Kuliah berjalan seperti biasa hari ini. Biarpun penat dengan urusan kahwin yang bakal berlangsung dalam masa seminggu lagi, aku tetap gagahkan diri untuk datangkan kelas.
Aku rasa, Dr Hazzar ni macam saja-saja buat tak kenal aku dekat sini. Atau, dia memang terlalu profesional.
Barang-barang atas meja aku kemas. Kelas dah tamat. Semua orang dah keluar, tinggal aku dan Dr Hazzar saja.
Baru saja aku mahu angkat kaki keluar dari kelas, Dr Hazzar mmenaggil aku. Aku memandang dia.
"Ada apa dia Dr?" soalku. Tak pernah-pernah dia ajak aku bersembang.
"Tak payah berabang sangat dengan along. Nak jadi adik ipar dah," katanya mesra lalu tertawa.
"Along saja nak tanya ni. Iffat dengan Ikram okay ke? Along tengok Ikram macam pelik je sejak kebelakangan ni. Korang bergaduh ke?" Dr Hazzar bertanya. Kami jalan beriringan.
"Tak ada pun, along. Cuma, kami fikir baik kalau tak berjumpa sangat buat masa ni. Darah manis, kan?" jawabku. Dr Hazzar cuma mengangguk.
"Kalau ada apa-apa, bagitahu ya? Korang dah dekat dengan majlis, along risau juga kalau ada apa-apa jadi. Tapi, kalau Iffat kata semuanya okay, syukurlah. Along pergi dulu ya?" katanya lalu terus berlalu masuk ke dalam lorong pejabat pensyarah yang berhadapan dengan lif.
Along pun nampak macam ada benda yang tak kena dengan kami? Aku termangu sendiri.
_____________
Wajah yang sudah siap disolek oleh MUA yang aku upah ditilik. Tak sangka, aku jadi cantik tiba-tiba hari ini, hahaha.
"Terima kasih, kak sebab dah make-up saya. Cantik sangat ni. Nanti majlis bersanding, saya nak akak make-up saya lagi, boleh?" kataku pada MUA yang dipanggil sebagai Kak Shida itu.
"Boleh aje. Call akak nanti. Untuk pengantin yang cantik macam Iffat ni, akak available sentiasa," balas Kak Shida sambil mengemas alat soleknya.
"Jemput makan kejap lagi, kak. Jangan terus balik,"
"Ya, Iffat,"
"Iffat! Cantiknya kau! Akhirnya, dapat juga aku tengok kau naik pelamin," terjah Rina yang baru masuk bersama Lisa.
"Thanks, korang. Aku nervous gila ni. Peluk sikit," aku bangun lalu memeluk mereka berdua.
Mestilah gementar. Zaman bachelorette aku bakal tamat tak lama lagi.
"Eleh, kau bukan nervous sebab nak nikah. Kau nervous sebab malam ni kan? Aku tahulah kau macam mana," kata Lisa lalu ketawa terbahak-bahak dengan Rina.
"Malam ni? Ada apa malam ni?" soalku. Malam ni ada apa sebenarnya?
"Buat-buat tak tahu pula. It is your first night. A whole new world!" kata Rina.
Kurang asam boi punya kawan-kawan! Itu yang dorang borakkan.
"Mana Naira?" soalku. Tak nampak susuh dia dari tadi.
"Dia tak boleh datang. Ada banyak patient datang buat surgery hari ni. Naira suruh kami kirim salam pada kau," jawab Lisa.
Alahai, sedih memang sedih. Tapi, aku kena faham juga yang kawan aku itu susah untuk diluluskan permohonan cuti. Tak apalah, ada majlis bersanding lagi nanti.
Pintu bilik dibuka. Kak Ngah menjengulkan kepala.
"Dah siap ke Iffat? Pengantin lelaki dah duduk depan tok kadi tu," kata Kak Ngah.
"Dah. Kejap orang keluar," balasku.
"Jom, Iffat. Kami apit kau,"
Aku berjalan sebelum duduk di pelamin yang cantik dihias. Dari jauh, aku melihat Ikram yang dari tadi memandang tok kadi tak berkalih.
"Kita mulakan sekarang, ya?"
"Ikram Adli bin Ahmad Khalid,"
"Ya saya,"
"Aku nikahkan akan dikau dengan Iffat Atilia binti Rahman dengan mas kahwin tiga ratus ringgut tunai,"

ANDA SEDANG MEMBACA
LELAKI TAKHTA HATI(C)
RomancePerkenalan Iffat dan keluarga Hajah Mariam atas suatu tragedi membawa kepada hubungan erat antara Iffat dan keluarga Melayu yang menetap di United Kingdom itu. Iffat menuntut ilmu di UK, Hajah Mariam dan suaminya pula menetal di situ kerana ingin ke...