❝ Apa akan jadi pada bintang selepas mereka mati? ❞
Aisy, seorang remaja berumur 15 tahun menjalani kehidupan yang biasa di sebuah kampung kecil terletak jauh nun dari bandar utama negeri Selangor. Seorang penggemar Oreo dan bintang! Jika Aisy ada R...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
"Aku nampak kelas kita punya gerai, jom tengok!" Giliran Mia pula untuk menarik kami bertiga.
Gerai kelas kami paling ramai orang, memandang kami menjual pencuci mulut dengan harga yang sangat murah.
"Oh, korang! Nak beli cream puff? Ada Cheesecake dan kek cawan Oreo juga!" Amina, rakan sekelas kami berkata dengan senyuman yang lebar.
"Ada diskaun tak?"
"Tak ada Cik Hayuqi, sebab benda ni dah memang murah."
Mia menggelakkan Hayuqi sepenuh hati sambil menepuk belakang Hayuqi dengan kuat.
"Ketepi, ketepi Kek Batik Viral dah tiba!" Ruqiah muncul pula dengan sedulang penuh bekas kek batik.
"Waaaah, kek batik! Sedapnya..." Hayuqi mula meleleh namun Mia laju saja menolak muka Hayuqi.
"Tak senonoh..." gumam Mia.
Aku terus membeli seberkas kek batik dengan harga RM5 dan dua kek Oreo, RM10. Harga biasalah tu...
Kami mengambil tempat untuk duduk di lobi memandangkan tak ramai orang lalu-lalang di situ. Kami dah penat sangat bermain, baiklah kita mengisi perut sebelum sambung.
"Kek ni sedap tapi, aku lagi suka kek yang Aisy buat!" ujar Hayuqi yang baru lepas habis kan sepotong kek batiknya.
"Haah, kek tu sumpah sedap! Buatlah lagi Aisy!"
"Kalau aku rajin."
"Yeah! Aisy, apa resepi kek tu? Cerr citer sikit."
"Apa resepinya? Cari dalam Acik Google jelah. Mana ada benda istimewa."
"Eh, tapi mak aku guna Google tak sama pun rasa dia?"
Hmm... Susah juga sebenarnya. Aku kalau jujurlah, aku belajar buat kek batik bukan daripada Google tapi dari apa yang aku ingat.
Tak aku tak acah! Aku macam memang ingat resepi yang aku guna selama ni! Aku tanya mak, mak cakap dia tak pernah ajar pun aku buat kek batik guna resepi tu.
Entahlah, aku tak suka kek tu sebenarnya. Aku rasa macam kek tu tak ada rasa, kosong. Tak sedap!
"Mia, Hayuqi, Hani!"
Kepala kami bertiga terus berpaling ke arah gerangan yang telah menyeru nama kami sehingga menghentikan perbualan kek batik tadi.
"Acik Azz!" Hayuqi berdiri penuh teruja begitu juga Mia dan aku.
"Lamanya tak jumpa korang, sihat ke?"
"Alhamdulillah sihat. Acik pula macam mana?" Mia menjeling seorang perempuan tinggi yang berdiri di sebelah Acik Azril dengan senyuman tak kekang di bibir.
"Hai akak cantik, akak ni kekasih Acik Azz haritu kan?"
Hayuqi dengan nada bermain-main menyalami tangan Kak Raisya begitu juga kami berdua.