"Eh?" susuk Inaya yang sedang tidur di antara aku dan Hazzar aku lihat. Entah bila dia masuk ke dalam bilik ini, aku tidak tahu.
Anak-anak kami, semuanya diajar tidur berasingan sejak umur 4 tahun. Cuma Sayyid sahaja yang mampu tidur sendiri pada usia 5 tahun kerana si kecil itu terlalu manja dengan Hazzar. Sama juga seperti Inaya. Tidak mahu berenggang sedikit pun dengan papa mereka.
"Inaya sayang... bangunlah..," panggilku. Si kecil itu cuma menggeliat sedikit sebelum memeluk Hannzar dan kembali menyambung lenanya.
Haih, nak manja dengan suami sendiri pun kena berebut dengan anak.
"Mama! Mama dengan papa dah bangun ke? Cayed tak cabar ni nak pergi Petrosains!" jerit Sayyid yang baru masuk ke dalam bilik kami. Haih, ini lagi satu. Baru pukul 7.30 pagi, dia dah bersiap.
"Siapa yang siapkan Sayyid?" soalku lalu menggamit Sayyid. Sayyid tersengih.
"Cayed mandi cendiri la! Cayed kan big boy!" katanya penuh bangga.
"Abang Aslan dengan Abang Qaiser mana?" soalku. Sayyid aku cium bertalu-talu di pipi. Wangi! Pandai betul dia siapkan diri sendiri. Pakai bedak walaupun sedikit comot. Rambut yang bersikat walaupun sedikit tidak kemas. Sama macam Abang Qaiser dia. Cerewet!
"Abang Alan dengan Abang Acer tengah mandi," ujarnya. Aku mengangguk.
"Sayyid pergi duduk dengan abang-abang dulu. Nanti mama buatkan breakfast okay?"
"Okay, mama!"
____________________
Hazzar dan aku saling berpandangan. Pelik melihat tingkah Inaya yang baru berusia 4 tahun itu. Orangnya memang pendiam. Tapi hari ni, tak bercakap langsung.
"Inaya, kenapa ni? Inaya tak suka ke kita nak pergi jalan-jalan?" soal Hazzar. Rambut panjang Inaya diusapnya perlahan.
"Cuka..., " balas Inaya.
"Habis tu, kenapa senyap je?" soalku.
"Adik kan memang mayu-mayu(malu-malu), " ujar Sayyid selamba. Terus dia dijeling tajam oleh Inaya.
"Aip, Inaya... tak baik jeling abang Sayyid!" tegur Qaiser. Riak wajah Inaya berubah. Nampak serba salah kerana telah menjeling abangnya. Lantas dipandang Aslan yang berada di sebelah Qaiser. Meminta tolong.
"Minta maaf cepat," arah Aslan lembut. Bibir Inaya sudah tercebik-cebik seolah-olah mahu menangis.
"Inaya.. coyi Abang Cayed," tangan Sayyid di ciumnya. Aku dan Hazzar hanya tersenyum melihat tingkah anak-anak kami.
"Okay adik...abang Cayed pun... coyi," tubuh kecil Inaya dipeluk.
"Jadi Inaya.. what happened?" soalku semula.
Sejujurnya, aku dan Hazzar tekad tidak mahu anak-anak kami berahsia apa-apa dalam keluarga kecil kami ini. Aku dan Hazzar mahu membantu anak-anak kami sehabis baik sebagai ibu bapa. Kasih sayang yang dicurahkan tiada batas. Hubungan adik-beradik yang akrab dan mesra. Saling bergantung antara satu sama lain dalam keluarga ini.
Inaya sudah terkulat-kulat mahu menjawab soalanku. Sayyid pula sudah melepaskan keluhan.
"Ish adik ni, lambatlah! Friend adik cakap dekat adik... i love you. Adik mayah la dia! Adik cakap, famiyi je boleh cakap i love you! Lelaki tak boleh cakap dekat perempuan!" cerita Sayyid.
"Mana Sayyid tau?" soal Aslan.
