"Meow."
Aku yang tadinya sedang menikmati udara segar di pagi Sabtu terus membuka mata seluasnya. Ngiauan tadi kembali berbunyi dan aku mula menoleh ke kiri dan kanan namun tiada apa yang aku dapat lihat.
"Meow~"
Eh, panjang betul harkat kau, kau dekat bawah kaki aku ke?
Aku pun menunduk sedikit ke bawah dari bangku kayu dan kepala aku ditoleh ke kiri lalu mata aku bertaut dengan sepasang mata biru jernih.
"Oh?"
Kucinglah, dia sangat...
"Comel!"
Aku yang sudah berbunyi penuh teruja terus duduk melutut beberapa cm daripada kucing yang sudah duduk elok dengan mata bulatnya memandang tepat pada aku.
"Wah, jarang nak nampak kucing hitam mata biru macam ni. Mesti kacuk!"
Kucing kacuk je boleh ada ciri-ciri lain dari kucing jalanan yang selalu aku bagi makan. Melihat daripada bulu dan kekemasannya, nampak sangat kucing orang.
"Hai meowy."
Aku tersenyum sendirian sambil tangan aku disua untuk menyentuh bulu hitam yang seakan bersinar itu.
Namun tak sempat tangan aku menyentuhnya, kucing itu sudah bergerak ke belakang dengan mata mencerlung tajam ke arah aku dan bunyi deraman yang kuat dikeluarkan.
Ahh, dia takutlah.
Aku menarik turun topeng muka aku ke bawah dagu lalu sebuah senyuman manis aku berikan. Kucing cantik itu merenung aku lama sebelum aku perasan ekor dia yang tadinya berayun ganas kini diperlahankan. Matanya juga berubah menjadi lebih lembut berbanding tadi.
Ehehhee, dia dah bagi lampu hijau tu.
Sekali lagi aku cuba menyua tangan aku untuk mendekati ia namun apabila sampai separuh jalan aku memberhentikan pergerakan aku untuk melihat reaksi kucing cantik tu.
Dia merenung tangan aku dengan kepala sedikit terteleng ke tepi lalu mengeluarkan bunyi kecilnya.
"Meow."
Perlahan-lahan, dia berjalan mendekati aku dan itu cukup untuk membuatkan aku berdebar hebat.
"Meowy."
Hmm, pandailah aku bagi nama dekat anak orang.
Kuicng itu berjalan lagi sehinggalah dia berada betul-betul di hadapan tapak tangan aku. Aku dengan berhati-hati mengusap lembut kepalanya sekali sebelum dia sendiri bergesel pada tangan aku dengan mata tertutup rapat.
"Manjanya..." Aku tersengih lebih lebar apabila aku akhirnya boleh mengusap kepala dia dengan lebih lama.
"Eh, baru perasan. Awak ni kucing yang selalu datang dekat tempat saya bagi makan kucing jalanan tu, kan? Awak lapar ke? Awak tak sempat makan diorang dah habiskan eh?"
YOU ARE READING
𝐒𝐓𝐀𝐑𝐋𝐈𝐆𝐇𝐓
Teen Fiction❝ Apa akan jadi pada bintang selepas mereka mati? ❞ Aisy, seorang remaja berumur 15 tahun menjalani kehidupan yang biasa di sebuah kampung kecil terletak jauh nun dari bandar utama negeri Selangor. Seorang penggemar Oreo dan bintang! Jika Aisy ada R...