Biarpun kepalaku sakit, tubuh juga lenguh, aku berusaha membuka mata. Mataku memerhatikan sekelilingku. Keadaan di sini sangat berbeza dari bilik tidurku.
Aku bangun perlahan lalu bersandar di kepala katil. Ternyata, aku masih keliru. Aku melihat tubuhku yang hanya ditutupi selimut. Nafasku sudah naik turun gara-gara ketakutan.
Saat aku menoleh ke kanan, ada sehelai kertas yang diletakkan atas meja kecil bersama-sama dua biji ubat dan segelas air. Kertas itu aku capai.
You are not feeling well, darling. Makan ubat dulu. Abang keluar beli sarapan kejap. Don't go anywhere until I arrived.
Tangisanku perlahan-lahan turun. Aku sudah faham dengan apa yang telah terjadi. Tambah lagi dengan kesan merah yang ada di cadar tilam ini. Cadar tilam aku tarik kasar sehingga tercabut dari tilam kerana berang.
Pantulan diriku di cermin meja solek menambahkan lagi rasa pedih di hati. Banyak kesan yang lelaki tak guna itu dah tinggalkan.
Tidak menghiraukan bilik yang berselerak dan tubuhku yang terasa lemah, aku bingkas bangun menyarung bajuku yang bertebaruan di atas lantai lalu terus keluar meninggalkan rumah itu.
_________________
"I hate you!" aku menjerit saat tiba di rumah sewaku. Aku malu saat Hazzar memperlakukan aku begitu. Dia telah mencerobohi aku tanpa aku rela.
Aku bersusah-payah datang melihat dia kerana risau jika dia sakit sendiri di rumahnya. Tak sangka, dia tipu aku semata-mata hanya kerana mahu melunaskan nafsu lelakinya.
Aku berbaring di atas tilam sambim menangis teresak-esak. Aku yakin pasti sebentar lagi dia akan mencari aku di sini. Tapi, aku juga sudah tidak kisah dengan apa yang mahu terjadi.
Dia tiada kunci rumah ini. Sia-sia saja kalau hazzar datang ke sini.
________________
"Isteri encik dehydrated. Kami dah masukkan ubat untuk dia. Kejap lagi dia akan bangun. Kalau tak ada apa-apa, saya pergi dulu,"
Aku tersedar saat mendengar suara-suara. Perlahan-lahan mataku dibuka. Keadaan bilik ini sangat terang.
"Iffat, Iffat dah sedar?" tanganku dicapai sebelum dikucup. Aku memandang Hazzar jijik. Serta-merta aku menarik tanganku dari pegangannya.
"Don't touch me!" aku menolak sentuhannya di tubuhku. Lepas apa yang dia dah buat, dia rasa aku nak bermesra dengan dia?
"Ab..abang minta maaf. Abang buat macam tu sebab abang tak sanggup berpisah dengan Iffat. I love you so much. Abang minta maaf sebab abang sedar lambat yang abang perlukan Iffat. Abang nak sangat dengan Zeera sampai sanggup berlaku kejam pada Iffat," Hazzar yang duduk di sisiku cuba memeluk tubuhku. Aku pantas mengelak.
"Please...I don't want to see you! Abang ingat Iffat boleh maafkan abang lepas apa abang buat semalam? No! You hurt me!" Hazzar sudah tidak memberi ruang kepadaku saat aku ditarik masuk ke dalam pelukannya. Sedikit pun dia tidak melepaskan aku biarpun aku meronta-ronta.
"I'm so sorry, sayang. Let' go back to KL. I promise you that I will fix everything. Tolong, bagi abang peluang. Itu je abang minta," belakangku diusap lembut saat tangisanku mula terhambur.
"Abang lelaki tak guna...," tangisku dalam pelukannya.
"I will be your beloved husband one day. Itu janji abang," bisiknya di tepi kepalaku. Telingaku dikucup perlahan.
Sudah lama aku tak menangis hanya kerana lelaki, sekarang aku sedang melakukan perkara itu dan itu yang paling aku benci.

ANDA SEDANG MEMBACA
LELAKI TAKHTA HATI(C)
RomancePerkenalan Iffat dan keluarga Hajah Mariam atas suatu tragedi membawa kepada hubungan erat antara Iffat dan keluarga Melayu yang menetap di United Kingdom itu. Iffat menuntut ilmu di UK, Hajah Mariam dan suaminya pula menetal di situ kerana ingin ke...