"Sayyid paksa adik cerita dekat Sayyid ke?" soal Qaiser pula. Sayyid mengangguk laju.
"Iya. Cayed paksa! Adik kan mayu-mayu!" Hazzar sudah ketawa melihat gelagat Sayyid. Selamba betul perangai budak ni!
"Betul ke adik? Apa nama kawan adik tu?" soal Hazzar.
"Iman," balas Inaya.
"Kenapa Inaya tak suka dengan Iman?" soalku saja mahu menguji dia.
"Papa cakap dekat adik, say no. Adik tak boyeh tawan(kawan) lelaki. Adik kan girl," ujar Inaya dengan wajah polosnya. Aduhai, anak! Papa awak pun sama!
"Habis tu, kenapa anak papa ni diam je? Iman ada buat apa-apa dengan adik, hurm?" dagu terbelah Inaya dicuit Hazzar.
"Iman kish(kiss) adik dekat kindegaten(kindergarten)!" sampuk Sayyid lagi. Terus Inaya terkulat-kulat di situ. Terus aku dan Hazzar saling bertatapan.
"Nanti papa dengan mama pergi kindergarten jumpa Iman, okay? Sayyid jaga adik ya? Duduk dengan adik bila rehat dan habis belajar," pesan Hazzar. Risau juga mengenangkan kelakuan kanak-kanak lelaki di tadika Sayyid dan Inaya itu.
Memang, Iman itu masih kecil. Tapi, pergaulan juga perlu ada batas bila melibatkan jantina yang berbeza. Tambahan lagi, Inaya itu anak perempuan kami.
Aku menatap Hazzar dan anak-anak kami yang berbual di meja sambil makan dengan senyuman lebar. Sesekali tertawa melihat telatah Aslan yang ceria, Qaiser yang tegas, Sayyid dengan sikap selamba dan nakalnya dan Inaya yang lembut namun manja.
Aku bersyukur dikurniakan suami sebaik Hazzar. Dia juga seorang ayah yang baik buat anak-anak kami. Tak pernah kurang sekali pun layanan Hazzar pada keluarga kami.
Tak ada yang mampu aku ucapkan selain kesyukuranku kepada Ilahi atas kurniaan terindah ini. Dari segala pahit derita yang aku lalui, dihujani dengan kemanisan hidup yang tak pernah terduga.
"Sayang...," Hazzar memanggilku lalu menggenggam erat tanganku. Aku terssengih saat menatap wajahnya. Lantas aku bangun dari duduk lalu memeluk tubuhnya dari belakang yang sedang duduk itu.
"I love you...," bisikku. Dapatku rasakan gegaran tubuh Hazzar yang sedang ketawa.
"Eeee mama! Tak malu ke dengan kita?" soal Qaiser yang sedang menutup mata. Eleh, malu konon. Macamlah tak biasa! Dia sebenarnya tak boleh tengok mama dia duduk rapat sikit dengan papa dia. Anak mak!
"Angah jealous eh? Sini la, Along peluk!" usik Aslan lalu memeluk tubuh Qaiser. Terus menjerit Qaiser mahu melepaskan diri.
"Tengok Sayyid dengan adik tersengih-sengih tu," ujarku pada Hazzar.
"Anak-anak papa tak nak peluk mama dengan papa ke?" soal Hazzar dengan senyuman di bibir. Lantas si kecil berempat itu bangun lalu mendakap tubuh kami dengan erat. Seorang demi seorang kami cium bertalu-talu.
"Thank you for everything abang," bisikku lagi lalu mengucup pipi Hazzar.
TAMAT
ANDA SEDANG MEMBACA
LELAKI TAKHTA HATI(C)
RomancePerkenalan Iffat dan keluarga Hajah Mariam atas suatu tragedi membawa kepada hubungan erat antara Iffat dan keluarga Melayu yang menetap di United Kingdom itu. Iffat menuntut ilmu di UK, Hajah Mariam dan suaminya pula menetal di situ kerana ingin ke...
