Perkampungan

1 0 0
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.




"Aisy!"

Aku segera menoleh dari buku novel aku tatkala nama aku dilaung. Dari jauh, aku boleh lihat Mia dan Hayuqi mula berlari ke arah aku bersama beg-beg mereka.

"Lambatnya korang."

Aku menutup novel aku dan mengalihkan beg di sebelah untuk Mia dan Hayuqi duduk.

"Hmmph, minah ni punya pasal ahh! Tunggu dia bersiap, mengalahkan mak datin pergi kenduri."

"Hehe, aku terlajak tidur." Mia tersenyum sumbing.

Aku hanya geleng kecil dengan alasan mereka. Mia kalau bangun lambat tu tak sah, dia ni memang perempuan Melayu terakhir tapi satu je kelemahan dia, dia sangat liat nak bangun awal.

"Duduklah dulu, cikgu pun tak sampai lagi."

Sambil menunggu pelajar yang lain dan cikgu datang, kami bertiga berbual kosong manakala Mia sudah selamat ke alam mimpi balik dalam pertengahan perbualan kami.

"Hmm... Tidur mati betul mak cik ni." Hayuqi terus menarik kepala Mia yang berada di bahu aku untuk bersandar pada dia pula.

"Mia mesti penat tolong cikgu semalam. Diakan bertugas dekat PSS petang semalam? Cikgu ada minta dia tolong kemas stor PSS sebelum balik sekali." terang aku sambil berdiri untuk membetulkan urat-urat saraf.

"Betul juga. Eh, kau bawa telefon ke?"

"Yup!" Aku dengan bangga menayangkan telefon jenama Vivo dengan casing bewarna ungu lembut aku pada Hayuqi.

"Pengecas bawa akk?"

"Gila tak bawa, menangis tak berlagu aku nanti."

Wuish, pengecas tak bawa umpawa telefon kau tak berbaju tahu?

Kami masih perlu menunggu pelajar lain sampai jadi sementara itu, oelajar yang sampai awal menikmati makanan ringan yang dibekalkan oleh ibu bapa masing-masing. Ada yang bermain dan bersembang dengan rakan mereka dan ada juga yang memilih untuk qada tidur.

"Eh, aku nak buang sampah. Kau ada nak buang apa-apa tak?" Mia yang baru bangun dari tidur dan perut tiba-tiba berbunyi tadi mempelawa setelah dia berjaya habiskan biskut Lexus coklatnya.

Mendengar saja pelawaan itu, aku segera menyumbat cebisan roti jagung terakhir aku lalu menghulurkan plastik roti jagung yang mak belikan untuk aku pagi tadi sebagai sarapan.

"Terima kasih."

Aku berkata dengan mulut penuh dan Mia pun pun berjalan ke arah tong sampah terdekat. Di situ, aku nampak ada acik cleaner yang sedang mengikat plastik sampah.

"Semua murid tingkatan tiga yang menyertai Perkampungan ilmu, sila berkumpul di tapak perhimpunan dengan kadar segera!" Suara cikgu di atas petas berkumandang dan menarik perhatian semua pelajar.

𝐒𝐓𝐀𝐑𝐋𝐈𝐆𝐇𝐓Where stories live. Discover now