20

760 21 4
                                        

Cerai pun cerai juga, tapi tiada istilah ponteng untuk aku. Aku tetap menghadiri kuliah di hujung minggu. Dua hari saja. Masih ada seminggu lagi sebelum cuti aku tamat.

Pada bos, aku dah maklumkan tentang apa yang terjadi. Ingatkan mahu masuk kerja awal. Namun, bos aku sangat baik hati. Dia memberi aku cuti bergaji sebagai tanda simpati pada nasib aku.

Dr Hazzar, merangkap bekas abang iparku memulakan sesi kuliah. Banyak ilmu yang aku peroleh hari ini. Hampir semua yang dia terangkan, aku catit ke dalam buku nota.

Sesekali, ada juga mata kami bertembung. Dia juga jelas terkejut saat melihat aku. Mungkin dia fikir yang aku sepatutnya berada di rumah, meratap nasib diri selepas diceraikan. Galau.

Alahai, memang taklah. Aku betul-betul sudah pulih dari fasa sedih. Buktinya, boleh belajar dengan baik hari ini.

"That is all for today. If there is anything, just hit me up. Iffat, jangan keluar lagi ya. I have something to say," ucap Dr Hazzar di mikrofon.

Berat saja kaki mahu melangkah ke depan. Dah kenapa dia mahu jumpa aku?

Namun, Dr Hazzar seperti bijak membaca fikiran aku. Sekarang, dia yang berjalan ke arah aku. Duduk di kerusi kosomg sebelah aku.

"Are you okay? Umi dan walid call Iffat banyak kali tapi tak berangkat," katanya. Aku mengeluh perlahan.

"Bukan tak nak angkat. Tapi, rasa segan nak join umi dan walid. Apa kata orang kalau janda kepada anak umi dan walid selalu menempel dekat rumah tu?" balasku malas.

"I see. Tapi kalau tak silap, Iffat dah kenal umi dan walid sebelum kenal Ikram lagi. So, apa salahnya? Jangan hirau sangat kata-kata orang. We always welcome you to our house,"

"Terima kasih, along. But still, give me more time," Dr Hazzar sekadar mengangguk.

"He is planning for his wedding with Naira. Even umi dan walid tak setuju, Ikram tetap berkeras juga,"

"Umi dan walid patut bagi peluang untuk mereka berdua. Takkan dah sejauh ini, tak jadi pula nak ke next step? The two of them love each other. Jangan biar lama-lama," kata aku atas dasar manusia.

"Yeah, betul juga tu. Tapi, along cuma sokong dia sebab dia adik aje. Kalau ikutkan, nak biarkan je hidup sendiri,"

"Tak baik macam tu. Apa jadi pun, dia keluarga,"

"Actually, my marriage pun dah tunggang terbalik. We are facing the reality of marriage," luahnya.

"Zeera nak sangat kekal join modelling. Along tak nak dia buat kerja macam tu. Disebabkan along minta dia berhenti kerj, kami selalu bergaduh. Now, she is asking for divorce,"

"Dah bincang baik-baik ke? Maybe it is too hard for her to leave the job. Sebab dia sayangkan kerja tu sangat-sangat. Tapi, takkan sampai bercerai?" soalku. Tak selalu manis rupanya rumah tangga ni.

"I love her so much. Tapi, dia insist nak jadi model. Along tak tahu nak buat apa lagi. I think, if that makes her happy, then I have to let her go. Kami tak ada pemikiran yang sehaluan,"

LELAKI TAKHTA HATI(C)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang