"Kamu berdua dah rancang nak pergi ke mana untuk berbulan madu? Along dengan angah, masing-masing dah pergi ke Paris dan Japan. Walid akan sponsor ke mana-mana aje kamu berdua nak pergi," kata walid.
Seisi rumah sedang duduk di ruang tamu. Aku hanya mendiamkan diri. Kak Hanani mencuit tanganku perlahan.
"Iffat okay tak?" soalnya separuh berbisik. Mungkin nampak wajahku yang keruh.
"Okay," aku membalas lalu memberi senyuman.
Dalam fikiran dan hati aku, hanya Allah sahaja yang tahu. Betapa bergelojaknya di dalam saat ini.
Aku seperti sudah nekad mahu menghentikan lakonan Ikram. Tak sanggup melihat dia menipu umi, walid. Juga mak dan abah di rumah.
Biarlah apa jadi sekali pun, tak tergamak aku nak tipu ibu bapa. Ya Allah, aku harap apa yang aku akan buat nanti adalah keputusan yang terbaik.
"Umi, walid. Iffat tak nak pergi berbulan madu," kataku.
Umi dan walid memandang antara satu sama lain. Pelik dengan aku yang menolak untuk berbulan madu.
"Kenapa, Iffat? Iffat tak boleh ambil cuti ke? Kalau tak boleh, tak apa. Kita tangguh dulu honeymoon kamu berdua," kata umi.
Ya Allah, umi. Kenapa umi baik sangat?
"Jangan buat hal dekat sini. Jaga sikit perangai kau tu!" bisik Ikram perlahan. Dia kemudiannya tersenyum lalu memeluk bahuku.
"Kenapa sayang?" soal Ikram yang jelas sedang berpura-pura.
"Ikram dengan Iffat akan bercerai tak lama lagi," ujarku lalu melepaskan rangkulan Ikram di bahu.
"Apa dia?" soal along. Semua yang ada di situ sudah memandang antara satu sama lain dengan wajah berkerut.
"Kami akan bercerai tak lama lagi," ulangku sekali lagi.
"Iffat, Ikram. Ada apa-apa yang dah jadi ke?" soal umi. Umi datang duduk di sisi aku.
"Ikram, kenapa ni? Jujur dengan walid," walid pula bersuara.
"What is wrong with you, Iffat? I told you, behave yourself!" Ikram meninggikan suaranya.
"Adik, baik kau cakap. Kau dengan Iffat ada masalah ke? Baru sehari kahwin, dah minta cerai ni bagai," angah bangun dari duduknya.
"Kalau semua nak tahu, perempuan ni bukan anak dara lagi! Dia dah kena tebuk dengan tupai!" kata Ikram. Aku lantas bangun dari duduk lalu menghampiri lelaki itu.
Pang! Wajahnya aku tampar kuat. Berani dia tuduh aku macam tu.
"Awak jangan tipu orang lain sebab nak tutup salah sendiri, Ikram! Awak tak sentuh saya sikit pun dari tadi, mana awak tahu saya bukan anak dara?!" aku bertanya.
"Kau tak payah tipu. Kita dah bersama tadi. Kau dah tidur dengan mat salleh mana masa tinggal dekat UK dulu?" soal Ikram sinis. Aku memandang umi dan walid.
"Umi, walid. Kalau umi dengan walid nak tahu, Ikram ada perempuan lain belakang Iffat sepanjang kami bertunang, dan perempuan tu adalah kawan baik Iffat sendiri. Malah, dia rancang nak ceraikan Iffat sebab umi tak bagi Ikram putuskan pertunangan kami. Iffat tak pernah rendahkan maruah sendiri untuk tidur dengan mana-mana lelaki, Iffat berani bersumpah!" jelasku dengan air mata yang sudah mula mengalir.
"Astaghfirullahalazim...Ikram! Kamu masih ada hubungan dengan perempuan tu ke?" soal umi lalu memeluk aku. Kak Hanani juga datang mengusap belakangku.
"Ya, umi. Ikram tak ada hati dengan dia dah! Keluarga dia miskin! Umi tengoklah rumah family dia tadi! Kecil! Standard rumah teres biasa. Tak setaraf dengan kita," kata Ikram.
Pang!
Tamparan kedua mengena ke wajah Ikram. Kali ini daripada walid.
"Walid tak pernah ajar kamu jadi macam ni, Ikram. Rumah besar atau kecil, itu rezeki keluarga mereka. Syukurlah, dengan rumah yang kamu kata kecil tu, mak dan abah Iffat berjaya didik anak dia dengan baik! Kamu yang duduk rumah besar pun, perangai serupa syaitan!" marah walid.
"Adik, alasan taraf hidup keluarga Iffat bukan masalah sebenar kan?" soal along.
"Eh, betulkan apa dia cakap? Keluarga Iffat ni bukannya kaya pun. Tak layak nak join our familg," kata Kak Zeera.
"Ikram, kau dah kemaruk sangat ke dengan perempuan tu?" soal angah.
"Ikram, saya nak awak ceraikan saya depan semua orang. Malam ni juga," kataku.
"Iffat, jangan....," rayu umi.
"Iffat minta maaf, semua. Iffat rasa, Naira lebih sesuai dengan Ikram," umi, walid, kak Hanani dan Kak Zeera aku salam. Umi dan Walid aku rangkul seeratnya.
Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, bukan? Mungkin sampai di sini sahaja perkenalan antara aku, umi dan walid.
"Iffat Atilia binti Rahman, aku ceraikan kau dengan talak tiga,"
Dan semuanya...terlerai begitu sahaja.

ANDA SEDANG MEMBACA
LELAKI TAKHTA HATI(C)
Roman d'amourPerkenalan Iffat dan keluarga Hajah Mariam atas suatu tragedi membawa kepada hubungan erat antara Iffat dan keluarga Melayu yang menetap di United Kingdom itu. Iffat menuntut ilmu di UK, Hajah Mariam dan suaminya pula menetal di situ kerana ingin ke...