Pada waktu malam jam menunjukkan pukul 10:30 malam. Seorang lelaki sedang memerhati gerak geri seorang gadis yang sedang berjalan menuju ke arah lorong kecil.
Lelaki itu hanya mengikut sahaja langkah gadis itu atau lebih tepat Lydia Marissa. Lydia merasakan ada tapak kaki mengikutnya dari arah belakang.
Lydia mempercepatkan langkahnya ke arah lorong kecil. Sampai sahaja di lorong kecil itu dia merasakan tapak kaki yang mengekorinya semakin dekat.
"Eish siapa pulak yang ikut aku ni" bentak kecil Lydia lalu dia mempercepatkan lagi langkahnya.
"Argh!" rintih Lydia dengan mata terpejam. Aduhh time ni la batu ni ada dekat sini.
Lydia cuba menoleh ke belakang.
Tiada.
"Eh dah tak ada?" gumam Lydia pelik.
Dan bila Lydia beralih pandangan matanya ke hadapan semula.
"Kau okay?"
Terkejut Lydia di buatnya dengan mengundurkan sedikit dirinya ke belakang. Aii mamat ni nasib baik aku punya telapak tangan tak hingap dekat muka kau tau.
"E..eer s..saya okay" gugup sahaja Lydia membalas pertanyaan lelaki itu.
"Boleh bangun tak? Nak aku tolong?" pelawa lelaki itu lembut.
Eh eh nak pegang-pegang kita pulak! Haram please.
"E..erm boleh. Tak apa jangan risau saya boleh bangun sendiri" balas Lydia dengan penuh yakin.
Lydia cuba bangunkan dirinya, tetapi gagal tatkala dia merasakan kaki kanannya terseliuh.
Lelaki itu merengus perlahan sebelum dia mencangkung di hadapan Lydia.
"Jangan degil sangat boleh tak?" amarah perlahan lelaki itu lalu dia mengangkat Lydia dengan gaya bridal style.
"Eh eh awakk!" Lydia cuba menolak badan lelaki itu tetapi tidak boleh.
"Duk diam-diam jangan membantah" kata lelaki itu dingin.
Lydia hanya akur sahaja. Sumpah seram bodo muka dia ni.
Sampai sahaja di kereta milik lelaki itu. Dia menurunkan Lydia di sebelah.
Pintu dibuka. Lelaki itu menyuruh Lydia masuk ke dalam kereta. Lydia memandang lelaki itu dengan seat kereta bersilih ganti.
"Awak nak bawak saya pergi mana?" soal Lydia dengan keningnya terangkat sebelah. Amboi berani ko ye nak suruh aku masuk kereta kau yang aku ni langsung tak kenal kau.
"Kaki kau kan terseliuh.. so aku nak bawak kau pergi klinik la" balas lelaki itu tenang sambil memandang wajah Lydia.
"O..ouhh hehe okay." Lalu Lydia meloloskan dirinya masuk ke dalam milik kereta lelaki itu.
Selamat sahaja Lydia masuk ke dalam keretanya. Lelaki itu menutup pintu kereta.
Lelaki itu berdecit sinis.
"Mulai sekarang kau telah berada dalam gengaman aku, Lydia Marissa."
Lelaki itu mula melangkah ke sebelah seat memandu. Dia meloloskan diri masuk ke dalam keretanya.
"E..ermm awak klinik buka lagi ke waktu macam ni? Dah nak masuk pukul 11 malam dah ni?" soal Lydia selepas dia menggerling sekilas ke arah jam yang berada di pergelangan tangannya.
"Buka lagi. Jangan risau" respon lelaki itu.
Lydia sekadar mengangguk sahaja sebelum dia melemparkan pandangan ke arah luar tingkap.
YOU ARE READING
Mr. Psycho Husband [✔︎]
RomanceDANISH HAZIQ terlalu mencintai LYDIA MARISSA sampaikan dia sanggup menculik gadis itu dan jadikan isteri tanpa restu ibu bapa mereka. Disebabkan dia terlalu taksub dan tergila-gilakan gadis itu dia sanggup buat apa sahaja untuk dapatkan apa yang dia...