36

745 16 0
                                    

"Lepaskan saya. Apa peluk-peluk ni? Malulah orang tengok!" aku cuba menepis pegangan Hazzar dibahuku tapi sedikit pun tangan yang besar itu tidak beralih. Malah, lebih enak memeluk aku di pinggang pula.

"Buat apa nak malu? We are husband and wife. You are lucky to have me as your husband. Abang romantik tak kira di mana-mana," balas Hazzar. Tanganku dicapainya lalu dikucup.

Jiran-jiranku sudah bersiul dan tersengih melihat aku dan Hazzar. Lagilah aku rasa mahu tanam muka sendiri dalam tanah.

"Seronok ya berjalan dengan Khairul tu tadi? Iffat jangan lupa, awak tu isteri abang," kata Hazzar semasa kami dalam perjalanan untuk pulang ke rumah sewaku.

"Jealous ke? Buat apa nak kisah pasal saya? Dulu tak kisah pun," balasku sinis.

"Jangan berani nak dekat dengan dia lagi. Abang tak suka!"

"Tapi saya suka. Saya suka lelaki muda. Segar. Apa salahnya saya tukar selera pula kali ni? Macam saya cakap sebelum ni, kita akan bercerai," pegangan Hazzar dipinggangku mulai kuat. Sampai di hadapan pagar rumah, Hazzar mendekatkan wajahnya ke wajahku.

"What are you doing? This is public," aku menoleh saat jarak wajah kami semakin mendekat.

"I'm telling you, wife. Jangan cuba buat benda yang abang dah larang. Or else, you will have to bear the consequences," Hazzar berbisik.

Tubuhku dilepaskan. Aku segera masuk ke dalam rumah meninggalkan Hazzar yang bersandar di keretanya.

________________

Tok Tok!

Tok Tok!

Siapa pula yang datang tengah-tengah malam ni? Haih, aku baru aje nak makan. Aku menyarung tudung ke kepala dan membuka pintu rumah.

"Hai, isteri abang. Buka pintu, please?" Hazzar rupanya.

"Dah tak ada kerja ke datang rumah orang malam-malam ni? Baliklah, saya nak rehat. Esok nak kerja," aku masih lagi tidak membuka pintu besi.

"Rumah abang macam tak berapa tenang. Dah bermalam-malam abang tak boleh tidur sebab kena kacau. Tadi juga abang dah cakap dengan owner rumah tu nak berhenti menyewa. Please, Iffat. Bagi abang duduk sini. Habis kerja nanti, abang tak ganggu Iffat dah," Hazzar memujukku.

Bukannya aku tak nak bagi dia tinggal sini. Tapi, bilik yang ada tilam cuma bilik aku saja. Lagi dua bilik dah jadi bilik bekerja dan stor. Takkan dia nak tidur sekatil dengan aku?

"Iffat...abang penat sangat ni. Kejap aje, abang janji tak lama," kata Hazzar lagi. Aku akhirnya membuka pintu.

Hazzar masuk dan terus duduk di sofa.

"Tapi, abang tidur dekat luar. Rumah ni ada satu tilam je. Tu pun, katil single," ujarku. Hazzar hanya mengangguk.

"Dah makan ke?" soalku. Ambil berat juga biapun aku masih marah lagi padanya. Muka Hazzar juga nampak pucat. Mungkin sebab takut bila diganggu makhluk halus agaknya.

"Dah. Iffat makanlah. Im so sorry sebab ganggu Iffat makan,"

Aku kembali duduk di sofa dan menyambung makan.

LELAKI TAKHTA HATI(C)Where stories live. Discover now