46

806 19 0
                                    

"Masak apa tu?" soal Hazzar sambil merangkul pinggangku dari belakang.

"Burned cheesecake. Teringin nak makan. Iffat nampak ada bahan-bahan, jadi Iffat masak," balasku mesra. Semakin hari, semakin tak terkira cintaku suamiku ini.

"Patutlah satu rumah wangi. Sayang tengah baking rupanya," kata Hazzar lalu mengucup pipi kananku.

"Pergilah duduk dulu. Iffat buatkan air," aku merungkaikan pelukannya. Hazzar terus berlalu duduk di kerusi yang terletak di tepi island.

"Nak air apa?" soalku. Selera Hazzar sejak kebelakangan ini tak tetap. Selama ini, Hazzar sangat menggemari kopi susu. Tapi sejak minggu lepas, dia berubah citarasa. Tiba-tiba saja mahu minum teh hijau.

Habis diborongnya bermacam-macam jenama teh hijau dari kedai.

"Green tea la, sayang. Nak sejuk-sejuk tau,"  kan, aku dah kata.

Satu paket teh hijau aku ambil lalu dituang ke dalam cawan. Usai membancuh teh hijau yang dimahukan Hazzar, aku membawa teh itu berhati-hati bersama kopi yang aku bancuh untuk aku.

Baru sahaja aku menghampiri dia, Hazzar terus berlari ke bilik air.

Uwerk! Hazzar muntah. Bukan sekali, malah berkali-kali. Aku yang berada dibelakangnya mengusap tubuhnya.

"Jangan bawa kopi depan abang, sayang. Abang tak suka bau dia. Rasa nak muntah," kata Hazzar. Aik, bukan dia yang gilakan kopi selama ni?

"Okay. Tapi, kenapa tiba-tiba je?" soalku pelik.

"Entahlah. Macam orang mengandung je. Alahan dengan sesuatu sampai muntah-muntah," katanya sebelum kami masing-masing terkelu.

"Iffat dah tak period sebulan kan?" soal Hazzar sambil merenung mataku dalam. Aku mengangguk perlahan.

"Abang terkena alahan tak, sayang?" soalnya lagi sambil mengusap perutku. Aku juga baru dapat merasakan seolah-olah perutku sedikit membuncit. Kenapa tiba-tiba?

Nak kata aku makan banyak, aku rasa aku sedang diet sejak minggu lepas. Bahagia sangat duduk dengan suami sampai tak sedar diri sendiri semakin mengembang.

Hazzar pula selalu paksa aku makan. Katanya tak sedap peluk aku kalau aku kurus sangat. Macam peluk kayu katanya. Dia kata lagi, selagi boleh makan, dia nak sumbat macam-macam makanan dalam perut aku sampai aku gemuk. Pelik! Bukankah lelaki sukakan perempuan yang ramping?

"Let's go to the clinic. I can feel a good news is coming," ujar Hazzar lalu menarik aku untuk bersiap-siap ke klinik.

_______________

"Iffat ada nak makan apa-apa? Bagitahu je dekat abang, sekarang juga kita cari sampai jumpa," kata Hazzar dengan nada penuh teruja.

Alhamdulillah, hari ini adalah hari yang bahagia buat kami suami isteri. Aku disahkan hamil. Memang benar kata Hazzar, dia yang terkena alahan ibu hamil. Aku pula, sihat saja seperti tiada apa-apa yang terjadi.

"Iffat tak ada rasa nak makan apa-apa, abang. Kita boleh balik rumah terus," balasku mesra. Masing-masing tak berhenti tersenyum.

"Abang tak sangka yang kita bakal jadi parents. Mesti mak, abah, umi dan walid gembira kalau dapat tahu yang sayang pregnant. Oh ya, lepas ni jangan minum lagi apa-apa yang ada caffeine. Abang larang sama sekali. Erm, kita cari susu untuk Iffat dulu,"

LELAKI TAKHTA HATI(C)Where stories live. Discover now