"Iffat Atilia binti Rahman, aku ceraikan kau dengan talak tiga,"
Sekelip mata sahaja, semuanya berubah. Aku diceraikan dengan talak tiga. Aku sudah pun bergelar janda.
Untuk kepastian, janda berhias. Masih suci, tidak kotor seperti yang dituduh Ikram.
Angah dan Kak Hanani memandu untuk menghantar aku ke rumah sewa lama. Patutlah aku berat hati mahu menamatkan kontrak sewa di rumah ini. Rupanya ada hikmah.
"Iffat, ada apa-apa, call aje kami. Iffat jaga diri baik-baik ya," kata kak Hanani lalu merangkul aku.
"Betul, Iffat. Kami akan cuba apa yang termampu," kata angah pula.
"Terima kasih sangat-sangat. Iffat masuk dulu ya? Iffat penat sangat hari ni," kataku.
Masuk saja ke dalam rumah, aku merebahkan diri ke atas tilam lalu menghamburkan tangisan sekuat hati.
Sakitnya perasaan ini. Bagaimana caramya untuk aku bagitahu tentang hal ini pada mak dan abah?
________________
Pagi keesokan harinya, aku memandu pulang ke rumah mak dan abah. Mak dan abah menyambut aku dengan air muka pelik.
"Mana Ikram?" soal mak dan abah. Aku hanya menahan rasa.
"Iffat, kenapa ni?" soal abah.
"Iffat dengan Ikram dah bercerai malam tadi," kataku.
"Ya Allah!,"
"Macam mana boleh jadi macam ni?
Aku menghamburkan tangisan dibahu mak. Kasihan mak dan abah. Mesti mereka kecewa kerana anak yang baru dikahwinkan semalam telah bercerai walaupun belum cukup 24 jam tempoh bernikah.
Tapi, talak tiga...
Bukannya boleh buat apa-apa lagi untuk selamatkan perkahwinan aku dan Ikram. Sekalipun Ikram menceraikan aku dengan talak satu atau dua, aku tetap tidak akan memberi peluang kepada pasangan yang curang. Apatah lagi curang dengan kawanku sendiri.
"Ikram ada perempuan lain mak...perempuan tu, kawan Iffat sendiri,"
"Masya Allah, apa nak jadilah. Sudah, jom kita masuk dulu," aku mengikut mak dan abah masuk ke rumah.
_______________Habis saja sesi bercerita dan meluahkan perasaan, mak dan abah menyuruh aku untuk berehat dalam bilik. Aku sememangnya perlukan rehat.
Sejujurnya, bukan fizikalku yang lemah saat ini, tapi mental dan emosi. Aku tertawa sendiri. Sejak malam tadi, aku merancang untuk melakukan satu kerja gila.
Lantaklah jika ada orang kata aku gila selepas ini, aku tak kisah. Yang penting aku puas.
What you give, you get back. What goes around, comes around.
Telefon pintarku dicapai. Aku menulis pesanan kepada Naira.
You
-Seronok jadi perampas? Tak sangka, dalam senyap-senyap, muka nampak baik, rupa-rupanya sondol laki orang. Mujur Ikram cuma bekas aku. Ambil la dia. Aku pun dah kena cerai talak tiga. Semoga bahagia hidup dengan bekas orang.Send!
Aku kemudiannya membuka Instagram. Gambar Nailah yang yang kami ambil bersama dimuat naik ke story, dengan caption 'My friend stabbed me from the back. She's having a relationship with my husband and now, my husband dah ceraikan I talak tiga tak sampai 24 jam kahwin. Thank you so much for everything'
Ada juga beberapa tangkapan skrin yang mengandungi mesej antara Ikram dan Naira yang aku hantar kepadaku.
Here we go. Biar dua-dua rasa apa aku rasa. Bukan berdendam, tapi apa yang aku baru lakukan cuma sedikit.
YOU ARE READING
LELAKI TAKHTA HATI(C)
RomancePerkenalan Iffat dan keluarga Hajah Mariam atas suatu tragedi membawa kepada hubungan erat antara Iffat dan keluarga Melayu yang menetap di United Kingdom itu. Iffat menuntut ilmu di UK, Hajah Mariam dan suaminya pula menetal di situ kerana ingin ke...