Jiran

7 0 0
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.








"Roti coklat satu!"

"Nasi lemak dengan telur goreng."

"Nasi lemak dengan tak ada telur goreng satu kak."

"Wei, aku dekat depan korang bertiga jelah. Tak perlu jerit macam tengah bersesak. Dahla datang lambat, nasib baik masih ada makanan."

"Hehe, sorry Kak." Kami bertiga berkata serentak.

Kak Rina ataupun penjual makanan di kantin hanya geleng pasrah sambil menghulurkan pesanan kami. Setelah membayar habis, kami pun bergerak ke tempat makan biasa kami iaitu di taman bunga sekolah.

"Wei, kau dah tengok konsert SBoyz semalam?" Hayuqi bertanya dengan mata yang bersinar-sinar sebaik saja kami mengambil tempat.

"Tengok wei, kacak gila Paan semalam! Dahlah suara dia macam dah garau, melting teruk!" Mia mengangguk laju bersama sebuah senyuman yang sangat lebar.

SBoyz bukan kumpulan penyanyi Korea tapi pemuzik anak jati Melayu ya anak-anak. Kumpulan dia ada empat orang dan semuanya Melayu.

Dah nama pun Selangorian's Boyz, mana tak Melayunya?

"Korang tengok tak H? Dia pakai kot bersulam daun emas tau! Cantik, kan?"

Aku tiba-tiba mencelah bila teringat pemain gitar utama kumpulan itu a.k.a idola aku ahaks!

"Macam mana boleh tak perasan, dia je fashionista dalam group tu. Nak nak pula, kegemaran kau ann?" Hayuqi menyiku-nyiku pinggang aku dengan senyuman gatalnya.

"Eyy mana ada! Aku usya baju dia je. Kebetulan semalam dia pakai baju macam tu. Lain daripada baju biasa dia. Nampak cantik tau?"

"Iyelah Aisy, orang tengok muka dia tengok baju. Kalau pergi fansign, orang minta tanda tangan dia minta koleksi baju, percayalah cakap aku. Dia jadi macam, 'Hai, saya Aisy peminat abang. Boleh nak jenama baju?' "

Setentak itu, ketawa kami berdekah kerana Mia.

"Bodohlah Mia, bunyi macam pervert!" Hayuqi menolak bahu Mia dengan mata masih berair.

"Hui, parut kau macam makin tenggelamlah Aisy." Mia secara tiba-tiba melarikan jari telunjuknya pada parut di pipi aku.

"Kau nak cakap aku makin gelap ke?"

Aku memusingkan kepala lalu mengacah nak gigit jari dia yang sesuka hati menyentuh pipi aku itu.

"Lebih kuranglah."

Aku terus menampar bahu Mia yang sudah terkekek ketawa. Aku kemudian menyentuh pipi kanan aku lalu mengusapnya perlahan.

Parut ni agak tebal berbanding dengan parut yang ada dekat bibir aku. Tapi, parut yang berada di atas bibir aku ni sangat panjang; hampir melepasi dada aku.

𝐒𝐓𝐀𝐑𝐋𝐈𝐆𝐇𝐓Where stories live. Discover now