Rasa segan menyelinap sanubari orang kata. Ikram memperkenalkan aku pada seisi keluarganya. Termasuk abang sulungnya yang empunya majlis, Hazzar Fateh namanya. Isterinya pula Zeera.
Abang kedua Ikram pula Taufiq Iskandar. Ini yang pernah umi ceritakan kepadaku bahawa anaknya yang ini sudah berkahwin dan mempunyai anak. Langkah bendul. Cantik isteri dia, manis.
Ikram kata, abangnya ini umurnya sudah terlajak. Zeera merupakan sepupu mereka, iaitu anak kepada pak ngah mereka. Ikram kata lagi, dia pelik kerana selama ini, abangnya tidak pernah menunjukkan dia dan Zeera mempunyai hubungan istimewa. Tahu-tahu aje, mahu kahwin.
Selesai saja dengan majlis di rumah ini, aku meminta diri dan pulang ke rumah sewa. Tidak mahu duduk lama di situ kerana sudah ada ramai orang beranggapan bahawa aku ini kekasih Ikram.
______________
Aku terjaga saat jam menunjukkan pukul 10.00 pagi. Penatnya...sudahlah hari ni ada kelas lagi. Untungnya aku tidak perlu bangun subuh pagi tadi kerana ditembak tentera Jepun.
Aku segera membersihkan diri. Kelas akan bermula lambat lagi tapi aku mahu menyediakan diri lebih awal.
Siap menggosok baju, umi menghubungi aku.
"Assalamualaikum, Iffat. Iffat buat apa?" tanya umi.
"Waalaikumussalam umi. Iffat tengah bersantai kejap sebelum bersiap nak pergi kelas,"
"Oh, umi baru nak ajak kamu gathering dengan family umi petang ni. Tak tahu pula kamu ada kelas," katanya.
"Alamak, sorry umi. Iffat memang kelas hujung minggu. Next time okay?" balasku.
"Hurm, yelah. Nanti bila free, kamu je call umi. Umi memang sentiasa free," ujarnya sambil tertawa.
"Okay umi. Kalau tak ada apa-apa, Iffat off dulu ya," kataku mahu mematikan talian.
"Okay, Iffat. Iffat, umi suka Iffat dengan Ikram," katanya lalu mematikan talian tanpa sempat aku bersuara.
Apa maksud umi?
Haih, aku benar-benar malu sekarang. Apa pula nanti kata anak menantu umi kalau aku asyik menempel aje di rumah mereka? Aku sudahlah hanya orang luar.
Walaupun umi dan walid kata mereka sendiri sudah menganggap aku sebagai anak mereka, tapi rasa segan dan malu itu tetap ada.
Semua perkara harus ada batas, bukan?
____________
"Hai!" saat aku sedang berjalan mahu menuju ke kereta untuk pulang ke rumah, aku dikejutkan dengan kehadiran Ikram.
"Ikram! Dari mana awak datang?" soalku.
"Saya memang tunggu awak dari tadi. Actually, saya nak ajak awak keluar dan ada benda nak cakap. Boleh?" Ikram bertanya.
Sekarang sudah pukul 5.15 petang. Aku baru habis bekerja. Awal lagi. Kalau aku balik sekarang pun, mungkin jalan jammed.
Aku bersetuju dengan Ikram. Kami berjalan ke taman rekreasi berhampiran tempat kerjaku. Sebuah bangku kayu menjadi tempat duduk kami.
"Iffat, sebenarnya, saya ada benda nak cakap. Saya harap awak masih sudi berkawan saya lepas ni," kata Ikram saat kami sudah duduk.
Aku tergelak. Cara macam ada buat salah pula Ikram ni. Apa sebenarnya yang dia nak cakap?
"Sebenarnya, saya suka awak," luah Ikram.
Aku terkelu seketika. Terkejut dengan pernyataan itu.
"Kenapa reaksi awak macam tu? Awak..awak tak suka saya ke?" tanya Ikram.
Haih, kalau macam ni jadinya, mahu aku tak boleh drive kejap lagi sebab kena sakit jantung!
"S..saya...saya bukan tak suka awak, Ikram. Tapi, awak buat saya terkejut. Saya salah dengar ke?" Ikram laju menggeleng.
"Tak, awak tak salah dengar. Saya memang sukakan awak,"
"Saya bagi masa untuk awak fikir-fikir. Kalau awak sudi, awak boleh bagitahu saya. Kalau tak sudi pun, terus terang aje. Saya okay," pesan Ikram.
ANDA SEDANG MEMBACA
LELAKI TAKHTA HATI(C)
RomansaPerkenalan Iffat dan keluarga Hajah Mariam atas suatu tragedi membawa kepada hubungan erat antara Iffat dan keluarga Melayu yang menetap di United Kingdom itu. Iffat menuntut ilmu di UK, Hajah Mariam dan suaminya pula menetal di situ kerana ingin ke...
