Aku menerima panggilan dari pengilang kereta. Kereta aku sudah siap dan boleh di ambil.
Aku bercadang untuk balik ke rumah mak dan abah esok. Esok sudah Khamis. Aku mahu memanfaatkan cuti yang ada memandangkan semua kerjaku sudah siap.
Bos pagi tadi menawarkan semua staf dalam team kami cuti dua hari, iaitu pada Khamis dan Jumaat atas kejayaan kami dalam kes besar yang tak pernah firma ini kendalikan sebelum ini.
Balik kerja nanti, aku akan ambil kereta aku dan terus bergerak ke rumah mak dan abah. Cadangnya, esok mahu membawa mereka makan di kedai tomyam. Adik beradikku yang lain juga akan pulang.
Pagi Sabtu, aku akan bergerak ke kenduri abang kepada Ikram dan anak sulung umi. Selesai ber-kenduri, aku akan ke kelas di UM. Sama juga Ahad nanti, aku masih ada kelas yang perlu dihadiri.
________________
Aku tersenyum lebar saat melihat kereta idaman aku sejak zaman sekolah ada di depan mata. Honda Accord. Sudah tentu dibeli dengan pinjam dari bank.
Sekarang, aku dah tak perlu serabut tunggu Grab. Nak pergi mana-mana, drive sendiri aje.
Haih, terujanya. Alhamdulillah, kereta ini juga salah satu rezeki yang Allah beri kepadaku. Allah dengar rintihan aku yang susah nak dapat Grab di sini.
Barang semuanya aku masukkan di bahagian belakang kereta. Enjin dihidupkan dan aku terus memandu bakik ke rumah.
Mak dan abah tak tahu yang aku ambil kereta hari ni. Aku nak bagis surprise lagi, hehe.
Sampai aje di rumah, aku menekan hon kereta perlahan. Enjin kereta dimatikan.
Abah sudah keluar dari rumah. Mana tak pelik kalau ada orang main hon depan rumah dia. Aku keluar dari kereta.
"Astaghfirullahalazim budak ni! Suka bagi orang terkejut," kata abah. Aku tergelak saja.
"Abah ingatkan siapa datang. Main hon pula depan rumah. Dah, masukkan kereta dekat garaj," kata abah lalu masuk ke rumah.
______________
Hari ni sudah masuk hari Khamis. Aku hanya menghabiskan masa dengan menolong mak memasak dan rehat di bilik. Pagi tadi pula, aku membawa mak dan abah ke pasar membeli bahan masakan dengan kereta aku.
Mulanya, mak dan abah menolak. Katanya nanti busuk kereta baru aku dengan bau bahan mentah. Tapi aku tidak kisah. Ada juga aku offer abah untuk drive kereta aku. Pun dia tak mahu. Akhirnya, aku saja yang memandu.
Mak masak banyak lauk hari ni. Anak menantu , cucu-cucu nak balik hari ni. Patutlah masak banyak betul.
____________
Kepulangan Kak Long, Kak Ngah, Kak Chik dan adik bongsuku aku sambut dengan mak dan abah. Meriah betul. Dengan anak buah nakal-nakal.
Kami semua bersalam-salaman. Macam biasa, mak tak pernah tak buat drama. Air mata dah mengalir tu, rindu anak-anak agaknya.
Bukan senang kami dapat pulang beramai-ramai macam ni. Kakak-kakak aku bekerja. Aku pula sebelum ini di luar negara. Adikku pula sedang belajar.
"Dah dah la tu dengan air matanya. Semua pergi mandi. Siap mandi nanti, terus makan. Kami dah makan dari tadi. Tak payah tunggu mak dan abah," kata abah.
YOU ARE READING
LELAKI TAKHTA HATI(C)
Roman d'amourPerkenalan Iffat dan keluarga Hajah Mariam atas suatu tragedi membawa kepada hubungan erat antara Iffat dan keluarga Melayu yang menetap di United Kingdom itu. Iffat menuntut ilmu di UK, Hajah Mariam dan suaminya pula menetal di situ kerana ingin ke...