Keputusan

0 0 0
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.




"Perhatian," cikgu menepuk tangannya lalu kelas yang tadi senyap menulis nota terus menumpukan fokus mereka pada cikgu, "hari ni cikgu akan bagi keputusan peperiksaan kamu."

Sesaat itu juga, kelas mula bising dengan bisikan dan bunyian pasrah dari para pelajar 3 Harimau.

"Kita ada buat perjumpaan guru juga kan, lepas ni? Habislah aku. Minta-mintalah keputusan aku okay." Hayuqi mengeluh panjang sebelum menadah tangannya.

"Ya Allah, berilah hamba-mu ini keputusan yang cemerlang agar ayahku tidak akan menghukumku Ya Allah."

"Hmm... Masa-masa ni baru nak ingat Allah."

"Shuuhs! Aku tengah berdoa ni, jangan kacau kekhusyukkan aku."

Mia yang mulutnya ditampar oleh Hayuqi terus membalas dengan menjelirkan lidahnya namun tak lama kemudian dia juga turut berdoa di sisi Hayuqi.

"Ya Allah, semoga keputusan aku kali ni lebih baik dari yang sebelumnya, Aamiin."

Aku hanya menggeleng melihat gelagat mereka sebelum turut menadah tangan cuma bezanya, aku berdua di dalam hati.

Ya Allah, semoga nombor aku dalam kelas bukan 30. Dapat 26 pun jadilah, aamiin!

"Cikgu panggil seorang demi seorang dan kamu boleh ambil kertas Sains kamu."

Cikgu mula memanggil nama mengikut senarai nama dan markah yang mereka peroleh hingga membuatkan satu kelas merungut.

"Cikgu janganlah baca markah!"

"Alaah, kamu nak malu apa? Rakan kelas kamu juga." jawab Cikgu Hanif selamba.

"Aisy Nur Hani?"

Aku dengar nama aku di sebut dan aku pun berjalan ke arah meja cikgu. Cikgu Hanif tersenyum manis seperti biasa tapi entah kenapa aku masih rasa uas-uas dengan cikgu. Aku perlu berhati-hati dengan cikgu sebelum mendapatkan bukti yang cukup kepada syak aku.

"65, tahniah. Usaha lagi, ya?"

"Terima kasih cikgu." Aku pun mengambil kertas aku dan kembali ke tempat aku.

Lepas ni, nama Danisya. Aku kena perhatikan betul-betul gerak-geri mereka berdua. Apa sahaja boleh jadi petunjuk atau bukti! Aku akan gunaoan semua ilmu aku dah belajar dari novel penyiasatan yang pernah aku baca.

"Iqram Uqasya, 58."

Mendengar nama Iqram yang naik, satu kelas berpandangan antara rakan mereka begitu juga aku dengan kawan-kawan aku.

"Kenapa cikgu skip nama Dani?"

"Dia dapat markah tinggi ke?"

"Ke... Dia gagal lagi?"

Bermacam spekulasi diutarakan namun hanya Cikgu Hanif saja yang tahu jawapannya.

"Nur Mia Adawiyah."

𝐒𝐓𝐀𝐑𝐋𝐈𝐆𝐇𝐓Where stories live. Discover now