlopong besar mencari nafas yang hilang. Mata aku yang pada mulanya kabur perlahan-lahan mengembalikan fungsi visual aku.

Dinding kelabu.

Kosong.

Aku dekat mana?

Secara tiba-tiba, aku dapat rasakan sekumpulan darah masuk ke dalam salur arteri aku dengan sangat deras sehingga jantung yang tadinya terasa sangat perlahan mula mengepam laju hingga mata aku terbeliak besar akibat perubahan mendadak itu.

Sengala-galanya seperti bergeraj dengan sangat laju, kepala aku terasa ringan dengan visual yang seperti berpusing menyapa aku. Aku mula rasa perut aku berbunyi sebelum satu rasa menyinggah tekak aku.

"Urkk, bluekkk!"

Aku sedaya-upaya cuba mengosongkan perut aku dari apa saja benda tu dalam tong sampah. Aku dengar suara seseorang memanggil aku namun aku terlalu sibuk menunpukan perhatian dalam memuntahkan isi perut aku.

Satu tangan naik mengusap belakang aku yang berlapik namun bulu roma aku secara mendadak meremang dengan sentuhan itu.

"Jangan, jangan dekat! Pergi dari sini! Pergi!"

𝐒𝐓𝐀𝐑𝐋𝐈𝐆𝐇𝐓Where stories live. Discover now