"Haa masuklah, jangan segan-segan."
Hayuqi sinis memandang Iqram dan Syahmin yang teragak-agak untuk mengambil tempat dalam pondok ni. .
Haih, nak malu apa? Bukan buat dosa pun. Kami buat kumpulan dekat tengah alam tau?
Sepatutnya, kami buat di rumah aku tapi mak tak nak buat dekat rumah sebab rumah kami sempit dan tak ada apa-apa. Dia takut kawan-kawan aku aku tak selesa nak belajar.
Lagi satu, mak masih bekerja dan tak manis kalau biar kami di dalam rumah tanpa orang dewasa. Nak nak pula, Agensi Makcik Bawang duduk sebelah rumah je. Buatnya ada fitnah tertabur? Jenuh hidup. Sudahnya, kami buat dekat taman yang memang ada pondok untuk pengunjung berehat dan terbuka untuk tontonan awam.
Taman ni pula berhadapan dengan kedai bunga. Dari jauh, aku boleh nampak mak yang sedang berjual beli dengan seorang lelaki yang membeli sejambak bunga mawar sebesar alam.
Aku perhati seorang demi seorang mereka yang sudah sampai. Okay, mari lihat... Sekarang ni, tinggal Dani seorang je yang tak datang lagi.
"Kita nak teruskan atau tunggu lagi tiga minit?" soal Syahmin selaku ketua kumpulan kami.
"Tak ada sesiapa ada nombor telefon dia ke?" tanya Iqram pula.
"Aku ada tapi tiga kali aku telefon tiga kali tu juga tak terangkat." Hayuqi meletakkan telefon dia dengan sebuah keluhan kecil.
Hmm, nampaknya Hayuqi dah putus asa. Akhirnya, kami memutuskan untuk mula belajar memandangkan tiga minit sudah berlalu.
Masa itu emas tau?
Subjek yang bakal kami ulang kaji merupakan Matematik memandangkan kebanyakkan ahli kumpulan ini lemah kecuali Syahmin yang memang jadikan Matematik sebagai makan tengah hari dia.
"Tak, aku rasa jawapan dia B lah.. Sebab x tu kan sudut selang-seli dan sudut yang ni 35°." Iqram menunjukkan jawapan B dengan bersungguh-sungguh.
"Bukan, jawapan dia D sebab x tu sudut peluaran kena 360° - sudut pedalaman. Lagipun sudut selang-seli bukan lain ke?"
Hayuqi menepuk meja kerana geram dengan sikap tak mahu kalah Iqram. Ini dah masuk kali ketiga mereka bertekak.
Kenapa aku... Dapat C? Ahh sudah...
"Okay semua bawa bertenang, jawapan dia C. Hayuqi cakap benda betul tapi dia mungkin salah kira sebab kalau nak cari sudut pedalaman kena n-2 × 180 / n. Kau mesti lupa bahagi, ann?"
"Eh, haahlah!"
Syahmin membulatkan jawapan yang betul pada buku latihan dia. Aku dan Mia berpandangan antara satu sama lain sebelum Mia dengan teruja menjerit.
"Oh, yeah! Jawapan Aisy betul!"
"Eh, itu pun nak kecoh." Iqram mencebik kecil namun Hayuqi yang berada di sebelahnya yak semena-mena menampar lantai pondok dengan geram.
YOU ARE READING
𝐒𝐓𝐀𝐑𝐋𝐈𝐆𝐇𝐓
Teen Fiction❝ Apa akan jadi pada bintang selepas mereka mati? ❞ Aisy, seorang remaja berumur 15 tahun menjalani kehidupan yang biasa di sebuah kampung kecil terletak jauh nun dari bandar utama negeri Selangor. Seorang penggemar Oreo dan bintang! Jika Aisy ada R...